IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Aug 27, 2008
www.mudah.com.my

Semenjak diperkenalkan kepada Mudah.com, kalau boring-boring tu browse jugala untuk tengok apa yang menarik.

Menerusi Mudah.com, aku berjaya menjual beberapa buah buku. Cuma lately, admin Mudah.com selalu reject listing buku sebab dikategorikan sebagai jualan komersil kot. Mungkin kena bayar kot kalu nak list kan product untuk commercial user.

Menerusi Mudah.com juga aku berjaya mendapatkan sebuah exercise bike untuk orang malas bersenam. Pergi ambil sendiri di Batu Maung, Penang (kebetulan balik Permatang Pauh: isteri mengundi Permatang Pauh). Owner asal, Mr. Woon kata, isterinya dah bosan naik basikal ni, kayuh punya kayuh, dok tang tu jugak. Harga - RM 250. Tak sure la harga pasaran berapa, tapi dok survey kat kedai semua lebih RM 1k punya.

Boleh ker exercise bulan puasa ni? Ker nak taruh untuk lepas puasa?

Menerusi Mudah.com juga Iqra' Books menempah "bisnes card" sebanyak 1000 keping. Harga memang murah jugak la. RM 95-1000 keping-depan belakang-matte laminate. Sebelum ni buat 500 keping di kedai, harga lebih RM 100 rasanya. Kali ni memang puas hati betul la. Tak tau syarikat yang buat bisnes card ni beroperasi di mana, langsung tak declare alamat. Berurusan thru e-mail sahaja.

This is my card...RM 95 for 1000 pcs, matte-laminate, kalau ada tahu mana boleh dapat lagi murah, please inform me...boleh stand by untuk next order.

Sekian promosi tak berbayar untuk Mudah.com.

Labels:

Aug 22, 2008
Selamat Datang ke Iqra' Books

Semalam tetiba jer terasa nak tangkap gambar kedai, sebenarnya untuk buat proposal kepada MARA untuk membuat partition di bahagian ruang legar di hadapan kedai. Dah ada gambar tu, elok juga saya bercerita sedikit tentang kedai kami di Plaza Kangar. Rasanya belum pernah tulis entry lagi tentang kedai semenjak di buka Mac 2008 yang lalu. Elok juga buat khazanah artikel dalam blog nih.

Alhamdulillah, akhirnya IQRA' BOOKS beroperasi di Plaza Kangar tanggal Mac 2008 yang lalu. Tak sangka dah hampir 6 bulan kami beroperasi di tempat baru ini.


Selamat datang ke IQRA' BOOKS

Berkeluasan 500 kaki persegi. Sebelum masuk dulu rasa macam luas, tapi bila stok buku semakin bertambah dari bulan ke bulan, terasa sempit pula. Alangkah syoknya kalau dapat beroperasi dengan keluasan seperti MPH atau Popular atau Borders yang luasnya berkali-kali ganda rasanya.

Sebelum kami masuk kedai, banyak kali juga merayau-rayau ke kedai buku sampai ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan idea untuk susun-atur kedai. Akhirnya tanpa bantuan pakar perunding, beginilah layout kedai kami yang tersusun dengan almari buku dan kaunter yang dibeli di kedai perabot terpakai. Alhamdulillah, bernasib baik dapat almari-almari yang baik dan bagus walaupun terpakai. Tak berapa berani nak invest banyak-banyak untuk infra. Dalam dok jimat rasanya dekat 10k juga habis untuk infra.

Kaunter pun beli yang terpakai. My staf, Kak Lina sedang sibuk key-in daya untuk sistem SmartPOS yang baru dibeli untuk memudahkan urusan pembelian. Senang sikit nanti untuk urusan pengiraan stok, re-order level, diskaun dan sebagainya. Pendek kata, kenala invest sikit untuk sistem bagi memudahkan kerja. Dekat RM 3 ribu juga investment untuk sistem ni.

Jauh beli rak ni. Beli di IKEA. Mula beli satu jer, baru-baru ni terpergi IKEA lagi sekali dan teruja untuk beli lagi satu sebab dah banyak gadjet-gadjet kecil untuk dijual seperti Badges-Brotherhood Arts, Pinkayu-from Indonesia, key chain, sticker-Krafhati, Lil Books-Krafhati, small and cute notebook-Ana Muslim dan macam-macam lagi la. Kalau ikut space tu memang tak muat dah, tapi berjaya adjust juga.

