IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Mar 31, 2004

TIPS : BUANG FILE

Terjumpa satu Tips yang xpernah ku tahu.......

Kalau anda ni jenis pemalas nak bersihkan recycle bin anda tips nih paling sesuai untuk anda. Masa nak del sesuatu file dalam machine anda tuh pilih folder yang nak del.... kemudian tekan kekunci Shift + Del. Senang kan?

Mar 30, 2004

KENANGAN DI MASJID SHAH ALAM

�Eh. Kamu tidor kat sini ada bgtau sape-sape tak?�

Terpisat-pisat aku terjaga bila dikejutkan dr tidur yg lena. Aku kata yang aku xbgtau pun. Lalu dia minta IC aku dan minta aku turun tidur kat bawah.

�Nanti pagi esok sebelum balik ambil IC kat bilik pengawal�, kata pengawal itu lagi. Dalam dok mengantu tu aku pun turunlah ke bawah. Langsung xbest tido kat bawah. Panas. Banyak nyamuk pulak tu. Dari jam 2 pagi hingga ke Subuh tu entah berapa tempat aku alih, langsung xlena. Tapi kira okla tu. Janji bleh tido.

Pengalaman tidur kat Masjid Shah Alam tu berlaku 2 tahun lalu.

Semalam bila datang singgah untuk mandi dan solat kat Masjid Shah Alam, terus kenangan itu terimbas lalu di fikiran. Mana tak nya bila lalu kat pos pengawal malam tadi, rasa macam kenal jer dgn pengawal yang tahan reman kejutkan aku dari tidur dulu tu. Dia pun usha kat aku semacam jer. Entah-entah dia pun teringat jugak kot yang dia pernah tahan aku. Haha.

Mar 29, 2004

KERANA SIGNATURE �..

Driving ke Shah Alam dan pulang ke Kangar dalam masa 12 jam. Hanya semata untuk dapatkan signature director syarikat yang tetibe jer menghilangkan diri ke Shah Alam. Driving 12 jam semata untuk urusan signature yang hanya mengambil masa 2 minit. Haha. Macam xcaye jer.
Mar 28, 2004

UNTUK DIRI SENDIRI JUGAK...

Buat apa yang kamu yakini baik untuk dirimu
Lakukan apa yang kamu rasai perlu bagimu
Kuatkan tekad untuk laksanakan semua itu
Pastinya hasil yang diperolehi itu adalah milik kamu

Failure is a good teacher
Success is seldom a good teacher

Good teacher is ����.
Mar 26, 2004

BORANG NIKAH ADIK

Lepas solat Jumaat, gi Jabatan Agama � JAIP hantar borang permohonan nikah adik. Pegawai tu kasi slip mention yang borang perakuan nikah akan dikeluarkan 5 April. Akad nikah dijadualkan 10 April. Sempat ker nie nak pi booking tok imam ?? harap-harap sempat ler. Kalu tak�.habisla�. !!!
Mar 23, 2004

PILIHANRAYA 2004 � APA CERITA ?

Macam biasa. BN menang lagi. Kali ini dengan moto Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. BN tanpa Tun Mahathir, rupanya masih tetap mendapat sokongan rakyat. Gelombang Biru melanda Terengganu dan Kelantan. Habis kerusi PAS dan KEADILAN disapu balik oleh BN. DAP pula mengungguli sbg pembangkang terbanyak memenangi kerusi (x termasuk Kelantan).

Intergriti SPR dikritik hebat oleh partai pembangkang. Kekecohan di Selangor dan kecuaian di SG. Lembing sebagai bukti. Peratusan mengundi juga meningkat mendadak di beberapa negeri. Satu DUN di Terengganu mencatatkan 98% rakyat yang keluar mengundi. Hanya 100 orang yang xkeluar mengundi bagi kawasan tu.!!!!
Mar 22, 2004

UNDI ADALAH RAHSIA

Betul ker undi kita dalam pilihanraya lalu adalah rahsia. Apa tujuan dicatatkan nombor siri pengundi di buku helaian kertas undi yang dikoyakkan itu. Tak rahsia la kalu camtu. Nanti lepas pilihanraya, depa boleh trace la aku pangkah sapa. Tak aci���

Dekat Indonesia, apa yang aku tahu, setiap pengundi yang sudah membuang undi akan dicalitkan dakwat di jarinya supaya tak boleh mengundi sekali lagi. Hebat jugak Internal Control depa ek. Kalu kat Malaysia, rasanya aku boleh mengundi untuk kawan aku, asalkan aku ada Kad Pengenalan dia dan namanya ada dalam list daftar pengundi. Masa semakan tu, kerani tu bukannya nak check muka aku, dia check IC jer. Kalu nama dan nombor kat IC sama dgn daftar pemilih, bolehla mengundi. Semudah itu.
Mar 21, 2004

