|
Aug 28, 2004 |
|
PERCUMA! TAPI MENYUSAHKAN
PERCUMA! TAPI ADA KOS
Siapa yang tak nak bila ditawarkan secara percuma penginapan 3 hari 2 malam di Pulau Tioman atau 2 hari 1 malam di puncak Bukit Tinggi. Syaratnya mudah ajer. Datang dengar taklimat selama 60 minit di tempat yang telah ditetapkan. Tapi hati masih sangsi, mana boleh senang-senang jer dia nak kasik free, mesti ada muslihat tersembunyi walau diyakinkan oleh mereka bahawa tiada tipu-helah.
So, pada hari yang dijanjikan, terpacakla kami di Kelab Golf Darulaman. Wah. Memang betul la....dia kasi free gitu ajer voucher tu kat kami. Tiada syarat tambahan walau dalam sesi "kaunseling" (aku panggil kaunseling sebab yang deal dgn kami adalah Vacation Counsellor) tersebut, mereka ada offer pakej keahlian untuk kelab hotel mereka. Pakej yang boleh dikatakan agak mewah sebab hotel depa semua 5 star punya. Tapi pakejnya pun mahal nak mampuih, mencecah lebih RM 20,000, siap boleh bayar installment lagiā¦.tapi Vacation Counsellor tu takdela promote giler sangat sampai pujuk rayu. Agaknya depa silap prospek kot....haha. takpela. Whatever pun, voucher tu dah jd milik kami. Tapi valid 3 bulan ajer. Dahle tu, Weekend-Jumaat & Sabtu dan School Holiday tak valid plak. FREE tapi MENYUSAHKAN.
Tapi lepas calculate balik semula, berbaloikah membuat satu trip percutian dengan SENGAJA hanya disebabkan dah dapat FREE penginapan. Tioman nun di sana. Bukit Tinggi pula tinggi melangit di sana. Rupanya benda FREE nie pun ada KOS sebenarnya. Cumanya samada kita nampak dan sedar atau tidak ajer.
So, adakah aku tertipu?
|
|
|
|
|