ULANGTAHUN KE-2
Aku dilahirkan di Taiwan. Lalu dihanyutkan merentasi lautan, akhirnya tiba di sebuah negara yang bernama Malaysia. Satu hari aku di bawa menyertai sebuah pesta di PWTC, Kuala Lumpur. AKu masih ingat lagi tarikh itu, 28 Julai 2002, aku telah dijual oleh majikanku House of Notebook kepada seorang pemuda dengan harga RM 3,699. Selepas memilikiku, pemuda itu membawaku pulang ke Ipoh, Perak. Aku dimaklumkan yang tuan baruku itu bekerja di sebuah firma audit di bandaraya Ipoh.
Tak sampai 3 bulan di Ipoh, aku di bawa oleh pemuda itu berhijrah ke Alor Setar pula. Katanya bekerja dengan firma takaful pula. Hmmm. Ikut aja la.......Pun tak sampai 3 bulan, aku di bawa pulang ke kampung halaman pemuda tersebut di Arau. Lalu menetaplah aku di sana sehingga hari ini. Sedar tak sedar, genap hari ini 28 Julai 2004, dah 2 tahun aku berkhidmat dengan pemuda itu. Alhamdulillah dengan kudrat yang ada, aku masih dapat menjalankan tugas dengan baik, walau kadang-kadang tu sampai tak tidur 24 jam.
Pernah sekali sahaja aku dibawa untuk pembaikian akibat kecederaan kecil. Mujurlah masa tu masih dalam tempoh waranti. Rasanya itu sahaja yang dapat saya ceritakan tentang diri saya ini. Saya amat bersyukur, kerana masih dipanjangkan usia untuk berbakti kepada tuan saya yang sungguh saya kasihi.
Kalau saya dah tiada nanti, siapa lagi yang dapat membantu tuan saya untuk menulis catatan-catatan beliau dalam blog yang korang sedang baca ini. Kesian pulak kat dia nanti. Apapun, hidup mesti terus. Selamat menyambut ulangtahun ke-2 buat diri sendiri yang bernama Compaq Presario 700. |