Jul 16, 2004 |
|
BULAN MEMBACA KEBANGSAAN
TEMPOH : 1-31 JULAI 2004
ISU BERULANG : Rakyat Malaysia didapat hanya membaca 2 buah buku setahun
Tak pasti pula aku, data tahun bila untuk statistik yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun. Yang pastinya bila timbul isu membaca, statistik ini akan diHIGHLIGHTkan untuk menunjukkan betapa MALASnya rakyat Malaysia membaca. Apa neraca yang digunakan untuk mengukur tahap pembacaan rakyat Malaysia? Itu pun aku tak tahu….
Tapi bila kita lihat di kedai buku, yang banyaknya adalah majalah hiburan, cerita misteri dan seks. Tak dinafikan ada juga majalah info dalam pengkelasan tertentu seperti IT, keluarga, pendidikan, pengetahuan am dan profesionalisma tertentu. Tapi rasanya majalah berbentuk hiburan ini lebih mendominasi pasaran lebih 2/3 dari pasaran majalah keseluruhannya.
Berakhirnya riwayat majalah MASSA menunjukkan betapa payahnya majalah bermaklumat untuk survive di Malaysia. Sukar untuk menjamin hayat sesuatu majalah seperti ini untuk bertahan dalam pasaran. Kalau dahulu kita ada majalah DETIK, SIASAH, AGAMA & FALSAFAH, EKSKLUSIF, TAMADUN dan banyak lagi. Tapi semua majalah itu tak dapat bertahan lama. Tak dinafikan ada juga yang dapat bertahan seperti Dewan Masyarakat, Kosmik, I, Anis dan lain-lain yang agak boleh bertahan kerana ditunjangi oleh syarikat penerbitan yang kukuh seperti Karangkraf. Itu pun sebab syarikat itu mengeluarkan juga majalah berorientasikan hiburan. Boleh la support sikit.
|
|
|