Mar 5, 2004 |
|
CUTI, SERVIS, SI CINA DAN DAKWAH
Hari ini aku cuti. Rasanya cuti pertama untuk tahun ni kot. Aku provide hari ini ke Alor Setar untuk servis Altis Vios Camry Unser ayahku. Dah 2 tahun rupanya kami tak hantar servis ke Pusat Servis Bertauliah ni. Selama ni pi hantar kat servis kat bengkel biasa jer. Kali ni buat servis major 120,000km.
Mujur bawa buku nota Notebook Compaq Presario. Boleh juga siapkan beberapa kerja yang terbengkalai selama ini.
Sambil menaip tu, aku tertarik dengan sesi perbualan antara warga Cina (Non-Muslim) dengan dua warga Melayu (Muslim). Yang menarik perhatian ku ialah bila si Cina tadi bercerita tentang kebaikan puasa. Dia kata kalu buka puasa minum air kosong, jangan minum air manis, sebab masa tu badan kita akan menyerap apa jua makanan yang masuk disebabkan seharian berpuasa. Tambahnya lagi, kurma juga baik, walaupun ia manis tetapi kalori tenaganya lain dari gula biasa.
Pastu tetiba dia masuk cerita pasal betapa bodohnya manusia. Katanya:
�Tuhan sudah turunkan air hujan yang bersih. Tapi aku masih teguk air anggur beer jugak.� �Hahahaha�, gelak dia kepada diri sendiri.
�Ini semua sebab nafsu lah. Biasala manusia�, tambahnya lagi. Hebat jugak si Cina ni berceramah dan beranologi tentang kebaikan Islam.
Kemudian dia masuk bab pengharaman babi. Dia kata betul pada zaman Nabi dulu babi khinzir diharamkan, sebab bahaya penyakit. Tapi sekarang lain dah. Zaman sekarang dah canggih dan macam-macam kepakaran dah ada untuk menghapuskan bahaya babi khinzir tersebut. Di sini dia cuba bermain logik akal. Bagi kita Muslim, tak boleh la kan.
Perbualan tersebut membuatkan aku berfikir betapa kita perlu berusaha lebih gigih menyeru dan berdakwah, samada kepada Muslim mahupun Non-Muslim. Medan sudah terbuka luas. Islam itu secara fitrahnya telah syumul, gah, praktikal dan etc. Cumanya kita perlu melakukan sentuhan penyudah sahaja agar semua manusia menerima dan menghayati Islam sepenuhnya.
Apa yang perlu kita lakukan ialah perlu memperdalamkan ilmu-ilmu Islam dan juga teknik-teknik berdakwah kepada Non-Muslim jugaMuslim la. Macam si Cina tadi la, kita boleh ukurla dengan gaya dia bercakap, berceramah dan beranologi tu, semestinya dia tahu banyak perihal Islam, cumanya satu suis je belum terbuka untuk dirinya menerima Islam sebagai anutan. Tugas kita menyampaikan....selebihnya kita serahkan pd Allah utk menganugerahkan hidayah.
Persoalannya, apa yang dah kita aku buat?
Mejelang waktu solat Jumaat, Unser belum siap lagi. Aku tanya depa kat mana masjid yang berdekatan. Lalu menapaklah aku ke masjid. Dah lama jugak rasanya tak menapak ke masjid nie. Dekat 25 minit jugak berjalan ooooooooooooo. Lebih kurang 2km (sengaja aku sukat masa dlm perjalanan balik, nak tahu sejauh mana aku dah exercise :). Tu baru pergi. x 2 = 5 km jugak la. Terer. Terel. Hehe.
Akhirnya dekat nak Asar baru siap. Siap sekali basuh dan vacum. Mulanya tak nak basuh, tapi time nak bayar tu depa kata basuh dan vacum free of charge sebab ambil package MAX, so rugila kalu tak basuh. Tunggu lagi.................
Sekian catatan seharianku hari ini.
|
|
|