|
Feb 19, 2004 |
|
BESARNYA PAHALA ZIARAH ORANG SAKIT
Sambil menunggu isteri masuk jumpa Doktor Faizah, aku membelek-belek akhbar Berita Harian hari ini. Tertarik dengan satu artikel bertajuk "Hadis: 70,000 malaikat berselawat setiap kali ziarah pesakit". Nak salin hadisnya, tak bawa pen. Balik ofis cuba search guna cermin mata penyelam Google, terjumpa dalam homepage Berita Harian. DIperturunkan sedutan artikel tersebut di bawah utk perkongsian.
RASULULLAH saw bersabda yang bermaksud: �Sesungguhnya Allah akan berfirman pada hari akhirat kelak: �Wahai anak Adam, Aku pernah sakit (di dunia), kenapa kamu tidak menziarahi Aku?�
Berkata hamba itu: �Wahai Tuhanku, bagaimana aku hendak menziarahi Engkau, kerana Engkau adalah Tuhan sekalian alam."
�Allah menjawab: "Tidak tahukah kamu bahawa ada seseorang hambaKu jatuh sakit kerana kamu tidak mengunjunginya?"
�Tidak tahukah kamu, sesungguhnya kalau kamu menziarahinya, nescaya kamu akan dapati pahala-Ku di sisinya.�
Islam menggalakkan umatnya menziarahi mereka yang sakit. Banyak kelebihan yang dijanjikan Allah kepada mereka antaranya pahala kerana mengingati dan sanggup menziarahi mereka yang terlantar dan memerlukan sokongan rakan.
Lebih besar ganjarannya kerana melihat orang sakit dapat memberi keinsafan kepada kita untuk terfikir mengenai betapa hidup ini begitu bermakna dan selagi terdaya lakukan ibadat kepada Allah sebelum dilanda penyakit.
Rasulullah bersabda yang bermaksud : �Sesiapa yang menziarahi seorang yang sakit sentiasalah dia berada dalam tempat penuaian syurga hinggalah dia kembali.�
Baginda ditanya: �Wahai Rasulullah apakah �khurfah� atau penuaian syurga itu?"
Jawab baginda: �Iaitu tempat di syurga yang buah-buahannya hanya tunggu dipetik saja.� |
|
|
|
|