IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Jun 29, 2004

EURO 2004 � NAK TAU SAPA MENANG? GUNAKAN : GOOGLEWAR

Tak payah susah-susah nak bangun tengok bola pukul 2.30 pagi. Tido lagi best. Hanya dengan klik aje dah boleh tahu keputusannya. Aku try dah tadi. Keputusannya ialah Holland menang ke atas Portugal. Manakala Greece pula menewaskan Rep. Czech. Korang x caye cuba la pegi kat site nie : Googlewar. silalah pergi kalu tak percaya. Haha.
Jun 27, 2004

PINNACLE STUDIO 8.3

Wau. Best giler. Dah ler best. Senang giler plak tu. Power jugak perisian nie. Tak tau la software baru atau tidak. Tapi aku baru tahu je la. Aku tengok ada kampeni guna masa Pesta Buku Perlis 2004. depa buat bisnes jual movie bergambar. Tangkap gambar pengunjung, then compile kan dlm vcd sebagai movie. Siap ada lagu dan animasi lagi. Sepuluh keping gambar + vcd depa charge RM 3. Bisnes yang menarik nie?....

How can I describe this software hah?..hmm. ianya adalah perisian yang membolehkan kita menghasilkan movie dari kepingan-kepingan �still picture� yang ditangkap menerusi kamera, mahupun dr scanner. Cumanya gambar tu tak leh bergerak-gerak macam digital video cam je la. Lagu pun bleh insert. Rasanya dah banyak ada perisian macam nie. Cumanya aku baru tahu guna ajer. Tapi rasanya Pinnacle Studio memang user friendly. Yela. 1st time guna jer, aku dah bleh produce movie dah. Kira ok la tu. Sbb aku nie bukan terel IT sangat pun.
Jun 26, 2004

PESTA BUKU PERLIS 2004

Semalam sempat meninjau ke Pesta Buku Perlis 2004. Tak beli apa pun. Seronok tengok buku jer. Lagipun duit gaji belum masuk da. Sebelum tu singgah hantar buku kat Perpustakaan Awam Perlis. Lewat. Mujur tak kena denda sebab tak sampai limit 50 sen. Selamat. Pinjam 3 biji buku :

1. Jalan Ke Hati � Teknik Berdakwah Yang Berkesan, Abbas as-Saisi - Jasmin Enterprise
2. Melahirkan Anak Masya Allah, Muhammad Sa�id Mursi � Cendekia Sentra Muslim
3. Umar al-Khattab, Hj Abdul Rani Mustaffa � K Publishing Sdn Bhd
Jun 25, 2004

KARANGAN BAHASA MELAYU

Entah mengapa sekarang ini aku suka sangat bersiar-siar & window shopping di alam maya menerusi Portal Lelong. Sambil tu juga aku sedang mengumpul info dan review tentang camera digital. Tak tau nak beli jenis apa. Keliru + konpius. Banyak sangat jenis kamera digital yang terlambak dalam pasaran sekarang ni. Modal pun satu hal gak. Kena la carik jenis kamera digital yang bersesuaian dengan peruntukan kewangan kita kan? Peruntukan diluluskan hanya sekitar RM 500 ke atas dan RM 1,000 ke bawah. Sapa-sapa yang nak advise kat saya tentang kamera digital amatlah dialu-alukan.

Di samping membaca akhbar harian yang dilanggan oleh pejabat aku yakni The Star dan Utusan Malaysia, aku juga suka mendapatkan berita alternatif dari akhbar maya seperti Agendadaily, Malaysiakini dan Harakahdaily. Tapi sekarang ini aku hanya dapat membaca sinopsis kepada berita-berita sahaja kerana Agendadaily sudah mula mengenakan bayaran seperti Malaysiakini untuk membaca berita penuh. Setakat ini aku masih kedekut lagi untuk melaburkan sejumlah wang bagi mendapatkan berita-berita tersebut.

