|
Mar 13, 2004 |
|
SENARAI PENCALONAN PERLIS
Hasrat di hati nak juga pi jenguk kat tempat penamaan calon, tapi dah keje terpaksa pendamkan hasrat murni tersebut. Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding merebut 15 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen. Dalam pilihanraya 1999, PAS berjaya mendapat 3 kerusi DUN yakni 1/5 daripada jumlah kerusi. Pertandingan yang dijangka sengit tentulah di kerusi DUN Tambun Tulang di mana MB Perlis akan bertemu dengan Prof Harun Din. Parlimen Arau yang juga ditandingi Prof Haron Din turut diyakini menjadi tarikan kerana lawannya adalah adik kepada YDP Agung sekarang nie. Kerabat diRaja la katakan. Ayah aku kata dia tu senior ayah masa kat US dulu. Akhbar semalam report katanya beliau tu pernah mandi lumpur/tahi lembu. Berjiwa rakyat khabarnya.:-)
Buat kali pertama aku akan menunaikan kewajipan sebagai pengundi dalam Pilihanraya kali ini. Tahun 1999 masatu aku mana cukup umur lagi. Sekarang nie aku dah besar sket. Baru boleh mengundi. Hehe.
Letak duduk kediaman aku melayakkanku untuk membuang undi di DUN Pauh dan Parlimen Arau. Siapa aku nak undi ek? Parti mana ek? Mana yang perlu diletakkan sbg kriteria....Calon atau Parti? Itu pun nak kena pikir panjang sangat ker? Pangkah aje la...nak pikir apa lagi! Takut salah pangkah? Ker takut undi rosak? Rugi ooo kalu masuk kategori UNDI ROSAK. Orang lain mana tau kita undi siapa dan undi parti apa? Kan UNDI ADALAH RAHSIA. Selamat mengundi.
N00101 - TITI TINGGI
Ko Chu Liang (KEADILAN) vs Loh Yoon Foo (BN)
N00102 � BESERI
Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN) vs Mohd Anuar Mohd Tahir (PAS)
N00103 � CHUPING
Mansor Jusoh (BN) vs Mohd Ali Puteh (PAS)
N00104 - MATA AYER
Suwardi Yaacob (PAS) vs Khairi Hassan (BN)
N00105 � SANTAN
Zolkharnain Abidin (PAS) vs Sabry Ahmad (BN)
N00206 � BINTONG
Rosli Mat Hussin (BN) vs Abdul Zakaria (PAS)
N00207 � SENA
Azihani Ali (BN) vs Ahmad Adnan Fadzil (PAS)
N00208 - INDERA KAYANGAN
Oui Ah Lan (BN) vs Khoo Yang Chong (KEADILAN)
N00209 - KUALA PERLIS
Mohd Yusoff Ubi @ Madarsa (KEADILAN) vs Bakar Saad (BN)
N00210 � KAYANG
Ku Mahmood Ku Ismail (PAS) vs Azam Rashid (BN)
N00311 � PAUH
Datuk Abu Bakar Ismail (BN) vs Abu Bakar Ali (PAS)
N00312 - TAMBUN TULANG
Datuk Dr Haron Din (PAS) vs Datuk Seri Shahidan Kassim (BN)
N00313 - GUAR SANJI
Ahmad Ali (PAS) vs Jafperi Othman (BN)
N00314 - SIMPANG EMPAT
Dr Che Rosli Che Mat (PAS) vs Zahari Bakar (BN)
N00315 � SANGLANG
Hashim Jasin (PAS) vs Datuk Mastika Junaidah Husin (BN)
P001 - PADANG BESAR
Wan Kharizal Wan Khazim (PAS) vs Datuk Azmi Khalid (BN)
P002 � KANGAR
Datuk Radzi Sheikh Ahmad (BN) vs Ishar Saad (PAS)
P003 � ARAU
Datuk Dr Haron Din (PAS) vs Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (BN)
Sumber ihsan : www.bernama.com
|
|
|
|
|