|
Jun 9, 2003 |
|
Projek syarikat kat Padang Golf tu dah hampir selesai. Nampaknya relex lagi la aku camni. Kerja, tapi tak banyak keje. Lalu aku pun tulisla blog nie. Keh keh keh��!
Aku tengok orang lain ada blog, maka aku pun nak kena ada jugak la kan. So ake register la saifz.blogspot.com nie kat www.blogger.com pada jun 2002 lagi. Pastu terus menyepi hingga ke hari ini. Thanks Ameen (muntalaq.tripod.com) dan EL (missapple.blogspot.com) kerana berjaya mencetuskan kembali semangat untuk aku mencuba buat kali kedua meMAINTAINkan blog ni. Aku pun xtau lagi nak decorate cemane benda nie. Tunggu je lah. Idea belum berceragah lagi.
Semalam AHAD � 20030608, aku kembali ke kampus setelah setahun lamanya meninggalkan alam kehidupan mahasiswa. Sukar untuk mempercayai bahawa semudah ini aku membuat keputusan untuk melanjutkan pengajianku. Lansung tidak aku merencana sebegitu pantas. Sekurang-kurangnya apa yang terlintas di minda dan jiwa sebelum ini adalah untuk menyambung dalam bidang profesioanal seperti ACCA @ CIMA yang selari dengan ijazah pertama yang kumiliki. Tengok-tengok tetiba jer pi buat dalam bidang ICT. Hmmmmmmmmm�apa-apa lah. Janji belajar kan? Bukankah Nabi s.a..w pernah bersabda : �Tuntutlah ilmu walau ke Negara China�. Sebab apa China ek�? Jauh tu kan..? Ni baru jer takat Sintok, Kedah. 30km jer dari rumah.
Harini 2 kelas sekaligus. Paginya subjek Decision Support System. Pening gak bila lecturer open untuk discussion, aku yang non-IT background ni ternganga aje la. Nak selit berdiskusi sama pun tak boleh sbb xberapa paham sangat. Kelas petang pulak Research Methodology in IT. Terkejut gak aku sebab aku sekelas dengan beberapa pensyarah UiTM. Minggu depan dah kena present idea untuk research proposal. Mampuih.!!!! |
|
|
|
|