|
| Mar 5, 2009 |
| Penulis Bestseller Prof. Kamil ceramah di UiTM Perlis |
Alhamdulillah, pagi tadi sempat dapat menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Prof. Kamil di UiTM Perlis. Dapat tahu pun bila baca blog Prof. Kamil walaupun sepatutnya tahu lebih awal sebab ayah dan ummi memang bertugas di UiTM Perlis, ternyata medium berita on-line/blog lebih pantas dari medium komunikasi konvensional.
 Kebelakangan ni, biasanya lepas Subuh, 5 top website yang saya buka untuk rujukan santai dan motivasi harian ialah Mstar, Utusan, Harakahdaily, blog Prof. Kamil dan blog UniversitiPTS. Then buka website bisnes kami Tshirtlabuhmuslimah, BukuOnline dan QuranOnline tengok-tengok order pelanggan. Kalau ada masa akan jengah-jengah website Zaharuddin.Net dan SaifulIslam.com (kami juga ada letak iklan bisnes kami di website popular ni).
Apa lagi bila dapat tahu Prof. Kamil nak datang ceramah di Perlis, terus call En. Zulkimy PTS minta beliau hantarkan stok buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah. Sambil tu buat surat kepada UiTM Perlis minta kebenaran untuk buat jualan buku. Prof. Kamil sememangnya dah bersetuju dan siap offer khidmat autograf lagi kepada pembeli-pembeli buku beliau.
Alhamdulillah, semua buku tulisan Prof. Kamil (Travelog Haji-51 buah dan Travelog Dakwah-50 buah) habis licin, hanya berbaki 5 buah buku Travelog Dakwah dalam tempoh tak sampai 3 jam.

Semasa pendaftaran, sebelum ceramah bermula
Sewaktu ceramah berjalan
Selepas ceramah
Psiko sket, buat offer 3 buah buku RM 50, semua pakat ambil sorang satu set :-) Lepas Prof. Kamil sign autograf dekat buku pembeli, kami apa lagi, mestila nak bergambar dengan Prof, selama nie dok baca ja blog Prof dan dok jual buku Prof ja, akhirnya dapat juga bergambar dengan Prof. Kamil (kami tak da Astro kat rumah, so memang tak pernah dengar langsung Prof. bagi ceramah).
Walaupun apa yang Prof sampaikan dalam ceramah adalah seperti yang diceritakan dalam buku Travelog Haji, tapi bila dengar ceramah auranya lebih menusuk kalbu, menginsafkan dan bisa mengalirkan air mata bila diceritakan tentang kebesaran Allah berbading kekerdilan kita sebagai manusia. Sangat terkesan dengan konsep DOA yang dihighlightkan penceramah sebagai senjata yang Allah bagi percuma untuk kita gunakan cumanya kita sahaja yang tak mahu menggunakan senjata yang cukup ampuh itu dalam kehidupan kita.
Ringkas Tapi Signifikan. Saya sukakan tag itu. Ceramah Prof membuka ruang fikir untuk refresh semula azam-azam yang tertangguh yang ingin dicapai.
- DOA - tahu memang ia satu senjata ampuh, tapi cukup liat dan malas untuk menadahkan tangan, merayu pada yang MAHA BERKUASA. Lepas solat pun tak berapa rajin nak DOA.....ish..ish...
- Solat Sunat Dhuha - dah lama berazam nak iltizam dengan solat sunat Dhuha ni, tapi tak berapa nak berjaya...memang best dengar Prof baca doa Dhuha tadi, ada tulis dalam buku Prof rasanya, tak pun nanti kita Google kan je la cari....ingat nak hafal la doa tu
- Baca Qur'an consistency - ini pun satu cabaran, come on....
- Tahajjud - oh ! Tak kan nak tahajjud masa program qiyamullail jer.....Wait !! Settlekan 5 waktu solat berjamaah di masjid dulu, dah makin merosot nampaknya...
- dah..dah....banyak sangat nanti semua terlingkup.
Nota: Prof, lepas ni kalau Prof. datang bagi ceramah di sebelah utara ini, kami nak ikut sama tolong jual buku-buku Prof. :-). Sekali event boleh jual 100 buah buku kira ok la tu. :-)Labels: bisnes, books |
|
|
|
| Mar 3, 2009 |
| Perasmian Plaza Kangar oleh Menteri Usahawan |
Setelah hampir setahun beroperasi, akhirnya Plaza Kangar tempat di mana IQRA' BOOKS beroperasi telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
Terima kasih Datuk Menteri kerana sudi melawat ke IQRA' BOOKS. Beliau mencadangkan kami expand dalam bisnes stationary (ada dalam master plan kami) sebab ada pembiayaan francasi di bawah agensi kementerian beliau. Sempat menghadiahkan beliau buku Travelog Dakwah kepada Datuk Noh Omar, mana tahu kot-kot beliau boleh promote kat rakan-rakan menteri yang lain.
 Sebelum Datuk Noh Omar datang melawat IQRA' BOOKS, borak-borak dengan Pengarah UiTM Perlis, Dr. Hamidi dan Koordinator MEDEC, Dr. Amran. Diorang datang terima serahan KIOSK oleh MARA kepada UiTM untuk siswa belajar selok-belok perniagaan dalam kampus. Saja risik-risik kot ada peluang bisnes dalam UiTM (tempat bermain kira-kira dulu). Next week Insha Allah, kami akan usahakan satu proposal bisnes dalam kampus UiTM Perlis.

