Jul 24, 2003 |
|
Harini ambil cuti lagi sbb nak attend MBKPPI. Aku antara peserta yang terlewat sekali, walaupun belum terlewat dari jadual program lagi. 5 lelaki dan hampir 70 wanita. Mujurla tu ada gak lelaki, kalu tidak.....!!! Dah namanya sesi untuk wanita, dan kau nak jugak-jugak menyelit.....it is okey.
CERAMAH 1 - AQIDAH ISLAMIYYAH
Ustaz Yusof Abd Hamid
Belum mula kuliah lagi ustaz tu suruh peserta salin beberapa point yang dia kata adalah merangkumi apa yang beliau akan perkatakan dalam ceramah beliau. Alamak...pen tak bawak. Dok ler dok depan pulak tu! Ustaz tu padang semacam jer kat aku sebab buat dek je tak salin apa yang dia cakap. Nak salin cemana, kalau la aku boleh buat macam Imam Syafie, tulis pakai jari jer kat atas tapak tangan, tak apela.
Ceramah beliau berlegar di sekitar Aqidah kepada Allah. Hubungan antara kita sebagai hamba dengan Allah sebagai Pencipta.
CERAMAH 2 - IBADAH DALAM ISLAM
Ustaz Bahador Ayub
Aku masuk lambat sebab ingatkan sesi bermula 10.30 pagi, rupanya sesi bermula lebih awal dari jadual. Lagi sekali aku yang terakhir. Penerangan sekitar asas-asas dalam ibadah. Penceramah menekankan perihal kepentingan solat." Solat itu tiang agama. Barangsiapa yang mendirikannya, maka beliau telah mendirikan agama. Dan barangsiapa yang meninggalkannya, maka beliau telah meruntuhkan agama. (Hadis Nabi). Malahan yang membezakan antara Muslim dan Kafir adalah solat!!!!
CERAMAH 3 - MEMAHAMI & MENGHAYATI AKHLAQ ISLAM
Ustaz Ya Ali Dahaman
kuntum.....
CERAMAH 4 - KOMUNIKASI SUAMI/ISTERI & PENGURUSAN STRESS
En. Shamsudin Mahmud
2 minggu lepas kami ada jemput Kaunselor nie bagi Motivasi untuk pelajar-pelajar PMR dekat Bukit Ayer Jungle Park Resort. Rupanya beliau pakar jugak dalam bidang komunikasi keluarga ni. Beliau kata dah handle program sebegini dengan JAIPs semenjak tahun 1996. Lama tu....!!!
Antara butiran permata yang beliau utarakan adalah :
- Komunikasi yang berkesan mestilah "sama makna"
- Alam rumahtangga adalah alam yang paling SENSITIF�.(naper yer�ntah�!!!!), mana aku nak tau, aku mana kawin lagi�!!!
Beliau membawa satu cerita sepasang suami isteri, suami orang Kelantan, manakala isteri orang Kedah. Satu hari, sekembalinya isteri dari kerja dan si suami kebetulan balik awal berada di rumah. Bila diselaknya si isteri daun pintu rumah, terpacul kepala seekor ular di sebalik pintu.
"Ular. Ular", jerit si suami kepada isterinya
"Katoq. Katoq", kata si isteri kepada suaminya pula.
"Ular. Ular", kata si suami lagi.
"Katoq. Katoq", balas si isteri.
"Ular. Ular", kata si suami lagi.
"Katoq. Katoq", balas si isteri.
Last-last, ular tadi keluar menyusup perlahan keluar dari rumah.
KATOQ = Katak, dalam pelat Kelantan
KATOQ = Pukul, ketuk dalam pelat Kedah
Tambahnya lagi, komunikasi mempunyai daya kuasa yang amat kuat sama sekali. Ada citernya...tapi tak larat la nak citer balik.
Antara kepentingan komunkasi suami isteri ialah untuk :
- menyatakan perasaan, kehendak dan kemampuan
- lebih mengenali sifat, tabiat dan sifat pasangan
- bergurau dan berhibur
- mendapat zuriat
- mendidik dan menasihati
- ketenangan dan kasih sayang
Antara lain beliau menyentuh juga akan perlunya si suami menganggap si isteri sebagai NO. 1, dan begitu juga si isteri perlu menganggap si suami sebagai NO. 1 selama-lamanya. Sambil menegaskan, "Ini tidak.....bila dah dapat anak, ranking NO 1 itu telah bertukar-beralih kepada si anak, makanya si suami@ si isteri jatuh ranking NO. 2".... Pun begitu harus juga belajar bagaimana untuk menerima akan hakikat kekurangan@kelebihan yang ada pada si suami atau si isteri masing-masing. Terimalah hakikat bahawa NOBODY is PERFECT. Namun ini bukan alasan untuk tidak cuba untuk BERUBAH. "Barangsiapa yang 2 harinya adalah sama, maka rugilah dia" (Hadis Nabi)
Sekian. Sesi seterusnya akan bersambung esok.......
Aku sekadar "QUOTE" kata-kata beliau Hiks.
|
|
|