|
May 20, 2004 |
|
CUTI-CUTI MALAYSIA � LE TOUR DE LANGKAWI
KEMBARA MENINJAU RAHSIA CIPTAAN ALLAH
Sekian lama merancang. Akhirnya dapat jua ke Langkawi.
Tarikh
16 � 17 May 2004
Penginapan
Langkasuka Beach Resort
Peserta
2 orang - aku dan seorang isteri
Tempat Dilawati
Underwaterworld(tiada foto-gambar tak jadi sbb takde cahaya suria)
Cable Car � sehingga ketinggian 794 meter dari paras laut
Island Hopping � Tasik Dayang Bunting / Eagle Feeding / Pulau Beras Basah
Jejak Kasih
Pertemuan dgn teman sekelas di Hira� - Mohsin Aflah Zaini
Terserempak dgn junior Hira� (batch 5) � Norazah dan suami - bulanmadu
Mohsin Aflah Zaini
Beliau sekarang adalah usahawan yang berjaya. Mengusahakan agensi Tour & Travel di Langkawi. Memang tak duga. Allah gerakkan hati untuk masuk sebentar ke dalam Kuah Mall selesai urusan tempahan kereta sewa & penginapan. Tak tau langsung yang beliau sekarang berada di Langkawi. Rugi aku dah booking kereta & penginapan sebab dia kata dia boleh bagi harga kawan-kawan (harga kos) kat aku untuk hotel dan kereta. Rugi. Rugi��.
Kadar Harga Langkasuka Beach Resort kalau booking direct dgn hotel � RM 140. Aku ambil dgn agen, dapat � RM 120. Tapi Mohsin kata dia boleh bagi lagi murah giler sehingga bawah dari RM 100. Perghhhhhh. Murah giler. Less than RM 100 for 4 star hotel����.
Pengajaran
1. Masha Allah. ZIkir ini bermain di bibir tatkalamana melihat keindahan ciptaan ALLAH.
2. Bila masuk Underwaterworld, terasa betapa AGUNGnya Allah yang mencipta pelbagai hidupan laut yang unik. Baru teringat yang bukan di daratan saja ada makhluk Allah. Daratan dan lautan semuanya dibawah kekuasaan dan ciptaanNYA.
3. Bila menaiki Cable Car, alangkah indahnya bila dapat melihat kebiruan laut dan kehijauan belantara sepanjang berada dalam Cable Car tuh. Kagum jugak dengan keupayaan manusia membina Cable Car dengan kabelnya yang merentasi bukit-bukau. Hebat ciptaan manusia, hebat lagi ciptaan Allah kerana DIA lah yang mencipta manusia.
4. Bila menaiki bot merentasi lautan mengelilingi Pulau Dayang Bunting, lalu tersadai di Pantai Beras Basah, terasa betapa Agungnya ALLAH. Menjadikan daratan dan lautan untuk dimanfaatkan manusia. Kagum aku bila berada di tengah-tengah Tasik Dayang Bunting. Tasik yang terbentuk dikelilingi bukit-bukit yang dinamakan Pulau Dayang Bunting itu adalah satu bukti kekuasaan Allah.
5. Kali ini benar-benar terasa untuk menghargai keindahan dan keunikan ciptaan Allah. Yela, bila berada di daratan tu asyik tengok fizikal alam yang sama membuatkan kita terlupa bahawa itu semua adalah tanda kekuasaan Allah. Teringat aku pada Firman Allah dalam Surah Ali-Imran : Berfikirlah kamu pada ciptaan Allah dan janganlah kamu berfikir dengan Zat Allah. Banyak sebenarnya pengajaran yang boleh dipelajari oleh manusia dengan memerhatikan ciptaan Allah.
|
|
|
|
|