IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Mar 5, 2009
Penulis Bestseller Prof. Kamil ceramah di UiTM Perlis

Alhamdulillah, pagi tadi sempat dapat menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Prof. Kamil di UiTM Perlis. Dapat tahu pun bila baca blog Prof. Kamil walaupun sepatutnya tahu lebih awal sebab ayah dan ummi memang bertugas di UiTM Perlis, ternyata medium berita on-line/blog lebih pantas dari medium komunikasi konvensional.


Kebelakangan ni, biasanya lepas Subuh, 5 top website yang saya buka untuk rujukan santai dan motivasi harian ialah Mstar, Utusan, Harakahdaily, blog Prof. Kamil dan blog UniversitiPTS. Then buka website bisnes kami Tshirtlabuhmuslimah, BukuOnline dan QuranOnline tengok-tengok order pelanggan. Kalau ada masa akan jengah-jengah website Zaharuddin.Net dan SaifulIslam.com (kami juga ada letak iklan bisnes kami di website popular ni).

Apa lagi bila dapat tahu Prof. Kamil nak datang ceramah di Perlis, terus call En. Zulkimy PTS minta beliau hantarkan stok buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah. Sambil tu buat surat kepada UiTM Perlis minta kebenaran untuk buat jualan buku. Prof. Kamil sememangnya dah bersetuju dan siap offer khidmat autograf lagi kepada pembeli-pembeli buku beliau.

Alhamdulillah, semua buku tulisan Prof. Kamil (Travelog Haji-51 buah dan Travelog Dakwah-50 buah) habis licin, hanya berbaki 5 buah buku Travelog Dakwah dalam tempoh tak sampai 3 jam.



Semasa pendaftaran, sebelum ceramah bermula

Sewaktu ceramah berjalan

Selepas ceramah


Psiko sket, buat offer 3 buah buku RM 50, semua pakat ambil sorang satu set :-)

Lepas Prof. Kamil sign autograf dekat buku pembeli, kami apa lagi, mestila nak bergambar dengan Prof, selama nie dok baca ja blog Prof dan dok jual buku Prof ja, akhirnya dapat juga bergambar dengan Prof. Kamil (kami tak da Astro kat rumah, so memang tak pernah dengar langsung Prof. bagi ceramah).

Walaupun apa yang Prof sampaikan dalam ceramah adalah seperti yang diceritakan dalam buku Travelog Haji, tapi bila dengar ceramah auranya lebih menusuk kalbu, menginsafkan dan bisa mengalirkan air mata bila diceritakan tentang kebesaran Allah berbading kekerdilan kita sebagai manusia. Sangat terkesan dengan konsep DOA yang dihighlightkan penceramah sebagai senjata yang Allah bagi percuma untuk kita gunakan cumanya kita sahaja yang tak mahu menggunakan senjata yang cukup ampuh itu dalam kehidupan kita.

Ringkas Tapi Signifikan. Saya sukakan tag itu. Ceramah Prof membuka ruang fikir untuk refresh semula azam-azam yang tertangguh yang ingin dicapai.
  1. DOA - tahu memang ia satu senjata ampuh, tapi cukup liat dan malas untuk menadahkan tangan, merayu pada yang MAHA BERKUASA. Lepas solat pun tak berapa rajin nak DOA.....ish..ish...
  2. Solat Sunat Dhuha - dah lama berazam nak iltizam dengan solat sunat Dhuha ni, tapi tak berapa nak berjaya...memang best dengar Prof baca doa Dhuha tadi, ada tulis dalam buku Prof rasanya, tak pun nanti kita Google kan je la cari....ingat nak hafal la doa tu
  3. Baca Qur'an consistency - ini pun satu cabaran, come on....
  4. Tahajjud - oh ! Tak kan nak tahajjud masa program qiyamullail jer.....Wait !! Settlekan 5 waktu solat berjamaah di masjid dulu, dah makin merosot nampaknya...
  5. dah..dah....banyak sangat nanti semua terlingkup.

Nota: Prof, lepas ni kalau Prof. datang bagi ceramah di sebelah utara ini, kami nak ikut sama tolong jual buku-buku Prof. :-). Sekali event boleh jual 100 buah buku kira ok la tu. :-)

Labels: ,

Sep 7, 2008
Rancang Wang Rancang Kehidupan



Saya baru habis baca sebuah buku yang telah dibeli 5 bulan yang lepas. Di beli secara terus dari penulisnya. Dapat tandatangan lagi.

Di sini saya kongsikan beberapa tip yang dirasakan baik lagi berguna untuk diamalkan. Refreshing our information. Kadang tu dah tahu, tapi terleka. Kalau nak beli boleh hubungi saya - Harga RM20 (including postage).

Berikut dikongskikan tip. Dalam buku ada 112 tip ringkas dan padat.
  1. Buku mempercepatkan pengetahuan. Siapa yang boleh mempercepatkan proses pembelajaran kita? Buku adalah perkongsian dan pengalaman dan penyelidikan.
  2. Jika pada hari ini anda tidak ada cita-cita, kemungkinan anda akan ada masalah menghadapi masa depan. Malah anda mungkin tidak ada masa depan kerana tidak nampak apa yang anda kejarkan untuk masa depan
  3. Bekerja untuk Ilmu bukan Wang
  4. Sembahyang Dhuha Pembuka Rezeki
  5. Tip mengurangkan perbelanjaan. Sentiasa tanyakan soalan " Adakah saya memerlukannya". Sebelum membeli tanya diri anda adakah ianya satu keperluan atau ia hanya satu kemahuan.
Berapa Lama Wang Pelaburan Berganda
  • Guna Peraturan 72. 72 dibahagi dengan kadar keuntungan, kita dapat jumlah tahun yang diperluakan untuk wang kita berganda.
  • Ilustrasi: Pelaburan 10,000 dengan kadar profit 6% setahun. Wang kita akan berganda menjadi 20,000 pada tahun ke-12. 72/6 = 12.
Berzakatlah sebelum anda dizakatkan. Kenapa?
  • Ia adalah wajib
  • Ia merupakan pembersihan kekotoran daripada pendapatan anda
  • Ada 8 asnaf mempunyai hak terhadap harta anda
  • Ia tax deductable, ini memastikan harta zakat anda pergi ke tempat yang benar-benar sesuai
  • Berapa jumlahnya: 2.5%

Labels:

May 6, 2007
Pudarnya Pesona Cleopatra






Ini lagi sebuah buku Habiburrahman EL Shirazy, novelis ayat-Ayat CINTa yang ngetop tapi belum berjaya dihabisi olehku walaupun dh berpuluh naskah dijual kepada mereka yang berkunjung ke kedai.

Yang menariknya, aku berjaya khatamkan novel pendek ini dalam perjalanan atas keretapi untuk pulang ke rumah dari KL sekembalinya dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007

Sinopsis

Novel: Pudarnya Pesona Cleopatra
Penulis: Habiburrahman EL Shirazy
Harga : RM11.90

Menceritakan tentang pengorbanan serta pengabdian seorang wanita terhadap suami yang tiada putus demi cinta dan kasihnya terhadap suami, meskipun dia tahu bahawa tiada ruang untuk dia bertapak di hati suaminya itu. Apakah balasan diatas segala pengorbanan itu akan terbalas atau sebaliknya...


Khabarnya beliau menulis byk lg novel-novel Islami yg best.Lihat gambar.

Labels:

PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com