|
Sep 12, 2004 |
|
SEMINAR AL-HUFFAZ
AGENDA : SEMINAR AL-HUFFAZ
TARIKH : 12 SEPT 2004
TEMPAT : IPOH, PERAK
PENGANJUR : AL-HUFFAZ SDN BHD
OLEH : HJ MOHAMAD SHAFIE HJ MOHAMAD AMIN AL MUQRI' (ACCA)
LAMAN WEB : http://www.huffaz.eniaga.biz /
Alhamdulillah, hari ini kami sekeluarga berpeluang mengikuti Seminar Al-Huffaz yang diadakan di Ipoh, Perak. Banyak juga TIP-TIP yang menarik yang sempat dipetik dari seminar tersebut khususnya dalam konteks untuk menghafal ayat Qur'an secara mudah dan berkesan. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai rahsia untuk menghafal al-Qur'an dengan memperuntukkan hanya 5-10 minit sehari.
TIPS GLOBAL
- jaga hubungan dgn Allah dan ikut syariat Islam sepenuhnya
- yakin bahawa yang tentukan dapat hafal atau tidak adalah Allah
- maksiat memuntahkan ilmu
TIPS KHUSUS
- pakar otak menyatakan bahawa otak manusia dapat menyimpan maklumat yang diterima dalam tempoh yang lama jika ianya DIULANG BANYAK KALI
- BACA dan ULANG ayat yang ingin dihafal itu SEBANYAK 200 KALI
Sedikit Biodata tentang penceramah : HJ MOHAMAD SHAFIE HJ MOHAMAD AMIN AL MUQRI" (ACCA). Daripada seorang yang tidak pandai membaca al-Qur'an, beliau memulakan usaha mempelajari al-Qur'an sewaktu belajar di London dan akhirnya berjaya menghafal 30 juzuk al-Qur'an ketika berusia 30 tahun. Perghhh. Dari tak pandai baca Qur'an bebb...boleh jadik hafiz. Kita nie yang dari kecik dah pandai dan lancar baca Qur'an , juzuk "Amma pun x abis hafal lagi....
So...Tiada alasan bagimu...nak seribu daya, mahu seribu usaha, tak nak sudah...!!!
|
|
|
|
|