Sep 4, 2007 |
Tanggal 31 Ogos |
M E R D E K A E R D E K A R D E K A D E K A E K A K A A
Ini sebenarnya sajak yang kumpulan kami present masa camping kat Empangan Bris Resort. Sajak 7 rangkap. Dan. Kumpulan kami tidak menang pun persembahan terbaik samada tempat 1, 2 atau 3.
Apa ingat malaysia ja ka boleh sambut 31 ogos. Kalu Malaysia dah umur 50 tahun merdeka. Namun bagi ku 31 ogos adalah ulangtahun ke-4 perkahwinan kami. Dah 4 tahun ek. Rasa macam baru jer. Kekadang rasa cam dah begitu lama. Aiseh.
Sayang, Terima kasih kerana sudi menjadi teman wanita, teman sepermainan, rakaniaga, isteri, ibu, teman tidur, teman bicara, teman driver dan sebagainya. Semoga Love is Cinta kita kekal selamanya. Meminjam kata-kata dari Saifulislam.com, ”You complete me“.
Tiada apa-apa celebration (tahun-tahun sebelumnya kita ada celebrate ker yang?) kali ini sebab aku berada di Sauk Sik menghadiri camping di sebuah resort di tepi Empangan Bris. Rupanya empangan tu baru lagi wujud, sekitar 2004. Tuan punya resort tu citer ikan-ikan kat empangan tu pandai-pandai belaka sebab ada sekolah dalam empangan tu. Masjid pun ada. Padang bola jer takde sebab tak tenggelam disebabkan kedudukan padang sekolahnya sebelum ni agak tinggi. Tiada gambar bukti sebab tak bawa kamera sebab bateri kong.
Baca entri teman wanita saya untuk kisah lipurlara beliau tentang 31 ogos. Saya tak tahu nak tulis apa lagi. |
|
|