|
Jun 19, 2003 |
|
Takziah kepada yana sekeluarga di atas pemergian abang beliau ke rahmatullah pada petang 17 June 2003. Sesungguhnya Allah lebih menyanyangi beliau dari kita. Sesungguhnya tiap yang bernyawa pasti akan mati. Bagaimanakah kita..? Bersediakah kita..?
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan yang kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimput putih membalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berjuanglah hidup sepanjang zaman
|
|
|
|
|