IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Apr 24, 2005

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2005

Tarikh : 23 April - 2 May 2005
Veneu : PWTC
Moto : Buku Memperkaya Minda
Website : www.klibf.com

Teman berkesempatan untuk menjengah, meninjau dan melilau ke Pesta Buku kali ini, rasanya buat kali pertama mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur saban tahun. Hajat utama adalah untuk melihat dan membuat tinjaun serta berkenalan dengan penerbit-penerbit buku di Malaysia khususnya dan antarabangsa amnya dalam usaha untuk meninjau satu kemungkinan menjayakan idea menubuhkan satu galeri buku online seperti Amazon.com. Lawat laman ini:ONE-STOP ONLINE BOOKS GALLERY

Impian Pesta Buku Antarabangsa 2006 - kumpul duit untuk shopping sakan buku, sekurang-kurangnya menghabiskan RM 800 untuk mendapatkan pelepasan cukai LHDN.
Apr 23, 2005

KE KL

Jom pi KL. Lama dah tak pi KL naik bas.

Agenda:

1. Kenduri kahwin teman UiTM - Syahrul Zaman & awek dia
2. Pesta Buku Antarabangsa 2005 - PWTC
3. Beli Dokumen Tender kat KWSP
4. Jumpa member-member lama UiTM
5. Lepak dan tidor kat rumah bujang member berhampiran Sheraton Hotel – kalau nak rasa bujang kembali, berkawanlah dengan member-member bujang. Bagi yang masih bujang, kalau nak kahwin cepat, berkawanlah dengan member-member yg dah kawin.
Apr 15, 2005

THUMB DRIVE PULAK HILANG

Thumb Drive pula hilang.... Adus. Banyak data penting dalam tu. Sapa jumpa abang kasik hadiah !!!
Apr 14, 2005

NOTEBOOK ROSAK

sejurus ON tak sampai 7 saat ia OFF semula. Nak try buka, tak tercabut la pulak panel penutup kat bawah tu. Hmmm....nak hantar kedai.....emm...nanti la. Takut untuk terima hakikat ia mengalami kerosakan teruk. Oh tidak...!!!
Apr 13, 2005

BILANGAN PENGGUNA JALUR LEBAR MASIH RENDAH - TM NET

Datuk Baharum Salleh, CEO TM Net Sdn Bhd dalam Utusan Malaysia hari ini berkata Kadar pengguna jalur lebar di seluruh Negara pada ketika ini dianggarkan berjumlah 300,000 orang yang disifatkan sebagai kecil berbanding bilangan penduduk di Malaysia. Sehubungan dengan itu Tm Net menyasarkan untuk menggandakan jumlah pelanggan jalur lebarnya tahun ini.

Komen:

Pak mertua aku apply Stremyx dekat 2 bulan dah. Sampai hari nie masih tiada sambungan dibuat. Nak gandakan jumlah pelanggan macamana kalau kualiti servis pun lembab, nie mesti kes CEO tak turun padang tengokorang bawah buat kerja atau orang bawah bagi laporan salah kepada CEO.
Apr 11, 2005

PLASTIK LUTSINAR DAN POWER POINT

Prof. Datuk Dr. Mohd Salleh Mohd Yasin, Naib Canselor UKM dalam Sisipan Pendidikan Bestari, Utusan Malaysia dipetik menegur sikap segelintir pelajar di universiti yang malas mencatat nota kuliah, sehinggakan, "Ada yang meminta plastik lutsinar atau persembahan power point pensyarah untuk dibuat salinan fotokopi".

Komen:

1. OK la tu. Memang pelajar tu malas, tapi dia bijak. Sebab masa pensyarah bagi penerangan dia dapat tidur tumpukan sepenuh perhatian kepada syarahan pensyarah tersebut. Tak de la terkulat-kulat salin bait-bait perkataan pensyarah dan lebih malang bila nak exam tak baca pun nota dia sendiri, sebab dia pun tak paham, sebaliknya menggunakan nota rakan lain atau nota fotostat rakannya yang pinjam nota dari pensyarah tersebut.
2. Pensyarah kami semester lepas, terbalik pulak, mintak dari pelajar persembahan power point pelajar untuk simpanan beliau.
PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com