 Labels: bisnes |
|
|
|
| Dec 26, 2008 |
| Mobile Number Portability (MNP) |
Ayat bangga.......
Congratulations! Your CELCOM service has been activated. Pls insert your CELCOM SIM Card now to start enjoying the Fastest Network, Widest Coverage & Best Rates.
Ayat sedih tapi cover.......
We acknowledge your request to move. Thank you for being with Maxis and we hope to serve you again in the future. For further queries, please call 1800 821 123.
\Labels: bisnes |
|
|
|
| Dec 20, 2008 |
| Selamat Pengantin Baru (2) |
Selamat Pengantin Baru kepada adikku Wan Aisyah dan "adik ipar" Shahrir Rizal.

 
Unit multimedia majlis perkahwinan....speaker tak power langsung.....harap notebook jer kecikLabels: bisnes, famili |
|
|
|
| Nov 30, 2008 |
| Dinar Kelantan - Pelaburan Emas |
Alhamdulillah, baru-baru ni dok survey mengenai pelaburan emas dan kebetulan masa tu harga emas boleh la dikatakan agak jatuh jugakla. Berbekalkan sedikit peruntukan, saya berjaya membeli 3 keping dinar emas kelantan (Refer:www.dinarkel.com) dengan harga setiap keping - RM 372.30 pada tarikh 13-11-2008.
Hari ni bila semak harga semasa dinar emas kelantan, wau.....harganya pada hari ini - 30-11-2008 dan kalau di jual sekarang ialah RM 404.20.
Kalau jual boleh untung RM 31.90 setiap syiling dinar emas kelantan. Rupanya harga masa beli tu memang murah giler, dan masatu baru jer nak belajar-belajar melabur dalam emas, jadi tak berani la beli banyak-banyak.
Kalau la masatu saya beli 50 keping, dan kalau dijual hari ini. Wau....50 keping x RM 31.90 = RM 1,595.00 dalam masa 17 hari jer. Boleh buat beli laptop masa PCFair next week. Hehe.
Harga dinar emas kelantan pada hari ini RM 424.20. Naik mendadak dalam masa tak sampai sebulan. Aku letak target kalau harganya jatuh bawah paras RM 400, ingat nak beli sedikit lagi.
Sekian pelajaran mengenai emas pada malam ini.Labels: bisnes |
|
|
|
| Oct 14, 2008 |
| Khatam 2 buah buku |
Hari ini terlepak kat kedai, sempat habiskan 2 buah buku terbitan syarikat Azizi Ali. Buku teknikal yang ringkas dan padat untuk mereka yang berminat mengetahui tentang tajuk berkenaan. Harga sebuah RM 19.90.
 
