IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Nov 28, 2003

SELAMAT BERTUNANG...

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.�

Tahniah adikku, Wan Khadijah. Selamat Bertunang...!!! Semoga perencanaan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan Insha Allah.

Tahniah juga buat Mr. X di atas pertunangan ini. Apakah berita ini bakal dan bisa menggemparkan dunia? Hehe. Kita tunggu dan lihat aje la ek.......


Nov 25, 2003

RAMADHAN YANG BERLALU, EIDUL FITRI YANG MENJELMA

Seperti yang dijangka, Aidil Fitri disambut 25 Okt 2003, selepas berakhirnya 29 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Tahun nie, kami tak balik ke Terengganu, setelah sekian lama tak beraya di Perlis. Buat kali pertamanya, Aidil Fitri kali ini disambut dengan kehadiran "orang baru" dalam hidup ini. Ingatkan dulu sempat lagi sekali beraya dengan status bujang.

Menjelang hari raya, tak henti-henti hensetku menerima SMS "hari raya". Ternyata SMS telah mengambil alih peranan kad hari raya sebagai wadah penghubung ucapan hari raya. Tak pasti pulak adakah graf penjualan kad hari raya kebelakangan ini menurun dengan teknologi SMS ini atau masih seperti dahulu.

Saje aku save dan salinkan antara SMS popular yang aku terima paling banyak kali. Sama dak dengan yang hangpa semua dapat?

Anak Jaws Main Gitar
Anak Sotong Main Tabla
Kad Raya Tak Dapat Nak Hantar
Send SMS Je Udah La
Semoga Ingatan Takkan Pudar
Terimalah Ucapan Selamat Hari Raya


Ini pula SMS yang sedikit terkesan dalam diri ini berikutan berlalunya Ramadhan yang mulia. Sungguh cepat kau berlalu Ramadhan. Apakah kita kan berjumpa lagi pada tahun hadapan?

Sebenarnya ini adalah SMS dari bakal "adik" ipar aku. Insha Allah. :-) (raiyan.....!! x sangka kan!!! hehe).......syyyhhhhhhhhhhh.

Siapa yang beribadah lantaran bulan Ramadhan, maka Ramadhan telah berlalu. Siapa yang beramal kerana Allah, maka Allah kekal selamanya. Selamat 'Eidul Fitri.

Nov 12, 2003

3R - REMAJA RAIKAN RAMADHAN

Subuhnya aku terus ke Masjid Al-Abrar. Program bermula semalam dan berakhir 3.00 petang hari nie. Sempat bersama adik-adik remaja dalam program Tayangan Multimedia Palestin dengan slot Powerpoint Palestin dan juga tayangan Si Syahid Kecil. Selepas bertadarus, aturkan program LDK �Azam dan Sehari Dalam Hidupku� diikuti dengan Quiz Al-Qur�an (uploaded).

Masa aku suruh depa tulis dekat kertas masing-masing �Saya berjanji dan berazam untuk mematuhi jadual Sehari dalam Hidupku ini�, ada sorang adik tu mencelah, �Tak payah tulis �berjanji� takpe tak�. Kemudian abang dia plak kata �Nak tambah tulis �Insha Allah boleh tak�. Concern sungguh depa nie dengan wording yang depa nak tulis untuk azam mereka sendiri, agaknya takut tak mampu realisasikan apa yang depa dah tulis kot.

Nov 11, 2003

KE KL & PUTRAJAYA

Kabus tebal menyelubungi Alor Setar. Penerbangan yang dijadualkan jam 0855 ditangguhkan ke jam 1030. Buat penat aku keluar awal jer ke Airport, kononnya tak mau mengulangi peristiwa sampai 5 minit sebelum kapal terbang berlepas haritu. Seperti biasa, aku mengambil Airport Coach ke Chan Sow Lin. Menumpang LRT dari Chan Sow Lin ke Bandaraya. Tepat jam 2 petang aku sampai kat Tingkat 15 - Pusat Khidmat Kontraktor. Alhamdulillah dapat jumpa dengan Pn Fatimah untuk ambil Surat Kebenaran Khas untuk masuk tender JPS. Kali ni tak sempat langsung nak merayau-rayau, meronda-ronda di ibu kota. Abis jer urusan di Medan Mara, terus ambil LRT ke Masjid India, tukar ambil LRT ke KL Central. Silap masuk LRT. Turun kat Kg. Baru dan ambil LRT yang betul mengarah ke KL Sentral.

Alhamdulillah sempat beli tiket KLIA Transit tatkalamana tinggal lagi 1 minit lagi nak berangkat. Sampai kat Putrajaya ambil Bas Nadi Putra. Habaq kat driver tu nak p Kementerian Kewangan. Lebih setengah jam bas tu berpusing-pusing entah p mana tak tau, pusing roundabout, masuk Presint nie, masuk simpang nie, tapi tak sampai-sampai lagi Kementerian Kewangan. Jam dah menunjukkan hampir 4.30, aku tanya "Jauh lagi ke?". "Dekat je lagi",driver tu kata.

