SEMINAR
Lama dah tak pergi seminar. Hari nie berpeluang menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perlis - Seminar Pelan Induk Industri & Pembangunan Perniagaan Negeri Perlis. Ada 4 panel bagi pembentangan. Tapi aku dengar 2 jer. Tahniah kepada En. Saffie Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Pengilang-Pengilang Negeri Perlis yang membentangkan kertas kerja yang cukup bagus dan kritis tentang Halangan, Strategi dan Prospeok Perindustrian Negeri Perlis.
Antara HALANGAN-HALANGAN yang disebutkan dalam kertas kerja tersebut ialah :
- kekeliruan mengenai dasar pemilikan saham (equity policy)
- keyakinan (confident) pelabur-pelabur - keluasan tanah tapak kilang di kawasan perindustrian sedia ada - promosi dan kekurangan maklumat mengenai pelaburan di negeri Perlis - insentif dan lokasi yang tidak menarik (locational disadvantage) - kekurangan insentif oleh kerajaan negeri Perlis- karenah birokrasi
Nota : Maaf kepada staf kampeni aku sebab tak sempat bagi gaji korang hari nie. Hari Isnin nantila ek..!! Terkurung dalam dewan seminar. |