IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Jul 29, 2003

Jam 9.30 pagi, Air Asia mendarat di KLIA. Syukur sebab sudah ada perkhidmatan Airport Coach dari KLIA terus ke Stesen LRT Chan Sow Lin. Tak perlu lagi ke Hentian Duta. Bagiku Hentian Duta sungguh tidak strategik sebagai hentian terminal pengangkutan kota. Mungkin strategik bagi pihak pentadbir kota..itu aku tidak tahu. Ambil LRT ke Bandaraya, berjalan ke Medan MARA lalu mendaki ke Tingkat 10, Bahagian Pengurusan Harta, Bekalan dan Kontrak. Meninjau dan melihat dokumen dan pelan yang bakal dibeli. Tender 67/2003. Mencongak-congak bagaimana untuk membawanya pulang. Dokumen dengan ketebalan hampir 1500 mukasurat beserta pelan yang bergulung-gulung. Tak sempat meninjau kotaraya Kuala Lumpur, sekadar menjengah beberapa buah kedai buku di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Beli sebuah buku : Mengapa Saya Memeluk Islam : Siri 2. Jam 3.30, bergegas ke Stesen LRT Chan Sow Lin, ambil Airport Coach ke KLIA. Kukira pengangkutan paling murah untuk ke KLIA dari Kuala Lumpur. RM 10. Perjalanan memakan masa tepat 1 jam. Jam 4.45 petang check-in. Tersilap check-in di kaunter penerbangan ke Kota Kinabalu. "Air Asia masih menggunakan sistem manual, sebab itu kaunter check-in diasingkan mengikut destinasi penerbangan", kata petugas tersebut padaku. Penerbangan berlepas jam 6.00 petang. Terserempak pensyarah TD6003, En. Azizi Ali. Syukur dapat duduk di tepi tingkap. Duduk selang sebelah dengan YB Mahfuz Omar. Tak berpeluang bercakap sepatah pun dengan beliau. Senyum jer. Sungguh cantik melihat panorama alam dari ketinggian awan. Sayup kelihatan tersusun cantik kehijauan pohon kelapa sawit (di Selangor dan Perak) dan juga kehijauan jelapang padi (di Kedah). 45 minit sebelum Maghrib, mendarat di Kepala Batas. Misi selesai.

Jul 24, 2003

Harini ambil cuti lagi sbb nak attend MBKPPI. Aku antara peserta yang terlewat sekali, walaupun belum terlewat dari jadual program lagi. 5 lelaki dan hampir 70 wanita. Mujurla tu ada gak lelaki, kalu tidak.....!!! Dah namanya sesi untuk wanita, dan kau nak jugak-jugak menyelit.....it is okey.

CERAMAH 1 - AQIDAH ISLAMIYYAH
Ustaz Yusof Abd Hamid

Belum mula kuliah lagi ustaz tu suruh peserta salin beberapa point yang dia kata adalah merangkumi apa yang beliau akan perkatakan dalam ceramah beliau. Alamak...pen tak bawak. Dok ler dok depan pulak tu! Ustaz tu padang semacam jer kat aku sebab buat dek je tak salin apa yang dia cakap. Nak salin cemana, kalau la aku boleh buat macam Imam Syafie, tulis pakai jari jer kat atas tapak tangan, tak apela.

Ceramah beliau berlegar di sekitar Aqidah kepada Allah. Hubungan antara kita sebagai hamba dengan Allah sebagai Pencipta.

CERAMAH 2 - IBADAH DALAM ISLAM
Ustaz Bahador Ayub

Aku masuk lambat sebab ingatkan sesi bermula 10.30 pagi, rupanya sesi bermula lebih awal dari jadual. Lagi sekali aku yang terakhir. Penerangan sekitar asas-asas dalam ibadah. Penceramah menekankan perihal kepentingan solat." Solat itu tiang agama. Barangsiapa yang mendirikannya, maka beliau telah mendirikan agama. Dan barangsiapa yang meninggalkannya, maka beliau telah meruntuhkan agama. (Hadis Nabi). Malahan yang membezakan antara Muslim dan Kafir adalah solat!!!!

CERAMAH 3 - MEMAHAMI & MENGHAYATI AKHLAQ ISLAM
Ustaz Ya Ali Dahaman

kuntum.....

CERAMAH 4 - KOMUNIKASI SUAMI/ISTERI & PENGURUSAN STRESS
En. Shamsudin Mahmud

2 minggu lepas kami ada jemput Kaunselor nie bagi Motivasi untuk pelajar-pelajar PMR dekat Bukit Ayer Jungle Park Resort. Rupanya beliau pakar jugak dalam bidang komunikasi keluarga ni. Beliau kata dah handle program sebegini dengan JAIPs semenjak tahun 1996. Lama tu....!!!