PILIHANRAYA KE-11 - KALI PERTAMA MENGUNDI

Buat kali pertama dalam hidup ini aku layak untuk mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-11. pembuangan undi untuk lokalitiku dibuat di Sek. Men. Dato� Sheikh Ahmad. Sebelum itu, aku menyemak terlebih dulu nombor saluran pengundian di meja panas milik sebuah parti. Yang buat aku terkejut ialah bila mendapati nama aku depa dah siap flourescentkan dengan kaler hijau. Aku tanya kakak tu, apasal depa kaler kan nama aku. Depa gelak ajer. Haha. Cekap gak depa nie. xpernah pun aku declare kat sapa-sapa yang aku kata nak pangkah mana-mana parti. Ish. Ish.

Selesai memangkah 2 kertas undi bagi memilih wakil DUN Pauh dan Parlimen Arau, aku dan isteri terus bergegas ke Jitra. Jadual giliranku menjadi PACA di sebuah sekolah Cina kat Jitra. Mengantuk jugak time dok bertugas tu. Yela. Kena pukul 12.00 � 2.00, yang datang mengundi dalam saluran 1 tu pun hanya 21 orang je dalam masa 2 jam tersebut.

Pastu kami teruskan misi pengundian ke Pulau Pinang plak. Isteriku mengundi di Parlimen panas Permatang Pauh dan DUN Penanti.

Aku siap ambil cuti esok. Nak rest sambil menganalisa keputusan pilihanraya. Kita tunggu ajela malam nie. Siapa yang kalah. Siapa yang menang. Siapa yang terKALIH.
Mar 14, 2004

APA TAJUK BESAR HARI INI?

Pagi ni saja boring-boring (rajin ler tu), pi jenguk akhbar-berita online. Nak tengok ulasan apa yang dikemukakan sempena pencalonan semalam. Berikut adalah setakat apa yang sempat dijenguk. Yang menariknya drpd 4 laman web parti yang bertanding, hanya laman web DAP yang sedikit terUPDATE dgn info tentang pencalonan.

BERITA HARIAN - www.bharian.com.my
Permulaan baik buat BN: Menang tanpa bertanding 14 kerusi Parlimen, 7 DUN

UTUSAN MALAYSIA - www.utusan.com.my
Permulaan cemerlang, BN menang 14 kerusi Parlimen tanpa tanding

HARAKAHDAILY - www.harakahdaily.net
Brig Jen (B) Zakaria tentang Najib di Pekan

MALAYSIAKINI - www.malaysiakini.com
BN bags 14 parliamentary seats unopposed

NEW STRAITS TIMES - www.nstp.com.my
Close tabs on candidates

BERNAMA - www.bernama.com.my
BN Off To A Rousing Start, 14 Up In Parliament

THE STAR - www.thestar.com.my
14 parliamentary, 7 state seats for BN

WEB RASMI PAS - www.parti-pas.org
Tiada Update Terkini (Hari Pencalonan)

WEB RASMI UMNO - www.umno.net.my
Juga Tiada Update Terkini (Hari Pencalonan)

WEB RASMI KEADILAN - www.parti-keadilan.org
Lagi Tiada Update Terkini (Hari Pencalonan)

WEB RASMI DAP - www.dapmalaysia.org
Karpal bertanding di Bukit Gelugor. Kit Siang bertanding di Ipoh Timur

Mar 13, 2004

SENARAI PENCALONAN PERLIS

Hasrat di hati nak juga pi jenguk kat tempat penamaan calon, tapi dah keje terpaksa pendamkan hasrat murni tersebut. Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding merebut 15 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen. Dalam pilihanraya 1999, PAS berjaya mendapat 3 kerusi DUN yakni 1/5 daripada jumlah kerusi. Pertandingan yang dijangka sengit tentulah di kerusi DUN Tambun Tulang di mana MB Perlis akan bertemu dengan Prof Harun Din. Parlimen Arau yang juga ditandingi Prof Haron Din turut diyakini menjadi tarikan kerana lawannya adalah adik kepada YDP Agung sekarang nie. Kerabat diRaja la katakan. Ayah aku kata dia tu senior ayah masa kat US dulu. Akhbar semalam report katanya beliau tu pernah mandi lumpur/tahi lembu. Berjiwa rakyat khabarnya.:-)



Buat kali pertama aku akan menunaikan kewajipan sebagai pengundi dalam Pilihanraya kali ini. Tahun 1999 masatu aku mana cukup umur lagi. Sekarang nie aku dah besar sket. Baru boleh mengundi. Hehe.

