IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Aug 28, 2004

PERCUMA! TAPI MENYUSAHKAN
PERCUMA! TAPI ADA KOS


Siapa yang tak nak bila ditawarkan secara percuma penginapan 3 hari 2 malam di Pulau Tioman atau 2 hari 1 malam di puncak Bukit Tinggi. Syaratnya mudah ajer. Datang dengar taklimat selama 60 minit di tempat yang telah ditetapkan. Tapi hati masih sangsi, mana boleh senang-senang jer dia nak kasik free, mesti ada muslihat tersembunyi walau diyakinkan oleh mereka bahawa tiada tipu-helah.

So, pada hari yang dijanjikan, terpacakla kami di Kelab Golf Darulaman. Wah. Memang betul la....dia kasi free gitu ajer voucher tu kat kami. Tiada syarat tambahan walau dalam sesi "kaunseling" (aku panggil kaunseling sebab yang deal dgn kami adalah Vacation Counsellor) tersebut, mereka ada offer pakej keahlian untuk kelab hotel mereka. Pakej yang boleh dikatakan agak mewah sebab hotel depa semua 5 star punya. Tapi pakejnya pun mahal nak mampuih, mencecah lebih RM 20,000, siap boleh bayar installment lagi….tapi Vacation Counsellor tu takdela promote giler sangat sampai pujuk rayu. Agaknya depa silap prospek kot....haha. takpela. Whatever pun, voucher tu dah jd milik kami. Tapi valid 3 bulan ajer. Dahle tu, Weekend-Jumaat & Sabtu dan School Holiday tak valid plak. FREE tapi MENYUSAHKAN.

Tapi lepas calculate balik semula, berbaloikah membuat satu trip percutian dengan SENGAJA hanya disebabkan dah dapat FREE penginapan. Tioman nun di sana. Bukit Tinggi pula tinggi melangit di sana. Rupanya benda FREE nie pun ada KOS sebenarnya. Cumanya samada kita nampak dan sedar atau tidak ajer.

So, adakah aku tertipu?
Aug 17, 2004

INVESTMENT GAME

RM 250,000 untuk dimenangi. Modal permulaan sebanyak RM 100,000 diberikan untuk diurustadbir bagi menjana portfolio amanah saham. Peserta dengan nilai portfolio yang terbanyak akan dipilih sebagai pemenang pada tarikh penilaian 29 Julai 2005. Sila ke laman web INVESTMENT GAMEuntuk maklumat lanjut.

Di samping itu anda harus membeli majalah Personal Money untuk menyertai permainan ini.

Aug 16, 2004

CERAMAH PERKESO

Ingatkan kena panggil sebab ada buat kesilapan dalam penyediaan caruman PERKESO. Rupanya depa nak bagi taklimat dan penerangan tentang SKIM PERKESO. Dapat jugakla serba-sikit maklumat yang sebelum nie tak tahu dan malas nak baca dalam buku panduan.
Aug 8, 2004

PC FAIR 2004: CANON I865, OLYMPUS C-310, KONICA MINOLTA E323

Tarikh: 8 Ogos 2004
Venue: PC FAIR, PISA, Penang

PC FAIR yang diadakan telah menyebabkan aku terpaksa berbelanja hamper RM 1,500 bagi memenuhi kehendak yang bersarang di jiwa. 2 unit digital camera dan seunit printer akhirnya menjadi milik kami.

Printer Canon i865
Harga offer: RM 478 untuk Trade-In, tapi aku x bawa apa-apa printer untuk di Trade-In, kena tambah RM 22 menjadikan RM 500 : Harga asal 728. Yang bestnya dapat Free Gift yang kononnya bernilai RM 113 berupa beg “sekolah” Adventure Bagpack / 10 keping Imation Printable Cd-R & 1 pack Canon Photo A4 Paper

Olympus C-160RM
699 tapi dapat kurang hingga RM 670
3.2MP
2.5 digital zoomMovie Recording
Free: 64 XD Card / Battery Kit / 400 keping cucian gambar di kedai depa

Konica Minolta Dimage E323
RM 899 tapi dapat kurang hingga RM 880
3.2MP3x optical zoom & 4x digital zoomMovie Recording
Free: 128MB SD Card / Tripod / Battery Kit

Berikut disertakan sedikit analisa bagi model model lain yang mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dgn kamera yang kami beli : Konica Minolta Dimage E323. Kesemuanya mempunyai keupayaan untuk record movie.

Olympus C-310
RM 999
3.2MP
3x optical & 3.3x digital zoom

Kodak EasyShare CX 7330
RM 839
3.0MP3x optical zoom & 3.3 digital zoom

Finepix A330
RM 8883.2MP
3x optical zoom & 1.6x digital zoom

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kedai-kedai berhampiran. Selagi stok masih ada.
Aug 2, 2004

KERJA RUMAH PELAJAR DI MALAYSIA HANYA BAZIRKAN MASA, kata penyelidik Australia

Di petik dari Agendadaily

Pelajar di Malaysia menghabiskan masa pada purata 3.8 jam sehari untuk membuat kerja rumah dan perkara itu hanya membazirkan masa, menurut sekumpulan pengetua dan penyelidik Australia. Mereka menyatakan kerja rumah patut dikecualikan bagi kanak-kanak sehingga Tahun 9, kerana ia menjejaskan zaman kanak-kanak, menyebabkan pertengkaran dalam keluarga dan tidak meningkatkan pencapaian pendidikan mereka.Itu merupakan pendapat ahli psikologi remaja Michael Carr-Gregg dan beliau disokong oleh Persatuan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Victoria dan Majlis Penyelidikan Pendidikan Australia.

Nota musaFir : pelik juga tengok sekarang nie, budak darjah 1 dah mula di hantar ke tuisyen oleh ibubapa. keprihatinan ibubapa terhadap pencapaian anak-anak dilihat sebagai satu trend yang positif dan menggalakkan. namun, fokus yang keterlaluan dalam usaha memberikan pendidikan yang baik supaya anak dapat score dengan cemerlang dalam peperiksaan ditakuti meninggalkan implikasi yang negatif dari sudut lain. minda anak-anak akan lebih bertumpu mengikut orientasi peperiksaan. padahal banyak lagi skil-skil lain dalam diri anak-anak tersebut yang boleh dan perlu dicungkil dan diasah.
Aug 1, 2004

LUMBA JALAN KAKI

Gambar di bawah diambil dari web lizawati. Pinjam gambar sat ek!!!




PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com