Mar 1, 2005 |
|
BUDGET BELUM TURUN LAGI
Semasa di Perpustakaan Awam Perlis tadi, ada aku minta himpunan majalah-majalah Motor Trade yang lepas-lepas untuk mencari sedikit info tentang harga kenderaan (baca: bukan untuk beli kenderaan). Pegawai tu bagilah 2 majalah yang lepas-lepas, sambil berkata ini jer yang ada, BUDGET untuk pembelian majalah belum dapat lagi lah!
Eh. Ni dah bulan Mac! BUDGET masih belum turun lagi? Memang aku tak hairan lah sangat, sebab bayaran tuntutan syarikat kami bagi tahun nie pun belum dapat lagi semenjak bulan 10 tahun lepas lagi. Biasalah tu. Aku memang tak hairan, tapi musykil juga mengapa terjadi sebegini.
Teringat akan perbualan dengan seorang kontraktor landskap tahun lepas, katanya mereka ditawarkan kontrak kerja landskap dengan jabatan kerajaan itu dan ini kerana jabatan kerajaan itu dan ini NAK HABISKAN peruntukan tahunan (masatu hujung tahun 2004, bulan Disember). Kalu tak habiskan peruntukan tahunan, nanti kena query dengan pihak pusat atau peruntukan tahun depan akan dikurangkan.
Bila dikaitkan dengan apa yang berlaku di perpustakaan tadi, barulah aku faham sebab apa peruntukan jd berlebihan di hujung tahun. Sebabnya BUDGET tahunan dapat pun lewat, entah-entah pertengahan tahun baru dapat kot. Kesimpulannya, banyak perbelanjaan untuk perkara yang penting tidak dapat dibelanjakan dengan berhemah sebab BUDGET turun lewat. Bila BUDGET turun, masa sudah berlalu, lalu dibazirkan pula BUDGET tadi untuk perkara-perkara yang tidak penting yang mengKAYAkan kontraktor contohnya (aku pun kerja dgn kontraktor….ha ha ha). Disini kita dapat lihat kepincangan berlaku dalam pengurusan perbelanjaan kewangan negara. Salah siapa semua ini? Siapa yang rugi? Siapa yang kaya? Siapa punya angkara? |
|
|