Labels: bisnes |
|
|
|
| Aug 22, 2008 |
| Selamat Datang ke Iqra' Books |
Semalam tetiba jer terasa nak tangkap gambar kedai, sebenarnya untuk buat proposal kepada MARA untuk membuat partition di bahagian ruang legar di hadapan kedai. Dah ada gambar tu, elok juga saya bercerita sedikit tentang kedai kami di Plaza Kangar. Rasanya belum pernah tulis entry lagi tentang kedai semenjak di buka Mac 2008 yang lalu. Elok juga buat khazanah artikel dalam blog nih.
Alhamdulillah, akhirnya IQRA' BOOKS beroperasi di Plaza Kangar tanggal Mac 2008 yang lalu. Tak sangka dah hampir 6 bulan kami beroperasi di tempat baru ini.

Selamat datang ke IQRA' BOOKS
Berkeluasan 500 kaki persegi. Sebelum masuk dulu rasa macam luas, tapi bila stok buku semakin bertambah dari bulan ke bulan, terasa sempit pula. Alangkah syoknya kalau dapat beroperasi dengan keluasan seperti MPH atau Popular atau Borders yang luasnya berkali-kali ganda rasanya.
Sebelum kami masuk kedai, banyak kali juga merayau-rayau ke kedai buku sampai ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan idea untuk susun-atur kedai. Akhirnya tanpa bantuan pakar perunding, beginilah layout kedai kami yang tersusun dengan almari buku dan kaunter yang dibeli di kedai perabot terpakai. Alhamdulillah, bernasib baik dapat almari-almari yang baik dan bagus walaupun terpakai. Tak berapa berani nak invest banyak-banyak untuk infra. Dalam dok jimat rasanya dekat 10k juga habis untuk infra.
Kaunter pun beli yang terpakai. My staf, Kak Lina sedang sibuk key-in daya untuk sistem SmartPOS yang baru dibeli untuk memudahkan urusan pembelian. Senang sikit nanti untuk urusan pengiraan stok, re-order level, diskaun dan sebagainya. Pendek kata, kenala invest sikit untuk sistem bagi memudahkan kerja. Dekat RM 3 ribu juga investment untuk sistem ni.
Jauh beli rak ni. Beli di IKEA. Mula beli satu jer, baru-baru ni terpergi IKEA lagi sekali dan teruja untuk beli lagi satu sebab dah banyak gadjet-gadjet kecil untuk dijual seperti Badges-Brotherhood Arts, Pinkayu-from Indonesia, key chain, sticker-Krafhati, Lil Books-Krafhati, small and cute notebook-Ana Muslim dan macam-macam lagi la. Kalau ikut space tu memang tak muat dah, tapi berjaya adjust juga.
Kedai jadi agak sempit sekarang ni. Dengan pertambahan buku dan juga pertambahan rak, gondola dan meja. Buntu juga memikirkan bagaimana nak desain supaya lebih teratur, kemas dan yang paling penting boleh letak dan display lebih banyak buku supaya dapat tarik perhatian pelanggan untuk memborong sebanyak mungkin buku yang ada.
Novel kanak-kanak di susun atas meja ala-ala meja jepun yang dibeli di Ikea. Meja khusus untuk urusan pembelian t-shirt pun tak muat, akhirnya kena buka dan lipat atas novel-novel remaja. Sedang tengah uruskan dengan MARA untuk permohonan perluasan kedai. Ya Allah, permudahkan urusan kami untuk mendapat sedikit restu dari MARA untuk tujuan ini.
Menceburi bidang bisnes ini sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk menambahkan keyakinan kita kepada kekuasaan Allah. Ya la, tak macam orang "makan gaji", memang dah "confirm" hujung bulan mesti gerenti dapat sekian-sekian gaji. Bila berniaga ni, memang benar-benar tak tahu dari mana datangnya rezeki untuk hari ini, esok, bulan depan dan seterusnya. Tapi tak boleh la buka kedai lepastu tunggu jer orang datang beli. Mestila kena buat promosi ker, dapatkan loyalty pelanggan, ceriakan kedai supaya menarik dan sebagainya.
Salah satu amalan yang baik untuk para peniaga ni ialah mengamalkan solat sunat Dhuha, yang tak berniaga pun digalakkan juga bukan spesifik untuk orang berniaga saja. Tapi setakat ini rasanya masih gagal maintain untuk beramal dengan "constant" dengan solat Dhuha ini. Kena perhebatkan lagi tekad dan usaha serta keyakinan.
2 in 1 sebenarnya Iqra'Books ni, sebab ada jual juga T-Shirt Labuh Muslimah.
Dah habis ruang dalam kedai, terpaksa display T-Shirt Labuh Muslimah ni di ruang legar hadapan kedai. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan.
Aik. Dah habis gambar untuk buat penerangan. Setakat ini saja dulu cerita tentang Iqra' Books. Nak tahu lebih lanjut, silalah berkunjung ke kedai kami.Labels: bisnes |
|
|
|
| Aug 20, 2008 |
| RFC - Radix Fried Chicken |
Aku masih ingat masa kecik-kecik dulu, zaman sekolah rendah rasanya memang pernah berangan nak buka McDonalds dekat Perlis. Entah cemane boleh berangan tak tahula. Mungkin sebab suka makan McD kot.
Masatu KFC pun belum ada lagi di Perlis. Sekarang sudah ada 2 KFC di Kangar, Perlis. Bau rempahnya melimpah-melimpah sampai ke jalanraya. Memang laku. Biasa la tu KFC mana-mana pun laku.
Tapi semenjak era pemboikotan McD dan KFC ekoran keterlibatan sumbangan mereka terhadap Yahudi di Palestin dah tak minat dah nak buka McD atau KFC.
Baru-baru ni heboh pula dengan kewujudan Radix Fried Chicken - RFC. Kecoh sebab satu Malaya (ahli-ahli HPA seluruh Malaysia) pakat serbu RFC sampaikan nak dapat order kena beratur sampai 2 jam. Itupun mujur kalau ayam tak habis.

