|
Dec 13, 2004 |
|
HIJJAZ & CETAK ROMPAK
Aku tak tahu bila album baru HIJJAZ bertajuk DAMAI telah dilancarkan. Aku hanya terperasan kewujudan album tersebut bila membelek-belek himpunan CD-VCD yang berlambak di pasar malam tempohari.
Haritu pegi kedai kaset, tak de plak terperasan any album nasyid baru. Tanpa berlengah lagi, selepas bertanyakan harga dan tawar-menawar, aku berjaya mendapat sekeping CD Hijjaz terbaru tersebut denga harga RM 7. Lebih mahal lagi dari harga VCD movie yang kebiasaannya mempunyai 2 keping VCD dengan harga RM 5 sahaja. Tak paham aku.
Eh...Korang jangan pulak tuduh aku menyokong industri cetak rompak dan meruntuhkan industri nasyid tanahair. Aku janji nanti kalau jumpa kaset yang original tersebut, aku akan beli yang original. Ini hanyalah sebagai trial version......nak buat camner….dah terjumpa yang cetak rompak dulu. Nampak gayanya amaran kerajaan tentang gejala kerajaan ini tak diendahkan langsung. Malahan nampak gayanya terus subur berkembang. Lagipun permintaan sentiasa ada. Takat RM 5 tu, senang-senang jer keluar dari poket.
Semuanya ada 10 nasyid. Antaranya Ritma Kehidupan, Belaian Ibu, Aku Hanya Umar, Pemimpin Yang Adil dan lain-lain. Mari kita dengar dan hayati salah satu daripadanya. Kira banyak jugaklah yang best-best…
Belaian Ibu
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh...Ibu
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Along Exist, Isman Isam
Penerbit : Zahid, Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records
|
|
|
|
|