|
Sep 6, 2007 |
MEMAHAMI MINDA JUTAWAN |
Dipetik dari Newsletter dari Dr Irfan Khairi
Dr Thomas J Stanley, penulis buku terlaris "The Millionairs Mind" telah membuat penyelidikan atas beratus-ratus jutawan untuk memahami, apakah sebenarnya faktor-faktor yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dari segi kewangan. Berikut adalah carta Millionaire's Mind menurut turutan:
1. Jujur dengan semua orang 2. Berdisiplin 3. Mesra dengan semua orang 4. Mempunyai teman hidup yang memahami 5. Bekerja lebih masa dari orang lain 6. Mencintai kerja atau karier mereka 7. Mempunyai kebolehan pimpinan yang hebat 8. Mempunyai daya saing yang tinggi 9. Teratur dan terurus 10. Kebolehan menjual idea sendiri atau produk sendiri
Sekadar highlight untuk diri sendiri 2 point dari kesemua points di atas.
Mempunyai teman hidup yang memahami ===================================
Ya, isteri atau suami yang memahami adalah antara faktor penting mencapai kecemerlangan kewangan! Teman hidup seseorang bakal jutawan perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk mencapai cita-cita yang tinggi. Pepatah Inggeris berbunyi "Behind every successful men, there's a women" - Begitu juga sebaliknya bagi golongan wanita yang berjaya!
Bekerja lebih masa dari orang lain ==================================
Secara purata, kebanyakan daripada kita bekerja 45-50 jam satu minggu. Mereka yang Berjaya dalam kewangan meluangkan lebih masa untuk kerja dan karier mereka. Kebanyakannya bekerja lebih dari 70 jam setiap minggu sehingga 90 jam setiap minggu. Ini jelas menunjukkan bahawa jutawan-jutawan ini kerja dua kali ganda lebih daripada orang biasa. |
|
|
|
|