162 patah perkataan
Jun 21, 2004

SARJANA : MASA REHAT TAMBAHAN

Pengajian sesi baru 2004/2005 UUM telah pun bermula. Sedangkan aku masih di sini. Memohon lanjutan tambahan masa rehat. Biar mencukupi maksima setahun yang dibenarkan. Rakan-rakan yang masuk sekali dulu, khabarnya akan menghabiskan silibus dalam semester ini juga. Kemudian melaksanakan projek bagi semester berikutnya. Nak tak nak, kalau sayangkan pelaburan yang sudah dibajai di awal semester, aku kena teruskan juga perjuangan. Walau perjuangan agak berisiko. Ye la. Lagi tinggi risiko, lagi tinggi pulangan. Apapun��selamat belajar bagi semua insan yang bergelar pelajar. Semoga usaha kalian diberkati ALLAH.
Jun 19, 2004

APA KATA UTUSAN MALAYSIA��.

16 Jun 2004 - Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya
19 Jun 2004 - IPTA rugi berjuta ringgit akibat vandalisme pelatih PLKN
Jun 10, 2004

LELONG.COM & P900

Lelong.com adalah satu portal yang membolehkan sesiapa jua melelong dan membeli barang. Anda boleh melelong apa jua barangan yang anda mahukan. Ianya adalah medium lelongan barang versi moden. Hanya memerlukan klik untuk membida barangan yang diingini.



Apa pasal la pulak yang aku nak bicarakan tentang portal Lelong nie? Saje. Aku pernah menggunakan medium lelong ini untuk membeli sebuah harddisk dari seorang remaja Cina yang tinggal di Ipoh yang sampai hari ini masih kugunakan.

Dah lama aku tak menghabiskan masa merayau-rayau di portal Lelongtersebut sampai username untuk akses pun aku dah lupa. So aku create satu username baru. Bila cuba nak daftar, sistem bagitau yang aku dah pernah daftar dah dengan depa sebab depa masih simpan database menerusi No Kad Pengenalan aku. Lama jugak tu. Lebih 3 tahun rasanya aku tak aktifkan diri tapi depa still simpan data aku. Mujur la aku boleh recall passwordnya. Hehe.



Aku ada hajat sebenarnya. Tengah dok meninjau satu barang untuk dimiliki. Mana tahu ada rezeki orang pi lelong barang yang aku idam-idamkan tu. Hari tu tengok ada orang lelong dengan harga RM 2,588. Tak sampai seminggu selepas tu, orang yang sama rasanya, lelong pada harga RM 2,388. Glupppppp. Masih mahal rasanya. Lagipun belanjawan pun masih belum mencukupi. Tabung PDA yang kutubuhkan semenjak kerosakan Palm m505 dahulu masih perlu diisi. Nak sambar yang baru, perghhh��.tak sanggup rasanya, RM 2,999 beb. Tengok lah..kalu ada orang lelong bawah dari RM 2K, aku pasti sambar terus. Tapi macam tak logik jer. 6 bulan lagi mungkin kot !!! Risiko pun ada jugak sebab beli barangan 2nd hand. Warranty pasti tiada. Kalu ada pun, mesti dah susut.

Ehh. Apa yang aku dok cerita nie ? Weit. Ngko buat apa ekk ? Mimpi di siang hari ker? Lantaklah apa pun. Mimpi ker�..Berangan ker��Merapu ker��..!! yang pasti kau tetap di hatiku�..:-)
Jun 7, 2004

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH !!!

" Dan dirikan ibadah haji dan umrah kerana Allah " (2:196)


Selamat berangkat bos ! Selamat menunaikan umrah ! Semoga mendapat Umrah yang Mabrur. Teringin jugak rasanya nak pi Umrah ! Buat masa nie boleh teringin dan bercita-cita aje la. Moga dipermudahkan rezeki. Mana tau berkat bos pergi Umrah, lain kali aku plak boleh pergi�Insha Allah. Tak salah pasang niat kan !

Tapi mana perlu didahulukan ek ! Haji atau Umrah ?
Jun 4, 2004

PETIKAN - ZAKAT AS I UNDERSTAND IT��.

Ini petikan yang di ambil dr satu grup diskusi Perbankan Islam. Terlupa nak ambil sekali pengirim yang mengirimkan petikan ini. Sekadar untuk renungan bersama.

The rich should see how the poor lives and the poor should see how the rich works. That will definitely create a better understanding among us and will of course eliminate ujub and abhorrence.
PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com