Antara butiran permata yang beliau utarakan adalah :

- Komunikasi yang berkesan mestilah "sama makna"
- Alam rumahtangga adalah alam yang paling SENSITIF�.(naper yer�ntah�!!!!), mana aku nak tau, aku mana kawin lagi�!!!

Beliau membawa satu cerita sepasang suami isteri, suami orang Kelantan, manakala isteri orang Kedah. Satu hari, sekembalinya isteri dari kerja dan si suami kebetulan balik awal berada di rumah. Bila diselaknya si isteri daun pintu rumah, terpacul kepala seekor ular di sebalik pintu.

"Ular. Ular", jerit si suami kepada isterinya
"Katoq. Katoq", kata si isteri kepada suaminya pula.
"Ular. Ular", kata si suami lagi.
"Katoq. Katoq", balas si isteri.
"Ular. Ular", kata si suami lagi.
"Katoq. Katoq", balas si isteri.

Last-last, ular tadi keluar menyusup perlahan keluar dari rumah.
KATOQ = Katak, dalam pelat Kelantan
KATOQ = Pukul, ketuk dalam pelat Kedah

Tambahnya lagi, komunikasi mempunyai daya kuasa yang amat kuat sama sekali. Ada citernya...tapi tak larat la nak citer balik.

Antara kepentingan komunkasi suami isteri ialah untuk :
- menyatakan perasaan, kehendak dan kemampuan
- lebih mengenali sifat, tabiat dan sifat pasangan
- bergurau dan berhibur
- mendapat zuriat
- mendidik dan menasihati
- ketenangan dan kasih sayang

Antara lain beliau menyentuh juga akan perlunya si suami menganggap si isteri sebagai NO. 1, dan begitu juga si isteri perlu menganggap si suami sebagai NO. 1 selama-lamanya. Sambil menegaskan, "Ini tidak.....bila dah dapat anak, ranking NO 1 itu telah bertukar-beralih kepada si anak, makanya si suami@ si isteri jatuh ranking NO. 2".... Pun begitu harus juga belajar bagaimana untuk menerima akan hakikat kekurangan@kelebihan yang ada pada si suami atau si isteri masing-masing. Terimalah hakikat bahawa NOBODY is PERFECT. Namun ini bukan alasan untuk tidak cuba untuk BERUBAH. "Barangsiapa yang 2 harinya adalah sama, maka rugilah dia" (Hadis Nabi)

Sekian. Sesi seterusnya akan bersambung esok.......

Aku sekadar "QUOTE" kata-kata beliau Hiks.


Jul 22, 2003

Aku : Assalamu'alaikum...
Bos : Wa'alaikumus salam.......
Aku : Emmm...En. G, esok saya nak ambil cuti, nak hantar adik saya ke Lembah Beringin.
Bos : Buku cek..??....esok I ada nak buat payment....
Aku : Saya dah letakkan buku cek dalam almari besi tu...
Bos : Okey

Gagang diletak.

10.00 pagi, Kami memulakan perjalanan ke Lembah Beringin. Aku memandu sehingga Juru. Sejurus melepasi tol Juru, stereng bertukar pemandu. Aisyah memandu sehingga Ipoh. Singgah makan di Kinta Valley, tempat aku makan dulu-dulu masa kerja kat Ipoh setahun yang lalu. Saja nak imbas nostalgia lama, tu yang exit Ipoh Selatan semata-mata untuk makan tengahari.:-)

Aku mintak Aisyah bawak kereta lagi sampai ke Kolej Lembah Beringin. Aku tidur je. Sedar-sedar jam 3.30 dah exit Lembah Beringin. Laju betul adikku sorang ni bawak!

Jam 5.00 petang, kumulakan xpdc pulang ke Perlis. Kalini berseorangan. Exit jap kat Jelapang, tetiba teringat saja nak lalu kat syarikat lama aku keje dulu. Rindu kot..!! Manatau kot kak Mai (senior staf masa aku kat AKI Ipoh), x balik lagi. Boleh singgah jap. Lalu kot ofis tu, berkunci......semua dah balik. Kuhalakan pemanduan memasuki pinggiran bandaranya Ipoh. Masih sibuk seperti dulu. Apala�dah nama bandaraya, mestila sibuk. Bukan Perlis�!!!! (Perlis sekarang sudah jam gak oooooooo).

Teringat lagi...!! :-) Manakan tidak, ianya adalah tempat mula-mula aku kerja sejurus lepas grad. Walaupun x lama, agak banyak jugak yang sempat aku pelajari. Thanks Pn. Shikin, kak Mai, kak Siti dan Azah.