Lega lagi 5 minit lagi nak 4.30, aku dapat meloloskan diri masuk ke Kementerian Kewangan. Rupanya depa tutup kol 4.00 petang plak dalam bulan Ramadhan nie. Aku buat muka kesian seraya merayu � Saya datang dari jauh nie�. Pegawai yang bertugas tu kata �Patutnya saya dah balik nie, lagipun pegawai yang pegang kunci tu dah balik. Emm�.nanti saya cuba tengok kalu ada kunci spare..okla�. alhamdulillah dapat jugak akhirnya aku ambil Sijil tersebut. Poslaju punya pasal, tak pasal-pasal kena ambil sendiri kat depa. Takpela.

Bos call kata Air Asia sms kat dia kata flight balik Alor Setar retimed kepada 8.15 malam plak dah. Iftar di KLIA la jawabnya. Masa dok order nasi kat Food Court, seorang wanita menyapa, �Is this Wan Saifuddin?� terkejut aku dibuatnya. Rupanya Haslin, coursemate kat U dulu. Keje kat Airport rupanya dia, tapi bukan jadi pilot atau pramugari la. Hehe.

Dekat jam 11 malam baru sampai rumah. Cadangnya nak berehat jap, kemudian nak pergi ke Masjid Al-Abrar, Kubang Gajah untuk program 3R � Remaja Raikan Ramadhan, tapi terus terlelap sampai ke waktu sahur.

Nov 10, 2003

KEMBARA LAILATUL QADR

Dari Aisyah r.a., ia berkata; saya bertanya: "Ya Rasulullah bagaimana kalau saya tahu akan malam lailatul qadar itu? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau bersabda : Ucapkanlah :




"Ya Allah, Engkau adalah pengampun, suka mengampuni, ampunilah hamba" (HR Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Nov 8, 2003

STATUS : LB

Pagi-pagi lagi aku terus memecut ke UUM. Pecut pun takat 100km/j jer. Tu pun tayar dah rasa gegar. Mereng sket tayar kereta tu, tapi malaslah nak g hantar kedai. Tiba di Bangunan Cancelori, aku terus ke Pejabat Bendahari. Sebut nombor keramat 84527 kat Pembantu Akauntan kat situ. Tertunggak RM 132. pulak dah...!!! Mereng betul la sistem komputer depa nie. Kat HEA kata RM 3009.50, kat Bendahari kata RM 132 pulak. Aku paham sebab apa, tapi yang aku tak puas hati ialah sebab depa tak bagi bil pun kat aku tentang pertambahan charge RM 132 tersebut yang disebabkan pertukaran status dari Part Time kepada Full Time (sebab nak apply PTPTN, tapi tak dapat pun).

Aku pun apa lagi, lepas settle kan �hutang� dengan UUM, teruslah bergegas ke HEA. Kerani kat situ kasi slip keputusan exam yang berlakri beserta sekeping surat berLETTERHEADkan UUM. Terus lemah semangat aku. Status : LB. (tak payah bagitau la berapa aku dapat ek.......nanti sem depan kalau dah tak dapat LB baru aku bagitau).

Semester ni nampak gayanya aku kena tukar semula la status dari Full Time kepada Part Time sebab PTPTN memang dah tak dapat dan memang aku punya status Part Time pun sebenarnya. Boleh la save RM 132......


Nov 7, 2003

UUM : RESULT SEMESTER 1

Petang tadi mintak izin bos untuk ke UUM. Member coursemate, Faizal bagitau result dah keluar. Malang bagi aku kerana tak terima surat panggil daftar dari UUM. Bila tanya kat HEA depa kata dah hantar kepada semua pelajar. Terkilan gak sebab tak dipanggil secara rasmi, sekadar terpanggil menerusi perkhabaran teman. Dengan sedikit rasa debar, aku menuju ke kaunter pertanyaan bertanyakan perihal keputusan exam ku. Malang sekali lagi. Dalam senarai nama yang ada pada mereka, tercatat yang aku masih berhutang keseluruhan yuran dengan UUM � RM 3009.50. Jadi aku tak dibenarkan ambil keputusan lagi. Bengang betul. Masakan tak bengang, pada hari pendaftaran lagi aku dah jelaskan yuran tersebut secara tunai. Nak ajukan kepada Pejabat Bendahari, operasi dah ditutup jam 3.30 petang. Baliklah aku dengan sedikit rasa kecewa.

Nov 5, 2003

ZAKAT PENDAPATAN

Tahniah kerajaan Selangor Darul Ehsan kerana menjadi negeri pertama yang mengambil langkah meWAJIBkan semua kakitangannya untuk membuat potongan zakat pendapatan mulai tahun depan. Harapnya dengan langkah yang diorak ini akan menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Nov 1, 2003

EMANSIPASI

Hari ini terjumpa satu perkataan �baru� dalam ucapan sulung PM terbaru Pak Lah di Dewan Rakyat semalam. Perkataan tersebut ialah EMANSIPASI yang di ambil dari bahasa Inggeris EMANSIPATION yang membawa maksud PEMBEBASAN. Rupanya perkataan ini baru bagi aku dan tidak bagi orang lain sebab bila bagi tau kat �roommate� aku, dia kata dia pernah terbaca jugak perkataan tersebut dalam satu tajuk rencana satu masa dahulu.

Petikan ucapan Pak Lah:

�Kita juga perlu mengusahakan emansipasi dan pengukuhan segala aspek pembangunan manusia dari segi social, moral,etika dan politik�.

PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com