May 28, 2005 |
|
MENGAPA SAYA BENCI MASJID?
Maszlee Malik 06:20pm 24 Mei 2005
Di dalam salah sebuah kuliah saya di universiti, saya sempat bertanyakan kepada anak-anak murid saya: “Di masjid manakah kamu menjadi AJK?”, bagaikan tsunami yang melanda mereka dikejutkan dengan soalan tersebut. Bunyinya teramat aneh, janggal lagi pelik. Samada yang bertanyakan itu seorang yang kurang waras, atau jahil dan binggung, ataupun yang ditanyakan itu yang tidak faham soalan. Secara ijmak mereka menjawab, “Kami bukannya orang tua!”. Hanya orang tua sahajalah yang layak memakmurkan masjid? Hanya orang-orang tua sahajalah yang berhak menentukaan hala tuju sesebuah masjid? Hanya orang-orang tua sahajalah yang berhak memonopoli pentadbiran sesebuah masjid? Walaupun di antara mereka itu tidak pernah muncul ke masjid kecuali menjelang pemilihan AJK sahaja? Lebih lucu lagi, di salah sebuah masjid, Jawatankuasa pembangunan belia dan remajanya, adalah seorang yang telah pun berusia 60 tahun...mungkin dia masih terasa dirinya remaja!
Baca lagi di Ummahonline |
|
|