Feb 11, 2005 |
|
CERAMAH ACHEH & ZIKIR
Dalam perjalanan pulang ke rumah mertua, singgah sebentar di Masjid Bandar Darulaman. Khabarnya ada ceramah oleh Kiyai dari Indonesia. Nama Kiyai tersebut ialah Kiyai Muhammad Arifin Ilham. Ribuan jugaklah hadirin yang hadir. Sekadar nak berkongsi info yang sempat dicatat menggunakan P900. Tak sempat nak catat banyak-banyak sebab bebudak mula mengerumuni nak tengok apa yang aku tulis.
- barangsiapa yang malas bertahajud, kedekut bersedeqah, takut berjhad, maka perbanyakkanlah zikir pada Allah nescaya akan dipermudahkan kesukaran tersebut. Tak pasti samada hadis atau kalimah ulama'. - Ibadat lain ada waktu dan batasnya. Solat. Puasa. Zakat dan Haji ada waktu dan tempoh hadnya. Tapi zikir special sebab ianya bebas dilakukan pada bila-bila masa sahaja. |
|
|