May 27, 2005 |
|
MEMBERI HUTANG
Sabda Nabi SAW
Hutang dari segi pahal, lebih dua pahalanya daripada pahala sedeqah - Hadis Hasan
Dalam kisah perjalanan Nabi SAW bersama Jibril pada malam Israk Mikraj, tergantung di salah sebuah pintu syurga kata-kata bermaksud - Sedeqah bersamaan 10 kali ganda dan hutang bersamaan 18 kali ganda
Apabila ditanyakan, Jibril menyatakan bahawa sedeqah diberikan kepada seseorang semua atau sebahagiannya. Sementara hutang, orang tidak akan meminta berhutang kalau tidak kerana sebab-sebab yang mendesak.
Di sini dapat dilihat bahawa hutang merupakan satu tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka yang berkemampuan, biarpun pemberian hutang hukumnya sunat. Namun kadangkala memberi hutang menjadi wajib apabila bertujuan memenuhi keperluan yang mendesak.
Disimpulkan dari petikan dalam Utusan Malaysia - 27 Mei 2005 |
|
|