Letak duduk kediaman aku melayakkanku untuk membuang undi di DUN Pauh dan Parlimen Arau. Siapa aku nak undi ek? Parti mana ek? Mana yang perlu diletakkan sbg kriteria....Calon atau Parti? Itu pun nak kena pikir panjang sangat ker? Pangkah aje la...nak pikir apa lagi! Takut salah pangkah? Ker takut undi rosak? Rugi ooo kalu masuk kategori UNDI ROSAK. Orang lain mana tau kita undi siapa dan undi parti apa? Kan UNDI ADALAH RAHSIA. Selamat mengundi.

N00101 - TITI TINGGI
Ko Chu Liang (KEADILAN) vs Loh Yoon Foo (BN)

N00102 � BESERI
Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN) vs Mohd Anuar Mohd Tahir (PAS)

N00103 � CHUPING
Mansor Jusoh (BN) vs Mohd Ali Puteh (PAS)

N00104 - MATA AYER
Suwardi Yaacob (PAS) vs Khairi Hassan (BN)

N00105 � SANTAN
Zolkharnain Abidin (PAS) vs Sabry Ahmad (BN)

N00206 � BINTONG
Rosli Mat Hussin (BN) vs Abdul Zakaria (PAS)

N00207 � SENA
Azihani Ali (BN) vs Ahmad Adnan Fadzil (PAS)

N00208 - INDERA KAYANGAN
Oui Ah Lan (BN) vs Khoo Yang Chong (KEADILAN)

N00209 - KUALA PERLIS
Mohd Yusoff Ubi @ Madarsa (KEADILAN) vs Bakar Saad (BN)

N00210 � KAYANG
Ku Mahmood Ku Ismail (PAS) vs Azam Rashid (BN)

N00311 � PAUH
Datuk Abu Bakar Ismail (BN) vs Abu Bakar Ali (PAS)

N00312 - TAMBUN TULANG
Datuk Dr Haron Din (PAS) vs Datuk Seri Shahidan Kassim (BN)

N00313 - GUAR SANJI
Ahmad Ali (PAS) vs Jafperi Othman (BN)

N00314 - SIMPANG EMPAT
Dr Che Rosli Che Mat (PAS) vs Zahari Bakar (BN)

N00315 � SANGLANG
Hashim Jasin (PAS) vs Datuk Mastika Junaidah Husin (BN)

P001 - PADANG BESAR
Wan Kharizal Wan Khazim (PAS) vs Datuk Azmi Khalid (BN)

P002 � KANGAR
Datuk Radzi Sheikh Ahmad (BN) vs Ishar Saad (PAS)

P003 � ARAU
Datuk Dr Haron Din (PAS) vs Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (BN)

Sumber ihsan : www.bernama.com
Mar 5, 2004

CUTI, SERVIS, SI CINA DAN DAKWAH

Hari ini aku cuti. Rasanya cuti pertama untuk tahun ni kot. Aku provide hari ini ke Alor Setar untuk servis Altis Vios Camry Unser ayahku. Dah 2 tahun rupanya kami tak hantar servis ke Pusat Servis Bertauliah ni. Selama ni pi hantar kat servis kat bengkel biasa jer. Kali ni buat servis major 120,000km.

Mujur bawa buku nota Notebook Compaq Presario. Boleh juga siapkan beberapa kerja yang terbengkalai selama ini.

Sambil menaip tu, aku tertarik dengan sesi perbualan antara warga Cina (Non-Muslim) dengan dua warga Melayu (Muslim). Yang menarik perhatian ku ialah bila si Cina tadi bercerita tentang kebaikan puasa. Dia kata kalu buka puasa minum air kosong, jangan minum air manis, sebab masa tu badan kita akan menyerap apa jua makanan yang masuk disebabkan seharian berpuasa. Tambahnya lagi, kurma juga baik, walaupun ia manis tetapi kalori tenaganya lain dari gula biasa.

Pastu tetiba dia masuk cerita pasal betapa bodohnya manusia. Katanya:

�Tuhan sudah turunkan air hujan yang bersih. Tapi aku masih teguk air anggur beer jugak.� �Hahahaha�, gelak dia kepada diri sendiri.

�Ini semua sebab nafsu lah. Biasala manusia�, tambahnya lagi. Hebat jugak si Cina ni berceramah dan beranologi tentang kebaikan Islam.

Kemudian dia masuk bab pengharaman babi. Dia kata betul pada zaman Nabi dulu babi khinzir diharamkan, sebab bahaya penyakit. Tapi sekarang lain dah. Zaman sekarang dah canggih dan macam-macam kepakaran dah ada untuk menghapuskan bahaya babi khinzir tersebut. Di sini dia cuba bermain logik akal. Bagi kita Muslim, tak boleh la kan.

