|
Jul 29, 2003 |
|
Jam 9.30 pagi, Air Asia mendarat di KLIA. Syukur sebab sudah ada perkhidmatan Airport Coach dari KLIA terus ke Stesen LRT Chan Sow Lin. Tak perlu lagi ke Hentian Duta. Bagiku Hentian Duta sungguh tidak strategik sebagai hentian terminal pengangkutan kota. Mungkin strategik bagi pihak pentadbir kota..itu aku tidak tahu. Ambil LRT ke Bandaraya, berjalan ke Medan MARA lalu mendaki ke Tingkat 10, Bahagian Pengurusan Harta, Bekalan dan Kontrak. Meninjau dan melihat dokumen dan pelan yang bakal dibeli. Tender 67/2003. Mencongak-congak bagaimana untuk membawanya pulang. Dokumen dengan ketebalan hampir 1500 mukasurat beserta pelan yang bergulung-gulung. Tak sempat meninjau kotaraya Kuala Lumpur, sekadar menjengah beberapa buah kedai buku di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Beli sebuah buku : Mengapa Saya Memeluk Islam : Siri 2. Jam 3.30, bergegas ke Stesen LRT Chan Sow Lin, ambil Airport Coach ke KLIA. Kukira pengangkutan paling murah untuk ke KLIA dari Kuala Lumpur. RM 10. Perjalanan memakan masa tepat 1 jam. Jam 4.45 petang check-in. Tersilap check-in di kaunter penerbangan ke Kota Kinabalu. "Air Asia masih menggunakan sistem manual, sebab itu kaunter check-in diasingkan mengikut destinasi penerbangan", kata petugas tersebut padaku. Penerbangan berlepas jam 6.00 petang. Terserempak pensyarah TD6003, En. Azizi Ali. Syukur dapat duduk di tepi tingkap. Duduk selang sebelah dengan YB Mahfuz Omar. Tak berpeluang bercakap sepatah pun dengan beliau. Senyum jer. Sungguh cantik melihat panorama alam dari ketinggian awan. Sayup kelihatan tersusun cantik kehijauan pohon kelapa sawit (di Selangor dan Perak) dan juga kehijauan jelapang padi (di Kedah). 45 minit sebelum Maghrib, mendarat di Kepala Batas. Misi selesai.
|
|
|
|
|