|
Jan 19, 2004 |
|
RIADHAH : MAJULAH SUKAN UNTUK DIRI
Dah lama sebenarnya tak berbasikal. Harini berjaya menguatkan tekad, lalu berkayuhlah ke Mata Ayer. Anggaran jarak : 5km. Lega rasanya walaupun xdela peluh sangat. Mungkin sebab peluh habis keluar masa main bola kat UUM semalam kot. Kalah pulak tu. Hehe.
Insha Allah lepas nie akan digandakan kilometer lagi. Lebih kilometer lagi�..bak kata promo iklan Shell.
Teringat akan hadis Nabi s.a.w. : Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah s.w.t. daripada orang mukmin yang lemah
Salah satu cara untuk kuat ialah dengan menjaga kesihatan. Senaman adalah aktiviti yang baik untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri. Senaman ada baik ada prinsipnya. Laman web Kementerian Kesihatan menggariskan satu prinsip yang dinamakan FITT.
F - Frequency
3 - 5 kali seminggu
I - Intensity
Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa
T - Time
Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan)
T - Type
Aerobik, bersukan (contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal)
Satu lagi prinsip yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah kaedah pencegahan.
�Mencegah lebih baik daripada merawat�
Sila ke Laman Web BMI untuk mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) untuk melihat samada anda mempunyai berat badan yang unggul atau tidak.
BMI merupakan singkatan kepada �Body Mass Index� atau Indeks Jisim Tubuh di mana ianya merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul.
Petikan dari laman web tersebut :
Berjalan kaki selama 30 minit satu hari atau sekurang-kurangnya 3 jam dalam seminggu adalah sangat baik untuk jantung anda dan dapat membantu menjaga tahap kesihatan anda. Mulakan dengan 15 minit sehari untuk selama 5 hari dan tambahlah 5 minit setiap minggu hinggalah anda dapat melakukan aktiviti berjalan kaki selama 30 minit sehari. Ingat, dalam hal ini, anda harus membiasakan diri, berdisiplin dan berusahalah untuk konsisten melakukan aktivit bersenam ini setiap hari. Jangan biarkan rasa malas membuat anda berhenti, kerana sekali berhenti biasanya anda sukar untuk memulakannya lagi.
Insha Allah, aku bertekad untuk melakukannya, tetapi dengan berbasikal. Berjalan kaki atau berjogging ni, rasanya susah sket. Tapi peluh lagi banyak berbanding dengan berbasikal.
|
|
|
|
|