Perbualan tersebut membuatkan aku berfikir betapa kita perlu berusaha lebih gigih menyeru dan berdakwah, samada kepada Muslim mahupun Non-Muslim. Medan sudah terbuka luas. Islam itu secara fitrahnya telah syumul, gah, praktikal dan etc. Cumanya kita perlu melakukan sentuhan penyudah sahaja agar semua manusia menerima dan menghayati Islam sepenuhnya.

Apa yang perlu kita lakukan ialah perlu memperdalamkan ilmu-ilmu Islam dan juga teknik-teknik berdakwah kepada Non-Muslim jugaMuslim la. Macam si Cina tadi la, kita boleh ukurla dengan gaya dia bercakap, berceramah dan beranologi tu, semestinya dia tahu banyak perihal Islam, cumanya satu suis je belum terbuka untuk dirinya menerima Islam sebagai anutan. Tugas kita menyampaikan....selebihnya kita serahkan pd Allah utk menganugerahkan hidayah.

Persoalannya, apa yang dah kita aku buat?

Mejelang waktu solat Jumaat, Unser belum siap lagi. Aku tanya depa kat mana masjid yang berdekatan. Lalu menapaklah aku ke masjid. Dah lama jugak rasanya tak menapak ke masjid nie. Dekat 25 minit jugak berjalan ooooooooooooo. Lebih kurang 2km (sengaja aku sukat masa dlm perjalanan balik, nak tahu sejauh mana aku dah exercise :). Tu baru pergi. x 2 = 5 km jugak la. Terer. Terel. Hehe.

Akhirnya dekat nak Asar baru siap. Siap sekali basuh dan vacum. Mulanya tak nak basuh, tapi time nak bayar tu depa kata basuh dan vacum free of charge sebab ambil package MAX, so rugila kalu tak basuh. Tunggu lagi.................

Sekian catatan seharianku hari ini.

Mar 1, 2004

PAK LAH DATANG KEDAH. AKU YANG TERLEPAS FLIGHT. TAK ACI BETOI�.

Memang salah aku. Tapi semua ini terjadi kerana Pak Lah. Mana aku nak tau yang Pak Lah nak datang melawat Kedah pagi ini. Macam biasa je la aku pi Airport. Penerbangan mengikut jadual jam 0845. Aku sampai 0820. Ku lihat kaunter Air Asia sudah ditutup. Langsung tiada kelihatan staf Air Asia. Aku bergegas ke bilik menunggu. Pak Guard kata depa dah tutup gate. �Kami tak boleh buat apa-apa dah.�

Aku � � Mintak tolong panggil sat staf Air Asia�

Pak Guard � �Kami pun xleh buat apa-apa dah sebab depa dah tutup pintu. Pak Lah nak mai satgi, Sbb tu depa nak depart awal. Kat KLIA pagi td macam ni gak, 13 orang tertinggal flight.�

Aku mati akal. Kalu nangis pun rasanya diorang xkesian gak. Buat malu ajer. Buntu. Aku call bos habaq kata tertinggal flight. Dia gelak. HaHaHa. Sebab dah janji dengan orang kat KL sana, so terpaksa la juga ambil MAS. Perghhhhhhh. 3 kali ganda harganya dari harga Air Asia. Badigol betul. Tak pasal-pasal kena beli tiket MAS, dah le tiket Air Asia yang aku terlepas tu burn gitu aje. Takpe. Takpe. Korang wat camni kat aku yer Ais Asia..!!! Lain kali, lepas Subuh aku dah terpacak kat kaunter.

Memang salah aku. Tapi semua ni xkan terjadi kalu Pak Lah xmai melawat Kedah hari ni. Biasanya 15 minit sebelum flight berlepas, masih sempat check-in. kat KLIA pun aku pernah buat. Apa bleh buat. Benda dah jadik. Nak jadi rezeki MAS, dapat "pau" duit kampeni aku (xtau lagi bleh claim ke tak, harapnya boleh la).

Jam 3, selesai urusan dengan QS, Kak Midah. Dia offer nak hantar aku ke UM sebab aku kata nak jumpa adik. Aku kata takpela�aku suruh dia drop aku kat Puduraya jer. Apa-apa pun carik tiker balik dulu. Balik naik bas pun ok gak sbb boleh ronda-ronda kotaraya dulu. Kalu naik flight, pukul 5 dah nak kena bergegas ke KLIA. Silap-silap boleh kena tinggal lagi.

Tobat, biarlah ini kali pertama dan kali terakhir kena tinggal flight. Haha.
PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com