|
Jul 12, 2008 |
Lim Guan Eng |
Tertarik membaca perihal KM Pulau Pinang YB Lim Guan Eng yang tidak membenarkan penganugerahan atas dasar politik kepada ADUN, Ahli Majlsi dan sebagainya sempena sambutan hari lahir Tun Yang Terutama (TYT) Penang.
Petikan dari Harakahdaily:-
Manakala tahun ini terdapat sedikit kelainan apabila semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ahli Majlis Kerajaan Tempatan samada MPSP atau MPPP tidak dianugerahkan sebarang pingat ekoran kehendak Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak mahu penganugerahan dibuat berdasarkan kepentingan politik tetapi kerana penglibatan seseorang itu dalam masyarakat.
Ada-ada saja idea beliau yang katanya ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz. Beliau kelihatan benar-benar bersungguh-sungguh mahu menerapkan kepimpinan yang sejati dan beretika. Sebelum ini beliau dah tunjukkan dengan menaiki flight "economy class". Tindak tanduk beliau kadang-kadang tu mengalahkan tingkah-laku pemimpin Islam. Rasanya kalau ditakdirkan beliau masuk Islam, fuuh....memang boleh jadi klon Umar Abdul Aziz versi Malaysia.
Teringat Nabi pernah berdoa :
‘Ya Allah, bantulah Islam dengan Abul Hakam Hisyam atau Umar al-Khattab.’
Apa salahnya kalau kita berdoa, "Ya Allah, berikanlah hidayah kepada beliau untuk kembali kepada Islam". |
|
|
|
|