Kedai jadi agak sempit sekarang ni. Dengan pertambahan buku dan juga pertambahan rak, gondola dan meja. Buntu juga memikirkan bagaimana nak desain supaya lebih teratur, kemas dan yang paling penting boleh letak dan display lebih banyak buku supaya dapat tarik perhatian pelanggan untuk memborong sebanyak mungkin buku yang ada.

Novel kanak-kanak di susun atas meja ala-ala meja jepun yang dibeli di Ikea. Meja khusus untuk urusan pembelian t-shirt pun tak muat, akhirnya kena buka dan lipat atas novel-novel remaja. Sedang tengah uruskan dengan MARA untuk permohonan perluasan kedai. Ya Allah, permudahkan urusan kami untuk mendapat sedikit restu dari MARA untuk tujuan ini.

Menceburi bidang bisnes ini sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk menambahkan keyakinan kita kepada kekuasaan Allah. Ya la, tak macam orang "makan gaji", memang dah "confirm" hujung bulan mesti gerenti dapat sekian-sekian gaji. Bila berniaga ni, memang benar-benar tak tahu dari mana datangnya rezeki untuk hari ini, esok, bulan depan dan seterusnya. Tapi tak boleh la buka kedai lepastu tunggu jer orang datang beli. Mestila kena buat promosi ker, dapatkan loyalty pelanggan, ceriakan kedai supaya menarik dan sebagainya.

Salah satu amalan yang baik untuk para peniaga ni ialah mengamalkan solat sunat Dhuha, yang tak berniaga pun digalakkan juga bukan spesifik untuk orang berniaga saja. Tapi setakat ini rasanya masih gagal maintain untuk beramal dengan "constant" dengan solat Dhuha ini. Kena perhebatkan lagi tekad dan usaha serta keyakinan.

2 in 1 sebenarnya Iqra'Books ni, sebab ada jual juga T-Shirt Labuh Muslimah.

Dah habis ruang dalam kedai, terpaksa display T-Shirt Labuh Muslimah ni di ruang legar hadapan kedai. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan.

Aik. Dah habis gambar untuk buat penerangan. Setakat ini saja dulu cerita tentang Iqra' Books. Nak tahu lebih lanjut, silalah berkunjung ke kedai kami.

Labels:

Aug 20, 2008
RFC - Radix Fried Chicken

Aku masih ingat masa kecik-kecik dulu, zaman sekolah rendah rasanya memang pernah berangan nak buka McDonalds dekat Perlis. Entah cemane boleh berangan tak tahula. Mungkin sebab suka makan McD kot.

Masatu KFC pun belum ada lagi di Perlis. Sekarang sudah ada 2 KFC di Kangar, Perlis. Bau rempahnya melimpah-melimpah sampai ke jalanraya. Memang laku. Biasa la tu KFC mana-mana pun laku.

Tapi semenjak era pemboikotan McD dan KFC ekoran keterlibatan sumbangan mereka terhadap Yahudi di Palestin dah tak minat dah nak buka McD atau KFC.

Baru-baru ni heboh pula dengan kewujudan Radix Fried Chicken - RFC. Kecoh sebab satu Malaya (ahli-ahli HPA seluruh Malaysia) pakat serbu RFC sampaikan nak dapat order kena beratur sampai 2 jam. Itupun mujur kalau ayam tak habis.



Alhamdulillah, kami berkesempatan juga manjamu selera di Radix Fried Chicken. Tak kalah dengan KFC. Setanding. Malahan lebih baik. Halalan Toyyiba. Sebab guna ayam organik + makan herba (betul ker?).

Setakat ni baru beroperasi di Sengai Petani. Insha Allah rasanya bakal meletup dan tak mustahil KFC boleh tutup kedai di Malaysia kalau mendapat sokongan rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Non-Muslim pun aku lihat berebut-rebut juga nak rasa RFC. Kini kita punyai alternatif kepada KFC / McD yang sudah lama mendominasi rangkaian kedai makanan segera di Malaysia sejak aku lahir lagi rasanya. RFC bakal mencipta fenomena baru kepada industri makanan segera selepas menakluki pasaran kopi dengan RADIX MaI SECAWAn sebelum ini.



