IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Feb 29, 2004

PERCETAKAN SINAR MAWADDAH � SEDIA MENERIMA TEMPAHAN KAD PERKAHWINAN

Lama jugak aku tak berjalan ke Padang Besar. Nama je dok Perlis, tapi nak jejak Padang Besar, setahun sekali pun susah. Ni pun kerana nak carik kad kawin untuk majlis adik tak lama lagi. Kad masa aku kawin dulu pun bukan aku yang beli, ummi yang tolong carikan.

Kali ini kami akan cetak sendiri kad undangan perkahwinan. Apa guna ada syarikat sendiri tapi tak gunakan untuk produce sendiri�

Malam tu jugak, hampir jam 1 pagi, berjaya juga kami siapkan 50 keping kad. Alang-alang nak p KL esok, bawak sekali la 50 keping kad dulu untuk bagi kat adik untuk diagih-agihkan pada kengkawannya.

So, kawan-kawan semua, sapa-sapa yang nak tempah kad kawin boleh la cuba risik-risik dengan kami. Harga boleh runding (dijamin lebih murah dari harga KL). Sila hubungi Sinar Mawaddah Enterprise. No. Telefon : 04-986 7137.


Feb 21, 2004

THIS IS FOR EVALUATION ONLY! (CODE = 1) FILE ACCESS IS DENIED

Tak paham-paham lagi ka? Beli la yang original !!! Bukan mahal pun. RM 999 jer.

UBS Accounting yang aku dok guna kat ofis ni dah melebihi 1000 transaksi rupanya. Buat masa ni terpaksala guna cara manual sementara nak beli yang original. Timing nak jadi pun cukup elok, time kampeni gawat tunai di tangan.

Hanpa jgn dok ingat kampeni kami pakai UBS yang cetak rompak plak. Ianya tak salah tau! Sebab mmg dah jadi polisi UBS untuk membenarkan sesiapa saja guna software depa samada yang dibeli RM 5 kat mana-mana kedai CD atau yang original. Tapi ada limitnya. Takat 1000 transaksi ajer. Sebenarnya ini adalah cara marketing UBS. Depa kasi peluang pengguna guna dan serasikan diri dgn system depa dulu. Then kalu dah serasi dan suka. Belila yang original. Kalu dah sampai buat lebih 1000 transaksi tu takkan tak leh buat keputusan lagi kot�!!!

Tunggu sat nooo.....nanti duit turun....kitorang beli la....!!!




Feb 19, 2004

BESARNYA PAHALA ZIARAH ORANG SAKIT

Sambil menunggu isteri masuk jumpa Doktor Faizah, aku membelek-belek akhbar Berita Harian hari ini. Tertarik dengan satu artikel bertajuk "Hadis: 70,000 malaikat berselawat setiap kali ziarah pesakit". Nak salin hadisnya, tak bawa pen. Balik ofis cuba search guna cermin mata penyelam Google, terjumpa dalam homepage Berita Harian. DIperturunkan sedutan artikel tersebut di bawah utk perkongsian.

RASULULLAH saw bersabda yang bermaksud: �Sesungguhnya Allah akan berfirman pada hari akhirat kelak: �Wahai anak Adam, Aku pernah sakit (di dunia), kenapa kamu tidak menziarahi Aku?�

Berkata hamba itu: �Wahai Tuhanku, bagaimana aku hendak menziarahi Engkau, kerana Engkau adalah Tuhan sekalian alam."

�Allah menjawab: "Tidak tahukah kamu bahawa ada seseorang hambaKu jatuh sakit kerana kamu tidak mengunjunginya?"

�Tidak tahukah kamu, sesungguhnya kalau kamu menziarahinya, nescaya kamu akan dapati pahala-Ku di sisinya.�

Islam menggalakkan umatnya menziarahi mereka yang sakit. Banyak kelebihan yang dijanjikan Allah kepada mereka antaranya pahala kerana mengingati dan sanggup menziarahi mereka yang terlantar dan memerlukan sokongan rakan.

