Apr 5, 2004 |
|
DERMA SESAMA INSAN - http://faiz04.cjb.net/
Dari Abu Hurairah r.a, "Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali melalui tiga perkara iaitu sadaqatul jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain atau anak yang soleh yang mendo'akan untuknya". Riwayat Muslim
Sayu hati melihat penderitaan yang dialami adik Faiz dalam edisi Siasat NTV7 semalam. Ibubapa mereka memerlukan RM 300,000.00 untuk pembedahan ke atas penyakit hati yang kronik (Biliary Atresia). Kalau dapat 300, 000 orang atau 15% dari populasi rakyat Malaysia yang menghulurkan RM 1 insha Allah dana sebanyak yang diperlukan dapat dikumpulkan. Adik Faiz perlu menjalani pembedahan dalam masa 5 bulan dari sekarang. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, tak perlu kita bersusah payah tulis cek atau ke bank untuk menderma, hanya sekadar menerusi klik tetikus di computer.
Derma boleh disalurkan melalui No Akaun berikut :
A/C : Zurita Mat Adanam (Ibu Faiz)
112080466857 Maybank
atau melalui cek berpalang / kiriman wang kepada :
Fadhil b. Muhamad, 2J Persada Damai Alam Milenia 1, Enstek 71780 Labu, NSDK.
|
|
|