|
Aug 24, 2003 |
|
Semalam, ceramah penghayatan kemerdekaan di masjid, penceramah:ustaz ismail batubara ada menyentuh perihal NIKMAT. Beliau membawa satu anlogi yang cukup membuatkan aku terkesan....katanya kejadian NYAMUK yang kecil itu sebenarnya memberikan NIKMAT yang telalau banyak kepada kita sebagai manusia....
kerana adanya NYAMUK lah......ada orang cipta ubat nyamuk, lalu ditubuhkan kilang ubat nyamuk. NYAMUK telah mencipta peluang pekerjaan yang sungguh banyak untuk pekerja-pekerja di kilang ubat nyamuk. Begitu juga dengan penciptaan kelambu untuk menghalang NYAMUK.
Bagaimana pula pusat-pusat kajian tentang penyakit denggi,aedes dan sebagainya yang berkaitan dengan NYAMUK. Ini juga membuka peluang kepada para pegawai kesihatan juga doktor untuk mengkaji perihal NYAMUK. Bakal doktor belajar tentang NYAMUK yang disyarahkan oleh profesor di universiti.
Ini baru dengan kejadian NYAMUK....NIKMAT yang dapat dikecapi oleh manusia sudah terlalu banyak dengan NYAMUK sahaja. Lalu bagaimana pula dengan NIKMAT-NIKMAT yang lain..?? Apakah kita sedar selama ini kita dianugerahkan NIKMAT yang tidak ternilai harganya...lalu adakah kita berSYUKUR atas pemberian NIKMAT tersebut..???...benarkaH orang selalu mengatakan NIKMAT biasanya hanya akan dirasai pabila NIKMAT itu sudah hilang atau sudah tiada...makanya barulah terasa betapa berharganya pemberian NIKMAT tersebut........
|
|
|
|
|