IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Jul 10, 2003

Televisyen hakis minat membaca rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Julai - Media elektronik terutama televisyen telah banyak mencuri masa rakyat Malaysia sehingga mereka tidak lagi berminat untuk membaca. Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid berkata, mereka sanggup menghabiskan antara empat hingga lima jam dengan menonton televisyen setiap hari.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu berkata, mereka juga tidak mempunyai perancangan rapi berhubung kadar masa yang sepatutnya untuk menonton televisyen dan waktu yang cukup bagi membaca. "Apabila terlalu banyak masa dihabiskan kepada televisyen, ia memotong langsung selera untuk membaca kerana budaya itu lebih jelas Mempengaruhi mereka,'' katanya.

Ungku Abdul Aziz berkata demikian selepas menjadi pembicara program Bacaan Kegemaran Saya sempena Bulan Membaca Kebangsaan di Perpustakaan Negara di sini hari ini. Terdahulu beliau membicarakan buku bertajuk The Soul of Malaya karangan Henri Fauconnier yang diterbitkan pada 1931.

Ungku Abdul Aziz menambah, harga yang agak mahal dikenakan pada buku yang berkualiti turut mengurangkan minat orang ramai untuk membeli dan membacanya. Boleh dikatakan tidak ramai orang yang mahu membelanjakan wang sehingga RM100 setiap bulan semata-mata untuk sebuah buku yang bagus.

Kalau ada pun yang mampu berbuat begitu di kalangan orang korporat, mereka lebih suka menggunakannya untuk bermain golf dan enggan membaca,'' tegas beliau. Katanya, ia sebaliknya jauh berbeza di kalangan golongan korporat di Barat seperti England, Jerman atau Perancis yang banyak menjadikannya sebagai budaya hidup mereka.

Ungku Abdul Aziz bagaimanapun berkata, masih ada harapan untuk masyarakat di negara ini kembali menyemaikan budaya dan minat mereka dalam membaca. Seperti kata pepatah, tepuk dada tanya selera selain bersungguh untuk membaca. Kalau boleh jadikannya keperluan harian sama macam kita makan.

Namun untuk menarik mereka melakukannya, perlu ada suatu bahan atau isi kandungan buku yang merangsangkan minat, mungkin seperti gambar yang dihiaskan,'' katanya.

- hari-hari baca depan komputer jer, baca mel, baca blogger....:-)
PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com