|
Jul 20, 2003 |
|
Sepatutnya 3 assignment dan 1 presentation perlu disipakan dan dihantar hujung minggu. Namun hanya presentation+assignment pagi tadi sahaja yang sempat dan terdaya untuk disiapkan. Assignment JAVA yang sepatutnya dihantar Sabtu kelmarin terselamat kerana ada rakan-rakan lain yang buat silap dan diberi peluang oleh Mr. A**** untuk buat sekali lagi dan hantar minggu depan. Kira aku pun ikut JOIN masuk dalam kategori tu sekali la. Mujurla lecturer sempoi. Haha. Assignment Research yang lagi satu tu pun aku xjadi buat sbb aku dengar ada member yang tak tahu menahu pun kena hantaq. YES.!!! Selamat lagi sekali.
Hai aku.......jangan kau ulangi tabiat lama...jangan terhegeh-hegeh buat assignment kala due date semakin menghampir. Buat awal-awal. Sekarang nie barula terasa sedikit kepenatan. Jadual mingguanku kini tiada lagi CUTI. 5 hari bekerja. 2 hari belajar. Dulu rasa belajar + bekerja ok jer. Sekarang baru terasa cabarannya. Sungguh mencabar rupanya. Semoaga cabaran ini mampu mengungkapkan kematangan dalam pemikiran, amalan dan tindakan. Sesungguhnya pengalaman lalu adalah sebuat pengajaran yang paling berharga buat bekalan menerusi hari-hari mendatang. Hidup mesti diteruskan, bukan dipersiakan dengan kelalaian. Allah mengecam orang-orang yang berada dalam kelalaian.
|
|
|
|
|