Jul 22, 2003 |
|
Aku : Assalamu'alaikum...
Bos : Wa'alaikumus salam.......
Aku : Emmm...En. G, esok saya nak ambil cuti, nak hantar adik saya ke Lembah Beringin.
Bos : Buku cek..??....esok I ada nak buat payment....
Aku : Saya dah letakkan buku cek dalam almari besi tu...
Bos : Okey
Gagang diletak.
10.00 pagi, Kami memulakan perjalanan ke Lembah Beringin. Aku memandu sehingga Juru. Sejurus melepasi tol Juru, stereng bertukar pemandu. Aisyah memandu sehingga Ipoh. Singgah makan di Kinta Valley, tempat aku makan dulu-dulu masa kerja kat Ipoh setahun yang lalu. Saja nak imbas nostalgia lama, tu yang exit Ipoh Selatan semata-mata untuk makan tengahari.:-)
Aku mintak Aisyah bawak kereta lagi sampai ke Kolej Lembah Beringin. Aku tidur je. Sedar-sedar jam 3.30 dah exit Lembah Beringin. Laju betul adikku sorang ni bawak!
Jam 5.00 petang, kumulakan xpdc pulang ke Perlis. Kalini berseorangan. Exit jap kat Jelapang, tetiba teringat saja nak lalu kat syarikat lama aku keje dulu. Rindu kot..!! Manatau kot kak Mai (senior staf masa aku kat AKI Ipoh), x balik lagi. Boleh singgah jap. Lalu kot ofis tu, berkunci......semua dah balik. Kuhalakan pemanduan memasuki pinggiran bandaranya Ipoh. Masih sibuk seperti dulu. Apala�dah nama bandaraya, mestila sibuk. Bukan Perlis�!!!! (Perlis sekarang sudah jam gak oooooooo).
Teringat lagi...!! :-) Manakan tidak, ianya adalah tempat mula-mula aku kerja sejurus lepas grad. Walaupun x lama, agak banyak jugak yang sempat aku pelajari. Thanks Pn. Shikin, kak Mai, kak Siti dan Azah.
Singgah Gurun untuk Jama' Maghrib dan Isya'. Pekena Kopi segelas. Alhamdulillah selepas memecut dengan kadar 120km/j(maksima, Kancil kalu 130km/j, mulala bergegar), tepat jam 11.00 malam sampai jua akhirnya di rumah. Rekod baru...!!! Bermusafir dari Perlis hingga ke Selangor, pergi dan balik dalam masa 12 jam....!!!!
--start baca novel Hatimu Untuk Siapa, tulisan Dr. H.M.Tuah Iskandar al-Haj. Ish aku nie, novel jugak yang nak dilayan, buku-buku ilmiah lain melambak lagi yang perlu dikhatamkan..!!!! (aku mengharapkan ada sesuatu yang ilmiah dalam novel karangan Dr. Tuah tu, sebab tu aku beli, xpernah2 nya beli novel pun sebelum ni!)
|
|
|