|
Jun 16, 2005 |
|
DAH ABIS BACA BUKU MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP
Sempat petik beberapa bait kalimat daripada buku tersebut. Buku ini mengisahkan tentang contoh-contoh jutawan senyap yang berjaya dengan hanya berjualan di pasar malam, di tepi jalan, di restoran dan sebagainya. Bagus untuk mereka yang berangan-angan untuk menceburi bidang perniagaan tapi belum berjaya menjadikan ianya sebanagi realiti.
Anda Patut Manjadi Kaya. Anda Tidak Berhak Menjadi Miskin. Hidup Di Malaysia Tetapi Tidak Kaya Adalah Malang - Chef Li@Dr. Rusly Abdullah
Kehidupan sederhana mengikut ukuran Malaysia oleh Chef Li:
- ada pendapatan bersih antara RM 15,000 - 20,000 sebulan - ada simpanan tunai RM 500,000 ke atas - ada pelaburan lebih kurang RM 50,000 - ada rumah yang sempurna dan ada sedikit kebun - sudah naik haji dan umrah - tiada hutang piutang - ada kereta sebiji dua, kereta yang mewah seperti Mercedes atau BMW - sihat zahir dan batin
MUTIARA KATA
- Siapa Jutawan Senyap? - Mereka ini ada yang buta huruf, ada yang hanya bersekolah setakat darjah enam, ada yang janda atau ibu tunggal. Perniagaan yang mereka jalankan pula adalah daripada jenis perniagaan yang tidak ada "class"
- Apa gunanya ada perniagaan besar yang untungnya kecil?
- Jangan jadi seorang yang melihat tetapi.......tidak nampak
- Walaupun saya ada impian, ya...untuk mendirikan sebuah latihan keusahawanan, namun saya belum mempunyai tekad, keberanian dan semangat yang jitu. Hati saya masih dihantui keraguan. Setiap kali terlintas di fikiran untuk berhenti kerja...hati saya berdebar. Jiwa saya takut. Selama lima tahun saya hidup ketakutan, walaupun ada impian!
- Desakan boleh memberikan kita satu kuasa dan dorongan dengan kekuatan yang luar biasa. Orang yang berjaya ialah mereka yang pernah berada dalam situasi yang terdesak untuk berjaya. Kita akan merasa terdesak untuk berjaya apabila kepentingan kejayaan itu sangat kita rasai kerana kejayaan itu nanti akan memberi makna yang sangat besar dalam kehidupan kita.
- Jadi, bolehkah anda melatakkan diri di dalam situasi terdesak untuk berjaya?
- Kesemua mereka itu mempunyai tanggapan yang tidak begitu tepat tentang keusahawan. Lebih-lebih lagi perniagaan jalanan. Bagi mereka berjualan di pasar malam atau pasar lambak adalah pekerjaan bertaraf rendah. Berniaga di pasar malam bagi mereka hanya untuk orang yang sudah tidak ada pilihan lain lagi dalam kehidupan.
- Jika kita tidak berfikir secara usahawan, tidak menjalani hidup sebagai usahawan, tidur baring tidak sebagai usahawan dan berkawan tidak pula dengan kalangan usahawan - maka jiwa keusahawanan tidak akan tumbuh di dalam jiwa kita
- Islam memberitahu umatnya bahawa 9/10 daripada sumber rezeki datang daripada perniagaan. Islam menggalakkan umatnya menceburi perniagaan.
- Perasaan malu yang terbit sewaktu pertama kali mencul di hadapan orang ramai sebagai penjual adalah perkara semulajadi. Terimalah kenyataan bahawa bila ada perasaan itu bermakna kita ini masih seorang manusia yang normal. Semua orang apabila berada dalam situasi yang sama akan merasai perasaan yang sama.
- Kalau kita ada keinginan, kita harus nekad berusaha memenuhinya, tidak kira harus sampai ke mana kita membawa diri. |
|
|
|
|