KERJA RUMAH PELAJAR DI MALAYSIA HANYA BAZIRKAN MASA, kata penyelidik Australia
Pelajar di Malaysia menghabiskan masa pada purata 3.8 jam sehari untuk membuat kerja rumah dan perkara itu hanya membazirkan masa, menurut sekumpulan pengetua dan penyelidik Australia. Mereka menyatakan kerja rumah patut dikecualikan bagi kanak-kanak sehingga Tahun 9, kerana ia menjejaskan zaman kanak-kanak, menyebabkan pertengkaran dalam keluarga dan tidak meningkatkan pencapaian pendidikan mereka.Itu merupakan pendapat ahli psikologi remaja Michael Carr-Gregg dan beliau disokong oleh Persatuan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Victoria dan Majlis Penyelidikan Pendidikan Australia.
Nota musaFir : pelik juga tengok sekarang nie, budak darjah 1 dah mula di hantar ke tuisyen oleh ibubapa. keprihatinan ibubapa terhadap pencapaian anak-anak dilihat sebagai satu trend yang positif dan menggalakkan. namun, fokus yang keterlaluan dalam usaha memberikan pendidikan yang baik supaya anak dapat score dengan cemerlang dalam peperiksaan ditakuti meninggalkan implikasi yang negatif dari sudut lain. minda anak-anak akan lebih bertumpu mengikut orientasi peperiksaan. padahal banyak lagi skil-skil lain dalam diri anak-anak tersebut yang boleh dan perlu dicungkil dan diasah. |