|
Sep 7, 2008 |
Rancang Wang Rancang Kehidupan |
Saya baru habis baca sebuah buku yang telah dibeli 5 bulan yang lepas. Di beli secara terus dari penulisnya. Dapat tandatangan lagi.
Di sini saya kongsikan beberapa tip yang dirasakan baik lagi berguna untuk diamalkan. Refreshing our information. Kadang tu dah tahu, tapi terleka. Kalau nak beli boleh hubungi saya - Harga RM20 (including postage).
Berikut dikongskikan tip. Dalam buku ada 112 tip ringkas dan padat.
- Buku mempercepatkan pengetahuan. Siapa yang boleh mempercepatkan proses pembelajaran kita? Buku adalah perkongsian dan pengalaman dan penyelidikan.
- Jika pada hari ini anda tidak ada cita-cita, kemungkinan anda akan ada masalah menghadapi masa depan. Malah anda mungkin tidak ada masa depan kerana tidak nampak apa yang anda kejarkan untuk masa depan
- Bekerja untuk Ilmu bukan Wang
- Sembahyang Dhuha Pembuka Rezeki
- Tip mengurangkan perbelanjaan. Sentiasa tanyakan soalan " Adakah saya memerlukannya". Sebelum membeli tanya diri anda adakah ianya satu keperluan atau ia hanya satu kemahuan.
Berapa Lama Wang Pelaburan Berganda- Guna Peraturan 72. 72 dibahagi dengan kadar keuntungan, kita dapat jumlah tahun yang diperluakan untuk wang kita berganda.
- Ilustrasi: Pelaburan 10,000 dengan kadar profit 6% setahun. Wang kita akan berganda menjadi 20,000 pada tahun ke-12. 72/6 = 12.
Berzakatlah sebelum anda dizakatkan. Kenapa?- Ia adalah wajib
- Ia merupakan pembersihan kekotoran daripada pendapatan anda
- Ada 8 asnaf mempunyai hak terhadap harta anda
- Ia tax deductable, ini memastikan harta zakat anda pergi ke tempat yang benar-benar sesuai
- Berapa jumlahnya: 2.5%
Labels: books |
|
|
|
|