IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
May 30, 2004

LAGI-LAGI KENDURI.......

Menghadiri undangan perkahwinan Noor Azura (coursemate UiTM) & Saparudding di Kepala Batas. Pergi bersama isteri dan ditemani Hadi dan Azlan.

Bergegas ke Alma pula bagi menikmati hidangan kenduri perkahwinan Najahiyah (roommate isteri di UMS) & Quan. Sampai pun dekat pukul 5 dah.

Alang-alang sampai Alma, lajak pi sat ke Kolej Mara Kulim (KMK) ziarah adik yang sedang mengikuti program Matrikulasi di situ. Kampeni aku ada masuk satu tender buat projek kat KMK nie, tapi xdak rezeki. Dapat kat kontraktor lain dari Kedah.

Sampai umah mak mertua dekat nak Maghrib. Salam dengan ayah dan mak mertua. Terus naik atas dan berehat (tidur). Keletihan barangkali. Langsung tak turun bawah sampai keesokan harinya. Lepas breakfast roti gardenia cicah bubur durian, terus bergegas balik ke Perlis. Pukul 7.25 baru bertolak. Memang confirm ler tak dapat masuk ofis jam 8.30. Haha. Dah ler kena balik Perlis sorang-sorang���.ada orang tu nak bercuti kat kampong halaman tercinta la pulak�.!!! Rindu kat ayam kot�.!!!! Ker rindu kat nasi ayam�!!!
May 26, 2004

KATA-KATA YG DIPETIK.......

SUCCESS IS ON YOUR SIDE WHEN YOU REALLY DECIDE

KEJAYAAN BERADA DI PIHAK ANDA APABILA ANDA BENAR-BENAR BERBUAT KEPUTUSAN

Di petik dari buku Nak Ke Tak Nak...halaman 116, karya Dr. HM Tuah Iskandar.
May 21, 2004

PESAN UMMI

JADILAH ORANG YANG BERUNTUNG DI DUNIA & DI AKHIRAT.......
May 20, 2004

CUTI-CUTI MALAYSIA � LE TOUR DE LANGKAWI
KEMBARA MENINJAU RAHSIA CIPTAAN ALLAH


Sekian lama merancang. Akhirnya dapat jua ke Langkawi.

Tarikh
16 � 17 May 2004

Penginapan
Langkasuka Beach Resort



Peserta
2 orang - aku dan seorang isteri

Tempat Dilawati

Underwaterworld(tiada foto-gambar tak jadi sbb takde cahaya suria)


Cable Car � sehingga ketinggian 794 meter dari paras laut


Island Hopping � Tasik Dayang Bunting / Eagle Feeding / Pulau Beras Basah

Jejak Kasih
Pertemuan dgn teman sekelas di Hira� - Mohsin Aflah Zaini
Terserempak dgn junior Hira� (batch 5) � Norazah dan suami - bulanmadu


Mohsin Aflah Zaini


Beliau sekarang adalah usahawan yang berjaya. Mengusahakan agensi Tour & Travel di Langkawi. Memang tak duga. Allah gerakkan hati untuk masuk sebentar ke dalam Kuah Mall selesai urusan tempahan kereta sewa & penginapan. Tak tau langsung yang beliau sekarang berada di Langkawi. Rugi aku dah booking kereta & penginapan sebab dia kata dia boleh bagi harga kawan-kawan (harga kos) kat aku untuk hotel dan kereta. Rugi. Rugi��.

Kadar Harga Langkasuka Beach Resort kalau booking direct dgn hotel � RM 140. Aku ambil dgn agen, dapat � RM 120. Tapi Mohsin kata dia boleh bagi lagi murah giler sehingga bawah dari RM 100. Perghhhhhh. Murah giler. Less than RM 100 for 4 star hotel����.

