|
Aug 15, 2008 |
UiTM Di Hatiku |
Kecoh pula bila MB Selangor mencadangkan dibuka kuota kepada Non-Bumi untuk belajar di UiTM. Samada saranan itu berbaur politik atau berbau bacang atau bernada ikhlas untuk mamacu Bumiputera sedia ada di UiTM, hanyalah beliau yang tahu.
Pelbagai pihak membangkang dan memprotes cadangan tersebut. Yang hairannya bila MRSM dan Matrikulasi membuka atau dipaksa buka kuota 10% kepada Non-Bumiputera, tiada pula bisingnya mereka ini. Yang dengar bising sikit baru-baru ini ialah ketika pemberian kuota 50% kepada Non-Bumiputera untuk pembiayaan belajar ke luar negara. Itupun kerajaan sendiri yang meluluskannya secara senyap-senyap.
So, kalau nak dikata siapa yang mengkhianati bangsa sendiri, siapa dulu yang memulakannya? Baru cadangan dah nak kecoh, itu yang dah tergadai, senyap pula.
Sebagai warga UiTM yang pernah berkampus selama 5 tahun (sekarang pun masih lagi warga kot sebab parents keduanya warga UiTM juga) rasanya ada baik dan buruknya pelaksanaan 10% kuota ini.
Next time sambung....cari idea dulu......Labels: uitm |
|
|
|
|