Apr 11, 2005 |
|
PLASTIK LUTSINAR DAN POWER POINT
Prof. Datuk Dr. Mohd Salleh Mohd Yasin, Naib Canselor UKM dalam Sisipan Pendidikan Bestari, Utusan Malaysia dipetik menegur sikap segelintir pelajar di universiti yang malas mencatat nota kuliah, sehinggakan, "Ada yang meminta plastik lutsinar atau persembahan power point pensyarah untuk dibuat salinan fotokopi".
Komen:
1. OK la tu. Memang pelajar tu malas, tapi dia bijak. Sebab masa pensyarah bagi penerangan dia dapat tidur tumpukan sepenuh perhatian kepada syarahan pensyarah tersebut. Tak de la terkulat-kulat salin bait-bait perkataan pensyarah dan lebih malang bila nak exam tak baca pun nota dia sendiri, sebab dia pun tak paham, sebaliknya menggunakan nota rakan lain atau nota fotostat rakannya yang pinjam nota dari pensyarah tersebut. 2. Pensyarah kami semester lepas, terbalik pulak, mintak dari pelajar persembahan power point pelajar untuk simpanan beliau. |
|
|