IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Jul 28, 2004

ULANGTAHUN KE-2

Aku dilahirkan di Taiwan. Lalu dihanyutkan merentasi lautan, akhirnya tiba di sebuah negara yang bernama Malaysia. Satu hari aku di bawa menyertai sebuah pesta di PWTC, Kuala Lumpur. AKu masih ingat lagi tarikh itu, 28 Julai 2002, aku telah dijual oleh majikanku House of Notebook kepada seorang pemuda dengan harga RM 3,699. Selepas memilikiku, pemuda itu membawaku pulang ke Ipoh, Perak. Aku dimaklumkan yang tuan baruku itu bekerja di sebuah firma audit di bandaraya Ipoh.

Tak sampai 3 bulan di Ipoh, aku di bawa oleh pemuda itu berhijrah ke Alor Setar pula. Katanya bekerja dengan firma takaful pula. Hmmm. Ikut aja la.......Pun tak sampai 3 bulan, aku di bawa pulang ke kampung halaman pemuda tersebut di Arau. Lalu menetaplah aku di sana sehingga hari ini. Sedar tak sedar, genap hari ini 28 Julai 2004, dah 2 tahun aku berkhidmat dengan pemuda itu. Alhamdulillah dengan kudrat yang ada, aku masih dapat menjalankan tugas dengan baik, walau kadang-kadang tu sampai tak tidur 24 jam.

Pernah sekali sahaja aku dibawa untuk pembaikian akibat kecederaan kecil. Mujurlah masa tu masih dalam tempoh waranti. Rasanya itu sahaja yang dapat saya ceritakan tentang diri saya ini. Saya amat bersyukur, kerana masih dipanjangkan usia untuk berbakti kepada tuan saya yang sungguh saya kasihi.

Kalau saya dah tiada nanti, siapa lagi yang dapat membantu tuan saya untuk menulis catatan-catatan beliau dalam blog yang korang sedang baca ini. Kesian pulak kat dia nanti. Apapun, hidup mesti terus. Selamat menyambut ulangtahun ke-2 buat diri sendiri yang bernama Compaq Presario 700.
Jul 27, 2004

PASSWORD OH PASSWORD

Perbankan Internet ternyata memudahkan urusan seharian kita. Transaksi urusniaga boleh dilakukan di rumah atau di pejabat. Dulu kita hanya ada satu password untuk akses di Mesin ATM. Sekarang bila nak pakai Perbankan Internet, kena ada satu lagi password. Tak boleh password yang ada nombor sahaja. Kena ada kombinasi abjad dan nombor. Ini memang satu masalah besar bagi mereka yang pelupa, terutamanya aku.

Semalam aku dapat mesej nie, selepas cuba beberapa kali nak login.

You have reached the maximum number of password tries. Your Maybank2u.com account has been blocked. Please contact our customer service at 03-2072 7788

Haha. Masuk nie rasanya dah 3 kali aku kena call HQ Maybank mintak depa reset password lama aku dan setiap kali itu lah aku kena register semula. Tension betul. Berapa banyak password kena ingat da………..!!!
Jul 25, 2004

EKSPO PENTERNAK & PELADANG KEDAH 2004

Seronok melihat pelbagai produk makanan yang dihasilkan oleh orang Melayu kita di Ekspo siang tadi. Packaging pun boleh tahan dan boleh bersaing dalam pasaran. Tapi satu jer yang aku musykil, produk-produk tersebut seperti yang dikeluarkan oleh FAMA, MARDI, AGROMAS, Jabatan Pertanian dan etc itu, jarang kita nak nampak ada dalam pasaraya-pasaraya apatah lagi kedai-kedai runcit. Kat mana ek depa jual produk-produk tersebut? Takkan jual masa ekspo jer? Rugila macam tu.......Aku rasa la, nie mesti slack dekat distribution dan marketing. Pandai buat jer tak cukup kalu tak berapa reti nak pasarkan produk yang kita hasilkan itu. Sayang seribu kali sayang.

musaFir : Pandai komen jer.......:-)
Jul 24, 2004

SEMINAR

Lama dah tak pergi seminar. Hari nie berpeluang menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perlis - Seminar Pelan Induk Industri & Pembangunan Perniagaan Negeri Perlis. Ada 4 panel bagi pembentangan. Tapi aku dengar 2 jer. Tahniah kepada En. Saffie Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Pengilang-Pengilang Negeri Perlis yang membentangkan kertas kerja yang cukup bagus dan kritis tentang Halangan, Strategi dan Prospeok Perindustrian Negeri Perlis.