Pengajaran


1. Masha Allah. ZIkir ini bermain di bibir tatkalamana melihat keindahan ciptaan ALLAH.
2. Bila masuk Underwaterworld, terasa betapa AGUNGnya Allah yang mencipta pelbagai hidupan laut yang unik. Baru teringat yang bukan di daratan saja ada makhluk Allah. Daratan dan lautan semuanya dibawah kekuasaan dan ciptaanNYA.
3. Bila menaiki Cable Car, alangkah indahnya bila dapat melihat kebiruan laut dan kehijauan belantara sepanjang berada dalam Cable Car tuh. Kagum jugak dengan keupayaan manusia membina Cable Car dengan kabelnya yang merentasi bukit-bukau. Hebat ciptaan manusia, hebat lagi ciptaan Allah kerana DIA lah yang mencipta manusia.
4. Bila menaiki bot merentasi lautan mengelilingi Pulau Dayang Bunting, lalu tersadai di Pantai Beras Basah, terasa betapa Agungnya ALLAH. Menjadikan daratan dan lautan untuk dimanfaatkan manusia. Kagum aku bila berada di tengah-tengah Tasik Dayang Bunting. Tasik yang terbentuk dikelilingi bukit-bukit yang dinamakan Pulau Dayang Bunting itu adalah satu bukti kekuasaan Allah.
5. Kali ini benar-benar terasa untuk menghargai keindahan dan keunikan ciptaan Allah. Yela, bila berada di daratan tu asyik tengok fizikal alam yang sama membuatkan kita terlupa bahawa itu semua adalah tanda kekuasaan Allah. Teringat aku pada Firman Allah dalam Surah Ali-Imran : Berfikirlah kamu pada ciptaan Allah dan janganlah kamu berfikir dengan Zat Allah. Banyak sebenarnya pengajaran yang boleh dipelajari oleh manusia dengan memerhatikan ciptaan Allah.

May 18, 2004

NAK KE TAK NAK.......

Buku baru dah sampai. Dikirim oleh En.Posmen terus ke pintu rumah. Buku terbaru Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj iaitu Nak Ke Tak Nak. Untung order by POS sebab nanti pihak Alaf21 akan kasi kupon diskaun RM 1 / RM 2 utk pembelian seterusnya.



Harga Pasaran: RM10
Penulis: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj
Halaman: 320
PENERBIT: ALAF21

May 11, 2004

TEL. NO: 03 � 2693 7088 � PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR

Sangat geram. Geram segeram-geramnya. 03 � 2693 7088 � Pusat Khidmat Kontraktor. Nombor talipon yang paling aku benci untuk talipon. Selalu sangat. Dah banyak kali. Dari dulu-dulu lagi. 8 kali call baru ada orang angkat. Tension betoi�������sampai sekarang nie aku dah hafal nombor tu. Bukan sebab selalu call, tapi sebab banyak kali call tak de orang angkat. Bukannya tak de orang angkat. Rasanya diorang tensen kot. Sebab selalu sangat orang call agensi depa ni. Abis tu dah kasi nombor talipon untuk orang ramai berurusan kenala angkat. Kalu cam tu baik tak yah kasi no. talipon. Hmm.. entah lah. Tapi bila dapat bercakap dgn depa, rasa sejuk balik hati. Amarah terus hilang..hehe.

Sekarang nie memang aku dah sampai tahap fobia giler dah kalu nak kena call nombor nie. Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor�.kalau tuan membaca luahan hatiku ini..tolonglah berbuat sesuatu.
May 10, 2004

SPORTS TOTO

Sejurus urusan di bank, sambil melintasi sebuah kedai Sports Toto di Kangar, sengaja aku tengok-tengok suasana dalam kedai tu. Tiba-tiba mataku tertancap pada sekeping papan tanda dengan tulisan seperti berikut�.

JUDI ADALAH HARAM DI SISI AGAMA ISLAM

ORANG-ORANG ISLAM BERUMUR 21 TAHUN KE BAWAH TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI PREMIS INI


Aku tak pasti ini adalah polisi agensi mana? Kalu label MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN di kotak rokok tu adalah mesej dari KEMENTERIAN KESIHATAN. Yang ni mungkin JABATAN AGAMA ISLAM kot. Rasanya itu je la kot yang termampu dibuat sebagai langkah pencegahan dan larangan bagi umat Islam supaya tidak memasuki dan melibatkan diri dengan judi Sports Toto ni kot. Nak kuat kuasakan takde peruntukan dalam undang-undang. Nak tutup, Negara Malaysia nie bukan didiami oleh Muslim saja. So, letak papan tanda je la��.

