Jun 5, 2005 |
|
INTERNET LEMBAP
Kata CEO TM Net Sdn Bhd:
"Kandungan tempatan yang rendah dan kurangnya pemilikan komputer khasnya di kawasan luar bandar merupakan penyebab utama kelembapan liputan Internet di negara ini"
Cakap biar serupa bikin la tuan CEO. Kalau permohonan Internet khasnya Stremyx, sebulan dua baru nak diluluskan, alamtnya tahun 2020 lah baru semua org dapat Stremyx. Ye la, kalau sebulan boleh proses 20,000 permohonan, setahun baru 240,000. 10 tahun baru 2.4 juta. Baru 10% dr populasi penduduk Malaysia. Dah tahu tak mampu proses cepat, bagi la kerajaan offer provider lain lagi untuk merancakkan perkhidmatan Internet Broadband di Malaysia. Di Singapura khabarnya ada 6 syarikat provider broadband. Barulah ada persaingan yang pastinya akan menguntungkan pengguna. |
|
|