|
Jun 9, 2008 |
Demam Kuning |
Hari ke-4 seperti yang dijadualkan dalam kad Pusat Rawatan Mahsuri, kami ke Klinik Desa Gial untuk check-up baby. Nurse marah sebab tak lapor kelahiran baby secepat mungkin pada depa untuk depa buat pemeriksaan susulan. Kami ikut jer tarikh yang pihak Pusat Rawatan Mahsuri berikan. Rupanya pihak klinik desa mahu buat pemeriksaan lebih awal. Siap telefon lagi tuh...cukup proaktif dan prihatin layanan mereka. Klinik Desa lain bagaimana ya..rasa-rasanya semua dah begitu.Proaktif dan prihatin serta mesra alam.
Nurse ambil darah. Bacaan 12.1. Lebih 0.01 dari skala paling selamat. Kalau bacaan 12.0, boleh balik jer rumah. Nurse arahkan kami ke Klinik Arau untuk rawatan ultra apa nama tah yang pakai lampu untuk baby demam kuning tu la. Terpaksa la ikut arahan mereka. Pukul 4 check darah lagi sekali. Bacaan 12.3. Aik..lagi meningkat. Nurse suruh baby bermalam pulak di bawah lampu kat Klinik tuh. PAdahal kami dah plan dan siap packing dah untuk balik Penang. Selepas buat rayuan kata nak kena balik Penang, nurse lepaskan dengan amaran suruh check kat hospital kat Penang.
Tetibe teringat nak bagi ubah homeopati kat baby. Sebelum berangkat ke Penang singgah sebentar di Klinik Homeopati Dr. Yunus.
Fuh. Ingatkan beberapa puluh ringgit saja. Rupanya RM 99. Mujurla ada duit dalam dompet. Huhu.
Pastu kami terus berlepas ke Penang sebab nak kena jenguk juga booth niaga kami dekat Ekspo Usahawan Malaysia kat Seberang Jaya tu yang ditinggalkan kepada Mck Salmah dan anak-anaknya.
Sekian update dari lobi Suria Apartment, Bukit Merah. Transit sebentar nak pergi hantar Salahuddin ke UIA. |
|
|
|
|