1515 KILOMETER : ARAU� SHAH ALAM
30 APR � 3 MEI


Destinasi
Shah Alam

Tempoh
4 hari 3 malam

Matlamat
Undangan Perkahwinan
Muhammad Saifuddin & Wan Khadijah
Sri Wahyu & Hasyrul Amika
Nurin Mazaya & Ahmad Affzan
Muhammad Ameen & Ruqaiyah
Shahrul Izwan Sabdin & Nor Aeidayu

Barakallahu Lakuma wa Baraka �Alaikuma wa Jama �a bainakuma fi Khair
Semoga ALLAH memberkati kamu berdua & memberkati hidup kamu berdua
& mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan


Konvensyen Mahasiswa Negara
konsis


Perjalanan utama kali ini adalah sebagai mewakili rombongan Perlis untuk menghadiri dan menjayakan majlis walimatul urus adik dgn "adik" ipar aku di kediaman mereka di Shah Alam. Berkebetulan hari itu dan keesokannya juga dapat jemputan 4 lagi walimatul urus lain sekitar Shah Alam dan Kajang.

Sekian lama. Agak lama. Bertahun lamanya. Akhirnya dapat bertemu dengan teman-teman di Hira� dulu. Kali terakhir terpisah secara jasadi sejak meninggalkan Hira� tahun 1996. Memang tak tau nak kata apa-apa sebab lama sangat tak jumpa, bak kata mu�adz padaku bila bertemu.

Hmmmmm�...xdela lama sangat kan? Baru 8 tahun. Lebih-lebih lagi bila dapat berjumpa muallim-muallimah yang pernah mendidikku satu masa dulu. Yang syok nyer, depa ingat lagi kita. Hehe.

Cadangnya nak �goreng� jugak pasal penjelejahan di atas. Tapi otak macam blank jer. Dah xde idea nak coret apa. SO sila visit blog di bawah utk ulasan terperinci tentang jelajah walimatul urus seperti di atas:-

- raiyan
- abuhandzalah
- missapple
- etc.......dan banyak lagi blog-blog lain. Ada links kat blog depa nie��klik jer!


sempat menyelit berfoto dgn pengantin nurin & affzan


xsempat bergambar dgn pengantin sri wahyu & suami masa kenduri depa�.tapi aku dapat gak snap gambar diorang masa kenduri ameen


dapat gak berposing dgn pengantin ameen & ruqaiyah, aik..sri wahyu & suami pun ada gak?hehe. dihujung sebelah kanan tu ust muhaimin, muallim tahfiz masa aku form 1-5 dulu


akibat lambat sampai ke kenduri bun kat kajang nun jauh di sana (pukul 6 ptg)�..xdpt ler bergambo dgn dia�..makan pun xsempat�hehe�.dahtu kena isytihar oleh pengantin bahawa aku adalah tetamu terakhir, so bergambar dgn bunga telur aje la�hehe


bersama pengantin, juga along & isteri dan ubaida (along & ubaida (ketua asrama & ketua pelajar) nie selalu dera denda aku masa kat asrama dulu����wuaaaaaaaahrgg)


Hari terakhir, berpeluang ziarah ke rumah Ghazalie, teman di uitm dulu. Gembira sangat dapat jumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa nie.

Petangnya, selepas selesai semua urusan, kami mulakan perjalanan pulang ke Perlis. Singgah sebentar di Restoran Jejambat Sg Buluh, ada orang mengidam Sate Kajang Hj Samuri ��.! Pastu mengidam Dunkin Donut plak�..:-) Lepak jap kat situ sebab dapat perkhabaran SMS menyatakan ayah dan penumpang Unser tersilap arah sampai ke Sg. Besi.

Kalu tak kerna dah lewat, berhasrat juga aku untuk singgah ke Jeram, melihat tempat Hira� beroperasi kala ini. Nampak gayanya kena tangguh ke lain kali aje la�Moga-moga dikurniakan detik yang yang lain untuk misi tersebut.
May 5, 2004

SATU JANJI......

Maaf. Agak sibuk. Tak sempat update. Sibuk menelaah sebuah lagi kitab Ramlee Awang Murshid.
SATU JANJI.......Hehe.



HARGA PASARAN: RM19.90
HALAMAN: 568
ISBN: 983-124-118-5
PENERBIT: ALAF21
PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com