Lebih besar ganjarannya kerana melihat orang sakit dapat memberi keinsafan kepada kita untuk terfikir mengenai betapa hidup ini begitu bermakna dan selagi terdaya lakukan ibadat kepada Allah sebelum dilanda penyakit.

Rasulullah bersabda yang bermaksud : �Sesiapa yang menziarahi seorang yang sakit sentiasalah dia berada dalam tempat penuaian syurga hinggalah dia kembali.�

Baginda ditanya: �Wahai Rasulullah apakah �khurfah� atau penuaian syurga itu?"

Jawab baginda: �Iaitu tempat di syurga yang buah-buahannya hanya tunggu dipetik saja.�
Feb 16, 2004

MEMPERDENGARKAN AL-QUR'AN

Terbaca dalam buku tulisan Dr. Hasan Hj Mohd Ali. Ibubapa atau bakal ibubapa digalakkan memperbanyakkan bacaan al-Qur�an. khususnya surah-surah berikut :

[-] Al-Fatihah
[-] Yusuf
[-] An-Nahl
[-] Luqman
[-] Yaasin
[-] At-Taubah

Kalu tak larat baca, pasang aje la MP3 atau Kaset Qur�an.


Feb 14, 2004

KERJA SAMBIL BACA BLOG

Hari ni sambil sediakan format Excel untuk tuntutan bayaran projek, sempat menelaah hampir khatam 1 blog :

http://andaikaumenjadiaku.blogspot.com

Yang baik ambil sebagai teladan, yang buruk jadikan sempadan. Bagiku blog ada peranan dalam menasihati bagi yang mahu mengambil pengajaran.


Feb 9, 2004

TAFSIR AL-AZHAR

Usai solat Maghrib, buat kali kedua aku menyelak-nyelak helaian Tafsir Al-Azhar Jilid 1 karangan Prof. Dr. Hamka. Hasrat di hati ingin memulakan pembacaan Himpunan Tafsir Al-Azhar yang kuhadiahkan sebagai hantaran buat isteri tercinta lewat sidang perkahwinan kami tahun lepas.

Menurut apa yang ku baca,Tafsir Al-Azhar adalah antara tafsir Qur�an ulung yang dihasilkan oleh ulama� Nusantara iaitu Prof. Dr. Hamka dari Indonesia.. Antara lain tafsir Qur�an yang dihasilkan kebanyakannya oleh ulama� berbangsa Arab seperti Tafsir Fi Zilalil Qur�an yang dihasilkan oleh Syed Qutb dan Al-Asas Fit Tafsir karangan Said Hawa. Dan yang menarik dan hebatnya ialah ketiga-tiga penulis Tafsir tersebut menulis Karya Tafsir masing-masing semasa mereka berada dalam tahanan penjara! Masha Allah�.!!!

Nak citer banyak pun, aku baru jer nak baca. Tak tau la boleh istiQamaH ke idak? Harapnya boleh la�����:)

Sebelum tu macam biasala�.aku ni kan suka promote buku yang ada dalam simpananku, so promosi kali ini ialah:

Nama Karya : Tafsir Al-Azhar
Mukasurat : Jilid 1 � 10 (melebihi 8000 mukasurat) � Kulit Tebal
Karyawan : Prof. Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura
Harga : dah lupa la plak�antara RM 400 � 500 kot�.

Sekian. Terima Kasih.


Feb 6, 2004

BAITUL MUSLIM.......

Seringkali persoalan ini diutarakan dan kadang-kadang berlegaran dalam pemikiran kita, apakah bentuk atau ciri-ciri rumah yang menepati sunnah Rasulullah s.a.w. (Baitul Muslim). Sesungguhnya ciri terpenting Baitul Muslim ialah menggalakkan kebahagian dan ketenangan sesuai dengan sifat Islam itu sendiri.

Hadis Nabi.
"Kegembiraan itu mempunyai 4 unsur: isteri yang solehah, rumah yang lapang, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa" Riwayat Ibn Hibban.

Sekian untuk posting kali ini. Apesal hah takde idea nak post kat sini ek ? Petikan kat atas tu diambil dari Majalah I . Nak baca, belilah Majalah I keluaran Feb 2004.

PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com