|
Jul 7, 2003 |
|
Waaaaaaaaaaarrghhhhhhhh.....notebook Compaq Presario 700 kesayangan ku akhirnya meragam lagi, meragam buat kali kedua. dulu screen monitor off. Hantar ke kedai, technician di situ kata kena tukar keyboard. Gulp. berapa? Katanya kalau Compaq lebih kurang 4-5 ratus gak. Terkedu seketika aku. Mujur ada warranty, tu pun tak pasti samada boleh claim under warranty atau tidak. Warranty pun hampir tamat riwayat dah...hampir sangat-sangat rasanya. Call House of Notebook Penang, katanya Compaq akan ganti kalau masih under warranty. Lega sikit dengar. Tapi masih tak yakin sangat. Hopefully boleh la claim. Mana la aku ada duit sebanyak tu. Ada tu adala sikit-sikit. Tapi tu reserve untuk.......????????? Hehe. So bila aku boleh p Penang ek...........!! ish ish ish. Wei orang Penang, orang Bukit Mertajam...!! Boleh tak tolong ? :-)
Tadi ke Majlis Perbandaraan Kangar. Beli tender nak buat apa tah kat Kuala Perlis. Tender saja dah RM 750. Kalau tak dapat tender, kira burn gitu-gitu jer RM 750. So harini keje aku menaip semula item-item dalam dokumen tender tu ke dalam EXCEL supaya mudah untuk buat calculation and manipulation untuk dapatkan harga tender yang terbaik. Dah la tebal nak mampuih. Tido ofis la camnie.......Aku target mesti habis sebelum Khamis nie gak. Sebab cadangnya nak ambik cuti hari Jumaat, nak p Kursus Kawin kat UUM. Hehe. Kalau tidak bila lagi boleh attend ek......??
Borang PTPTN pun tak abis isi lagi. Esok dah nak kena hantar ke UUM. Due date 8 Julai. Mintak-mintak la boleh diproses segera dan dapat jugak semester nie. |
|
|
|
|