IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Dec 28, 2003

ADAM � AKU DARAH ANAK MALAYSIA

Tajuk Buku : ADAM � Aku Darah Anak Malaysia
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Mukasurat : 569 mukasurat
Penerbit : Alaf 21 Sdn BHd

Khatam lagi. Adus. Kalu bab membaca novel ni cukup senang kalu nak baca dan khatamkan. Kalu buku ilmiah atau Qur�an tu, cukup liat untuk membaca apatah lagi mengkhatamkannya.

ADAM � Aku Darah Anak Malaysia, berkisar tentang perihal seorang sharp shooter dalam Polis DiRaja Malaysia PDRM yang terperangkap dalam satu konspirasi melibatkan Presiden Amerika Syarikat. Jalan cerita yang thriller membuatkan membacanya seolah aku sendiri yang menjadi sharp shooter yang menembak Presiden US tersebut.


Dec 26, 2003

DESTINASI : TERENGGANU DARUL IMAN

Memang dah PLAN raya haritu tak balik kampung ayah dan ummi sebab diorang ada PPWN dan PPN di Kuala Terengganu pada 26 � 26 Dis 2003 ini. Kali ni balik Terengganu dengan 2 kenderaan, Kancil dan Unser sebab ada kawan ummi tumpang sekali.

AGENDA
Perpustakaan Negeri Terengganu � sekadar melihat-lihat perjalanan PPWN dan PPN.
Pantai Batu Buruk � ombak kuat, memang x sesuai untuk mandi manda, dah banyak meragut nyawa
Masjid Terapung � sekadar nak bergambar!...apala depa nie�.
Losong � beli borong kerepok lekor untuk bawa balik ke Perlis
Pasar Kedai Payang � saja jalan-jalan
Bukit Puteri � bawa isteri menikmati panorama Kuala Terengganu.dari aras ketinggian bukit. Penat weh�..kena naik 2 kali (sebab tertinggal kunci Unser kat atas bukit)
Kediaman MB Terengganu � berpeluang menyertai majlis makan malam bersama MB Terengganu YAB Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.


Dec 6, 2003

RONA BOSPHORUS

Rona Bosphorus. begitulah bunyi tajuknya. Setelah sekian lama. Nak beli. Tak jadi. Nak pinjam kat library haritu, masih dalam arkib "display".Akhirnya adikku, Aminah berjaya meminjamnya dari Pustaka Awam Perlis dua hari yang lalu.

Sebuah lagi karya Zaid Akhtar. Sebelumnya dengan novel Sesegar Nailofar. Rona Bosphorus berkisar seputar siswazah Malaysia, Alham dan Amal Hayati (watak utama) yang menyambung pelajaran di Turki. Diselangseli dengan rentetan peristiwa di mana Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya merealisasikan sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi � Sesungguhnya Kostantinopel itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya�. Membaca novel ini membuatkan kita seolah-olah berada di Turki.

Dah lama rasanya tak khatam novel. Biasalah bila baca novel tu, tak sampai sehari pun dah khatam. Sampaikan buku Rumahtangga Dakwah yang kumulakan pembacaan lebih awal seminggu yang lalu, masih belum sampai separuh pun dihabiskan.

Dec 2, 2003

APPOINTMENT DENGAN AUDITOR

Pergi jumpa auditor Jamal Amin & Partners di Penang Street. Ada benda sket nak kena bincang tentang akaun syarikat kami yang depa dok audit. Banyak sangat depa letak profit. Mana larat nak bayar Tax :-)


KONVOI PENGANTIN KE KUALA KETIL & ZIARAH RAYA

5 kereta berkonvoi membawa pengantin untuk menghadiri kenduri di sebelah pihak penganti lelaki di Kuala Ketil. Khabarnya Pak Su menumbangkan seekor lembu untuk meraikan juga tanda syukur atas pernikahan anak sulungnya itu. Syukur Alhamdulillah.

Petangnya cadang nak pi ziarah dan beraya di rumah Azlan, coursemate U dulu tapi dia takdak pulak. Tukar plan pi rumah Hadi@Rambo di Lahar Kepar. Bila dah kawin dengan Penang ni la baru aku sempat untuk berziarah ke rumah teman-teman yang dok di daerah Penang nie.



SELAMAT PENGANTIN BARU...

Tahniah Kak Naimah (dua pupu bini aku����betoi ka? Hehe) dan Abang Rashidi. Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke syurga. Sempat kami menyertai upacara akad nikah yang dilangsungkan di masjid dan tok kadi yang sama seperti aku akad nikah dulu. Hehe. Terus teringat getaran yang aku alami 3 bulan yang lalu.

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. " (ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:

"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... " (An-Nisa':1)


PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com