Antara HALANGAN-HALANGAN yang disebutkan dalam kertas kerja tersebut ialah :

- kekeliruan mengenai dasar pemilikan saham (equity policy)
- keyakinan (confident) pelabur-pelabur
- keluasan tanah tapak kilang di kawasan perindustrian sedia ada
- promosi dan kekurangan maklumat mengenai pelaburan di negeri Perlis
- insentif dan lokasi yang tidak menarik (locational disadvantage)
- kekurangan insentif oleh kerajaan negeri Perlis- karenah birokrasi

Nota : Maaf kepada staf kampeni aku sebab tak sempat bagi gaji korang hari nie. Hari Isnin nantila ek..!! Terkurung dalam dewan seminar.
Jul 17, 2004

WAT A TOUCHING STORY
 
Rencana di bawah ini di cut & paste dari blog http://naohitofujiki.blogspot.com/ yang katanya di dapatinya dari kiriman emel seperti petikan kata-katanya wat a touching story i got from e-mail.....

 -----------
 
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata....isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.
 
Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak,apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.
 
Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarangsaya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mulasaya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitabpertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
 
Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma,afál. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak,isteri atau suami. Bagaimana? 
 
Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam,kerana fikiran bawah sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putus kan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
 
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan,bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
 
Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.
 
Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar olehjiran,apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah punyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya ke halaman rumah, mahu merenung langit malam,satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini,kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.
 
Saya bertekad dalam hati,Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama' nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujudmenyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan, keyakinan, kesetiaandan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.



UTUSAN MALAYSIA HARI INI
 
Hari ini Sabtu ketiga. Ofis aku tidak cuti. Suratkhabar kat bawah tu tiada sebab kedai tu pun tutup jugak macam pejabat kerajaan. Terpaksa online baca Utusan Malaysia secara maya.
 
Tertarik pada 2 berita
 
1. Kelab Islam Hadhari ditubuh di semua pusat pengajian tinggi - Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
2. Peluk isteri 10 saat, panjang umur lima tahun - Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah  

Jul 16, 2004

BULAN MEMBACA KEBANGSAAN
 
TEMPOH                 : 1-31 JULAI 2004
ISU BERULANG    : Rakyat Malaysia didapat hanya membaca 2 buah buku setahun
 
Tak pasti pula aku, data tahun bila untuk statistik yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun. Yang pastinya bila timbul isu membaca, statistik ini akan diHIGHLIGHTkan untuk menunjukkan betapa MALASnya rakyat Malaysia membaca. Apa neraca yang digunakan untuk mengukur tahap pembacaan rakyat Malaysia? Itu pun aku tak tahu….

Tapi bila kita lihat di kedai buku, yang banyaknya adalah majalah hiburan, cerita misteri dan seks. Tak dinafikan ada juga majalah info dalam pengkelasan tertentu seperti IT, keluarga, pendidikan, pengetahuan am dan profesionalisma tertentu. Tapi rasanya majalah berbentuk hiburan ini lebih mendominasi pasaran lebih 2/3 dari pasaran majalah keseluruhannya.

Berakhirnya riwayat majalah MASSA menunjukkan betapa payahnya majalah bermaklumat untuk survive di Malaysia. Sukar untuk menjamin hayat sesuatu majalah seperti ini untuk bertahan dalam pasaran. Kalau dahulu kita ada majalah DETIK, SIASAH, AGAMA & FALSAFAH, EKSKLUSIF, TAMADUN dan banyak lagi. Tapi semua majalah itu tak dapat bertahan lama. Tak dinafikan ada juga yang dapat bertahan seperti Dewan Masyarakat, Kosmik, I, Anis dan lain-lain yang agak boleh bertahan kerana ditunjangi oleh syarikat penerbitan yang kukuh seperti Karangkraf.  Itu pun sebab syarikat itu mengeluarkan juga majalah berorientasikan hiburan. Boleh la support sikit.
Jul 12, 2004

XPLORE G88

Pagi td bos tunjuk kat aku XPLORE G88 yang dia baru beli. Ni yg jeles nih. Hehe. Dulu ada gak aku dok ushar gejet tu. Tapi rasanya aku lebih geram kat Sony Ericson P900. Takper 2x. Sampai masanya dapatla kau merasa. :-). Insha Allah.


Jul 6, 2004

JUBLI PERAK

Masa terus berlalu. Tanpa menghiraukan kita yang terleka. Tiada kata harus kunyatakan. Apa yang telah berlalu, tak mungkin akan menjelma semula. Hari esok yang mendatang, perlukan bekalan buat menharungi perjalanan. Lebih-lebih lagi buat seorang musaFir. Perjalanan atas dunia adalah semata satu jangkamasa mencari dan mengumpul bekalan buat penghidupan yang abadi. Nun di sana. Abadi selamanya. Negeri akhirat yang kekal abadi.

Selamat Hari Keputeraan buat diri sendiri. Hari Keputeraan Sultan, biasanya cuti umum bagi negerinya. Tapi kalu Hari Keputeraan Diri sendiri macam mana plak ek ?
Jul 1, 2004

JOM LAWAN

Bosan ek..!!! Jom kita tengok orang lidi lawan nak !!!
(Tak ingat dapat kat mana...sori buat pengirim)



Satu lagi. Selamat UlangTahun buat adikku Wan Khadijah. Semoga sihat-sihat selalu dan berbahagia di samping suami tercinta.
PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com