Anda berminat membuka cawangan RFC. Ada RM 1 juta? Minat juga, tapi mana mau cekau RM 1 juta wooooo..jom kita pi tanya bank ada tak yang boleh support?

Labels:

Aug 19, 2008
Konvo, Konvo dan Konvo

Bulan Ogos memang bulan Konvo.

1. Tahniah Salahuddin Al-Hafiz. Graduan Darul Qur'an. Pengajian Tahfiz. Sekarang melanjutkan pejaran di UIA dalam bidang Engineering.

2. Tahniah Nadia (adik ipar). Graduan UKM. Pengajian English. Katanya cadang nak sambung Master.

3. Tahniah Aminah. Graduan USM. Pengajian Kimia. Kejap kata nak sambung Master, kejap kata nak kerja dulu. Apa-apa pun semoga berjaya. Nak join business pun ok gak.

Fakta menarik: Kesemua adik-beradik kami melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berbeza di universiti yang berbeza.

Me - Accounting - UiTM
Khadijah - Syariah - UM
Aisyah - Medic - Ireland
Aminah - Chemistry - USM
Salahuddin - Tahfiz + Engineering - UIA
Balqis - Medic - USIM - sama sket macam Aisyah, tapi abang masih macam tak percaya yang Balqis minat Medic, anyways, semoga berjaya.
Muzaffar - PMR - coming soon

Sorang pun tak sangkut dengan bidang ayah (Agriculture) dan ummi (Physics). Dan juga tak sangkut dengan bidang isteri (Food Science). Langsung tiada kesamaan. Memang tak ngam. Haha.

Nanti abang cari Resume lama abang dulu yang Aminah mintak haritu, asyik lupa jer nak cari.

Kami sempat pergi 2 Konvo saja, Darul Quran dan UKM. USM tak dapat pergi sebab ada urusan lain. Thanks Norliyana sebab offer special seat to my parents untuk konvo Aminah di USM.

2 kali pergi Konvo, maknanya 2 kali jugala pergi Ikea. Tak habis-habis lagi borong meja Jepun untuk letak kat kedai. Lebih 10 buah rasanya borong meja Jepun Ikea. Susah nak carik kat tempat lain, kat Ikea jer jumpa.


Ibah hadiahkan jambangan bunga kepada Alang Nadia


Nadia (hujung sekali, kanan) dengan kawan-kawannya


Me with Salahuddin


Salahuddin with ayah dan ummi


Aminah with ayah and ummi

Labels:

Aug 18, 2008
UiTM Di Hatiku (2)

Hari ni buka blog Mat Jan yang sudah jarang-jarang update, tetibe ada update tentang UiTM Di Hatiku.



Labels:

Aug 15, 2008
UiTM Di Hatiku

Kecoh pula bila MB Selangor mencadangkan dibuka kuota kepada Non-Bumi untuk belajar di UiTM. Samada saranan itu berbaur politik atau berbau bacang atau bernada ikhlas untuk mamacu Bumiputera sedia ada di UiTM, hanyalah beliau yang tahu.

Pelbagai pihak membangkang dan memprotes cadangan tersebut. Yang hairannya bila MRSM dan Matrikulasi membuka atau dipaksa buka kuota 10% kepada Non-Bumiputera, tiada pula bisingnya mereka ini. Yang dengar bising sikit baru-baru ini ialah ketika pemberian kuota 50% kepada Non-Bumiputera untuk pembiayaan belajar ke luar negara. Itupun kerajaan sendiri yang meluluskannya secara senyap-senyap.

So, kalau nak dikata siapa yang mengkhianati bangsa sendiri, siapa dulu yang memulakannya? Baru cadangan dah nak kecoh, itu yang dah tergadai, senyap pula.

Sebagai warga UiTM yang pernah berkampus selama 5 tahun (sekarang pun masih lagi warga kot sebab parents keduanya warga UiTM juga) rasanya ada baik dan buruknya pelaksanaan 10% kuota ini.

Next time sambung....cari idea dulu......

Labels:

PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com