|
Jun 10, 2004 |
|
LELONG.COM & P900
Lelong.com adalah satu portal yang membolehkan sesiapa jua melelong dan membeli barang. Anda boleh melelong apa jua barangan yang anda mahukan. Ianya adalah medium lelongan barang versi moden. Hanya memerlukan klik untuk membida barangan yang diingini.
Apa pasal la pulak yang aku nak bicarakan tentang portal Lelong nie? Saje. Aku pernah menggunakan medium lelong ini untuk membeli sebuah harddisk dari seorang remaja Cina yang tinggal di Ipoh yang sampai hari ini masih kugunakan.
Dah lama aku tak menghabiskan masa merayau-rayau di portal Lelongtersebut sampai username untuk akses pun aku dah lupa. So aku create satu username baru. Bila cuba nak daftar, sistem bagitau yang aku dah pernah daftar dah dengan depa sebab depa masih simpan database menerusi No Kad Pengenalan aku. Lama jugak tu. Lebih 3 tahun rasanya aku tak aktifkan diri tapi depa still simpan data aku. Mujur la aku boleh recall passwordnya. Hehe.
Aku ada hajat sebenarnya. Tengah dok meninjau satu barang untuk dimiliki. Mana tahu ada rezeki orang pi lelong barang yang aku idam-idamkan tu. Hari tu tengok ada orang lelong dengan harga RM 2,588. Tak sampai seminggu selepas tu, orang yang sama rasanya, lelong pada harga RM 2,388. Glupppppp. Masih mahal rasanya. Lagipun belanjawan pun masih belum mencukupi. Tabung PDA yang kutubuhkan semenjak kerosakan Palm m505 dahulu masih perlu diisi. Nak sambar yang baru, perghhh��.tak sanggup rasanya, RM 2,999 beb. Tengok lah..kalu ada orang lelong bawah dari RM 2K, aku pasti sambar terus. Tapi macam tak logik jer. 6 bulan lagi mungkin kot !!! Risiko pun ada jugak sebab beli barangan 2nd hand. Warranty pasti tiada. Kalu ada pun, mesti dah susut.
Ehh. Apa yang aku dok cerita nie ? Weit. Ngko buat apa ekk ? Mimpi di siang hari ker? Lantaklah apa pun. Mimpi ker�..Berangan ker��Merapu ker��..!! yang pasti kau tetap di hatiku�..:-)
|
|
|
|
|