|
Jun 18, 2005 |
|
AL-AQSA...KAMI BERSAMAMU
Lama sungguh tak dengar nasyid nie. Kali terakhir rasanya masa sekolah rendah kot. Dapat lirik nasyid nie pun dari sebuah buletin Quranic Youth Club UIA . Kalu sesape yang tahu bagaimana nak dapatkan nasyid ni versi MP3 bagitahulah saya. Teringin sungguh nak dengar.
Jauhku melihat sayup pemandangan Hilang sendatawa pilu perasaan Jantungku berdegup semakin kencang Darahku mengalir bagai air pasang
Jauh di seberang pasir sahara Islamku tertindas sehari-harian Satu bangsa bongkak berjiwa haiwan Semogakan turun kutukan tuhan
(chorus)
Al-Aqsa..Al-Aqsa..air matamu berderai Al-Aqsa..Al-Aqsa..air matamu berderai
Duhai Al-Aqsa kurindu padamu Duhai Al-Aqsa kusayang padamu Engkaulah kiblatku yang pertama Lambang keagungan Islam yang mulia
Kali pertama engkau dibebaskan Oleh Salahuddin di zaman yang silam Namun hari ini kau kan terkurung lagi Siapa pula kan memerdekakan
Bangunlah bangunlah dari mimpimu Berkurun lamanya kita terbuai Ayuhlah...ayuhlah kita bersatu Pertarungan ini belum selesai
Wahai umat Islam di seluruh dunia Janganlah kita asyik bercakaran Sekiranya kita asyik bercakaran Musuh tersenyum bertepuk tangan |
|
|
|
|