Alhamdulillah, kami berkesempatan juga manjamu selera di Radix Fried Chicken. Tak kalah dengan KFC. Setanding. Malahan lebih baik. Halalan Toyyiba. Sebab guna ayam organik + makan herba (betul ker?).
Setakat ni baru beroperasi di Sengai Petani. Insha Allah rasanya bakal meletup dan tak mustahil KFC boleh tutup kedai di Malaysia kalau mendapat sokongan rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Non-Muslim pun aku lihat berebut-rebut juga nak rasa RFC. Kini kita punyai alternatif kepada KFC / McD yang sudah lama mendominasi rangkaian kedai makanan segera di Malaysia sejak aku lahir lagi rasanya. RFC bakal mencipta fenomena baru kepada industri makanan segera selepas menakluki pasaran kopi dengan RADIX MaI SECAWAn sebelum ini.

Anda berminat membuka cawangan RFC. Ada RM 1 juta? Minat juga, tapi mana mau cekau RM 1 juta wooooo..jom kita pi tanya bank ada tak yang boleh support?Labels: bisnes |
|
|
|
| May 30, 2008 |
| Signboard : Iqra' Books |

Signboard baru IQRA' BOOKS sudah siap. Signboard ini ditaja oleh MARA.Labels: bisnes |
|
|
|
|
|