Singgah Gurun untuk Jama' Maghrib dan Isya'. Pekena Kopi segelas. Alhamdulillah selepas memecut dengan kadar 120km/j(maksima, Kancil kalu 130km/j, mulala bergegar), tepat jam 11.00 malam sampai jua akhirnya di rumah. Rekod baru...!!! Bermusafir dari Perlis hingga ke Selangor, pergi dan balik dalam masa 12 jam....!!!!

--start baca novel Hatimu Untuk Siapa, tulisan Dr. H.M.Tuah Iskandar al-Haj. Ish aku nie, novel jugak yang nak dilayan, buku-buku ilmiah lain melambak lagi yang perlu dikhatamkan..!!!! (aku mengharapkan ada sesuatu yang ilmiah dalam novel karangan Dr. Tuah tu, sebab tu aku beli, xpernah2 nya beli novel pun sebelum ni!)


Jul 20, 2003

Sepatutnya 3 assignment dan 1 presentation perlu disipakan dan dihantar hujung minggu. Namun hanya presentation+assignment pagi tadi sahaja yang sempat dan terdaya untuk disiapkan. Assignment JAVA yang sepatutnya dihantar Sabtu kelmarin terselamat kerana ada rakan-rakan lain yang buat silap dan diberi peluang oleh Mr. A**** untuk buat sekali lagi dan hantar minggu depan. Kira aku pun ikut JOIN masuk dalam kategori tu sekali la. Mujurla lecturer sempoi. Haha. Assignment Research yang lagi satu tu pun aku xjadi buat sbb aku dengar ada member yang tak tahu menahu pun kena hantaq. YES.!!! Selamat lagi sekali.

Hai aku.......jangan kau ulangi tabiat lama...jangan terhegeh-hegeh buat assignment kala due date semakin menghampir. Buat awal-awal. Sekarang nie barula terasa sedikit kepenatan. Jadual mingguanku kini tiada lagi CUTI. 5 hari bekerja. 2 hari belajar. Dulu rasa belajar + bekerja ok jer. Sekarang baru terasa cabarannya. Sungguh mencabar rupanya. Semoaga cabaran ini mampu mengungkapkan kematangan dalam pemikiran, amalan dan tindakan. Sesungguhnya pengalaman lalu adalah sebuat pengajaran yang paling berharga buat bekalan menerusi hari-hari mendatang. Hidup mesti diteruskan, bukan dipersiakan dengan kelalaian. Allah mengecam orang-orang yang berada dalam kelalaian.

Jul 16, 2003

Alhamdulillah, tepat lebih kurang 15 minit ke jam 12 tengahari tadi, berjaya kami selesaikan pengisian dokumen tender. Lega rasanya selepas berhempas pulas selama 2,3 hari tak cukup tidur cuma tak lah sampai terpaksa bermalam di pejabat. Mengisi BQ tender sahaja mengambil masa hampir 4-5 jam..!!! Setakat ini adalah tender paling tebal yang diisi. RM 3,*85,652.75. Ada rezeki, dapatla, xde rezeki kalu, usaha lagi. Usaha lagi...?? (perit gak tu...!!!) So...beban kerja sedikit berkurang, boleh la aku tumpu sket untuk siapkan assignment Decision Support System dan JAVA aku yang terbengkalai hampir 2 minggu. This weekend kena submit..
Jul 14, 2003

Kelmarin, habis jer kelas Decision Support System jam 12, aku terus memecut Kancil biru ayahku ke Penang. Mulanya berbelah bagi gak samada nak p hari ini atau nak tangguh dulu. Memikirkan warranty date yang akan expired pada 28 Julai 2003 nie, tak berani aku ambik risiko��..ku teruskan perjalanan, berseorangan.

Seperti biasa bila sampai Penang, kepala mula pening dengan jalanraya di bandaraya Georgetown nie. Sesat pusing carik Gurney Plaza dekat setengah jam. Akhirnya berhenti tanya apek jual buah kat tepi jalan, katanya carik jalan menghala ke Pulau Tikus. Alhamdulillah akhirnya sampai jua aku ke Gurney Plaza buat kali ketiga. Hantar notebook ke House of Notebook. Lega!! Pastu ronda-ronda jap kat Plaza tu, bosan xdak apa-apa (duit pun xdak.hehe.cukup-cukup lepas duit minyak dgn tol jer).
Jul 10, 2003

Televisyen hakis minat membaca rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Julai - Media elektronik terutama televisyen telah banyak mencuri masa rakyat Malaysia sehingga mereka tidak lagi berminat untuk membaca. Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid berkata, mereka sanggup menghabiskan antara empat hingga lima jam dengan menonton televisyen setiap hari.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu berkata, mereka juga tidak mempunyai perancangan rapi berhubung kadar masa yang sepatutnya untuk menonton televisyen dan waktu yang cukup bagi membaca. "Apabila terlalu banyak masa dihabiskan kepada televisyen, ia memotong langsung selera untuk membaca kerana budaya itu lebih jelas Mempengaruhi mereka,'' katanya.

Ungku Abdul Aziz berkata demikian selepas menjadi pembicara program Bacaan Kegemaran Saya sempena Bulan Membaca Kebangsaan di Perpustakaan Negara di sini hari ini. Terdahulu beliau membicarakan buku bertajuk The Soul of Malaya karangan Henri Fauconnier yang diterbitkan pada 1931.

Ungku Abdul Aziz menambah, harga yang agak mahal dikenakan pada buku yang berkualiti turut mengurangkan minat orang ramai untuk membeli dan membacanya. Boleh dikatakan tidak ramai orang yang mahu membelanjakan wang sehingga RM100 setiap bulan semata-mata untuk sebuah buku yang bagus.

Kalau ada pun yang mampu berbuat begitu di kalangan orang korporat, mereka lebih suka menggunakannya untuk bermain golf dan enggan membaca,'' tegas beliau. Katanya, ia sebaliknya jauh berbeza di kalangan golongan korporat di Barat seperti England, Jerman atau Perancis yang banyak menjadikannya sebagai budaya hidup mereka.

Ungku Abdul Aziz bagaimanapun berkata, masih ada harapan untuk masyarakat di negara ini kembali menyemaikan budaya dan minat mereka dalam membaca. Seperti kata pepatah, tepuk dada tanya selera selain bersungguh untuk membaca. Kalau boleh jadikannya keperluan harian sama macam kita makan.

Namun untuk menarik mereka melakukannya, perlu ada suatu bahan atau isi kandungan buku yang merangsangkan minat, mungkin seperti gambar yang dihiaskan,'' katanya.

- hari-hari baca depan komputer jer, baca mel, baca blogger....:-)
Jul 9, 2003

Aku : Assalamu�alaikum�.ni Pusat Islam UUM ker ?
xxx : Ya. Pusat Islam UUM
Aku : Ni nak booking untuk kursus apa nama � Pra Perkahwinan 11 Julai nie ada lagi kosong ker ?
xxx : Maaf. Untuk 8 Ogos nie ada la kosong lagi.

Baru jer aku nak booking, dah penuh la pulak. Abis tu, bila lagi boleh aku attend kursus tu. Tak boleh ker kawin dulu kemudian baru ikut kursus? Haha. Nasib la awak!!!

------
Kepala rasa penin la. Badan pun rasa semacam jer. Seharian mengadap PC. Bukan takat mengadap, menaip sekali. Bukan takat menaip, menyalin. Alhamdulillah hampir 85% siap disalin.
Jul 7, 2003

Waaaaaaaaaaarrghhhhhhhh.....notebook Compaq Presario 700 kesayangan ku akhirnya meragam lagi, meragam buat kali kedua. dulu screen monitor off. Hantar ke kedai, technician di situ kata kena tukar keyboard. Gulp. berapa? Katanya kalau Compaq lebih kurang 4-5 ratus gak. Terkedu seketika aku. Mujur ada warranty, tu pun tak pasti samada boleh claim under warranty atau tidak. Warranty pun hampir tamat riwayat dah...hampir sangat-sangat rasanya. Call House of Notebook Penang, katanya Compaq akan ganti kalau masih under warranty. Lega sikit dengar. Tapi masih tak yakin sangat. Hopefully boleh la claim. Mana la aku ada duit sebanyak tu. Ada tu adala sikit-sikit. Tapi tu reserve untuk.......????????? Hehe. So bila aku boleh p Penang ek...........!! ish ish ish. Wei orang Penang, orang Bukit Mertajam...!! Boleh tak tolong ? :-)

Tadi ke Majlis Perbandaraan Kangar. Beli tender nak buat apa tah kat Kuala Perlis. Tender saja dah RM 750. Kalau tak dapat tender, kira burn gitu-gitu jer RM 750. So harini keje aku menaip semula item-item dalam dokumen tender tu ke dalam EXCEL supaya mudah untuk buat calculation and manipulation untuk dapatkan harga tender yang terbaik. Dah la tebal nak mampuih. Tido ofis la camnie.......Aku target mesti habis sebelum Khamis nie gak. Sebab cadangnya nak ambik cuti hari Jumaat, nak p Kursus Kawin kat UUM. Hehe. Kalau tidak bila lagi boleh attend ek......??

Borang PTPTN pun tak abis isi lagi. Esok dah nak kena hantar ke UUM. Due date 8 Julai. Mintak-mintak la boleh diproses segera dan dapat jugak semester nie.
PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com